CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semoga Peminat Dapat Guna Otak Bila Masa Sesuai Nak Selfie Dengan Artis," - Fasha Sandha

26-12-2019 12:54 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 31553| Komen: 260|Original author: natrahn

Description: Kredit foto: Instagram Fasha SandhaKITA selalu mendengar peminat dan artis saling memerlukan di antara satu sama lain. Peminat juga menjadi tulang belakang di sebalik populariti yang dikecapi mereka.S ...

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Kita selalu mendengar peminat dan artis saling memerlukan di antara satu sama lain. Peminat juga menjadi tulang belakang di sebalik populariti yang dikecapi mereka.

Seperti biasa, peminat mengharapkan artis pujaannya sentiasa melayani dan mendahulukan mereka dalam apa juga situasi.

Jika sebaliknya, mereka mula memuat naik perasaan tidak puas hati di laman sosial. Nampaknya itulah yang terjadi pada pelakon cantik Fasha Sandha.





Menerusi satu entri Instagram, Fasha Sandha menempelak seorang individu yang didakwa telah merakam fotonya tanpa izin seterusnya membuat kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah gara-gara tidak dapat merakam foto bersamanya.


Perkara tersebut didedahkan Fasha selepas wujud satu status dimuat naik di FB yang dilihat mengkritik tindakan pelakon berkenaan.



Assalamualaikum,

Ini gambar diambil secara curi dan posting ni dibuat oleh Siti Sara di FB (mungkin akan tukar nama di fb selepas posting ini dibuat). Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier.

First of all, terima kasih Siti Sara diatas posting ini. Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah , sebab fokus utama saya adalah anak2, bukan undi anugerah 😊. 

Ingin saya jelaskan di sini ya, ya saya memang berubah menjadi sombong di situasi ini , demi keselamatan saya dan anak2. Peminat yang tak faham tentang saya,sila hadam jawapan saya.

Jangan ganggu saya ketika

1. ketika saya bersama dengan anak-anak saya, anak-anak buah saya, dan dengan anak-anak sahabat-sahabat saya, kerana tanggungjawab menjaga anak ni bukan tugas yang mudah, seminit terleka, anak boleh hilang!
2. ketika di hadapan cashier atau atm dan berurusan kewangan. Sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut.
3. di kaunter tiket atau access mana-mana tempat sesak dengan anak-anak
4. ketika saya sedang mengadap rezeki makan dengan keluarga saya

Ingat ya, selepas saya menjadi seorang ibu, populariti bukan keutamaan saya. Tugas saya sebagai ibu dan isteri adalah nombor satu. Artis bukan milik masyarakat, kami milik allah dan keluarga kami.

Jadilah peminat yang bijak, tengoklah masa sesuai nak mintak selfie, orang lain beribu-ribu dapat je berselfie dengan saya. Masa awak mintak ni tak kena masa, lepas tu nak viral-viral burukkan artis. Hina muka saya, hina saya pakai selipar. 😊 Apa masalahnya kalau saya pakai selipar 😊😇. Sejujurnya awak telah fitnah saya.

Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak-anak saya sekejap. Lepas saya bayar dan lepas anak-anak saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi? Pekerja saya kata awak dah takde. Lilahi taala 😊.

Apapun terima kasih. Saya harap penjelasan ini clear, dan semoga peminat dapat guna otak bila masa sesuai nak selfie dengan artis, terutama artis yang dah ada ramai anak. Jadilah peminat yang bijak.

Terima kasih.

@wlfs4eva


Rakan artis turut sama meninggalkan reaksi selain peminat yang rata-ratanya memahami akan situasi yang dihadapi Fasha ketika itu.

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Pelakon cantik Fasha Sandha Fasha sebelum ini pernah berkongsi mengenai pendiriannya untuk beri fokus dan mengawal anak-anak demi keselamatan dan privasi mereka, khasnya di tempat awam.

Kadang-kadang artis perlukan privasi sendiri dan peminat juga perlu ada common sense kan? - CARI


Sumber - Instagram Fasha Sandha


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 26-12-2019 01:02 PM
batak retis
Quote matchstick 26-12-2019 01:04 PM
Suib : take noted ye para peminat
Me : OK noted
Quote mohdcrow 26-12-2019 01:05 PM
batak + retis = perfect combination
Quote legal_jue11 26-12-2019 01:09 PM
Tak fahamnya yg beria nak bergambar dengan artis..basically so called artis dengan org yg beria2 nak bergambar dengan artis ni dua2 batak with capital B.
Quote rosevelvet 26-12-2019 01:13 PM
Aku kalu jumpa retis pun xdenye aku nk minta bgambar. Bataknya la haiiiii. Xde life ke sis?
Quote chikumanis 26-12-2019 01:15 PM
ya ampun....

kalau dah artis tak nak, biar kan jelah...xyahla nk viral bagai..

pemenat pun sama je hauksssss!!
me, waima tokti lalu depan mata pun, who caressssssssss!!
Quote s@me@ne 26-12-2019 01:19 PM
hadap sangat nak bergambo ngan retis.
Quote miss_strangers 26-12-2019 01:20 PM
Betul jugak Tu .first time sokong pasha. Iols Ada anak2 lelaki yg aktif , bila bawak g mall rasa putus nafas nk kejar my toddler lari Sana sini
Quote mawardia 26-12-2019 01:26 PM
Not a fan of fasha but agree with her stand in this matter.  
Quote Kancilkering 26-12-2019 01:32 PM
she looks preggy....
Quote CrowneGlory 26-12-2019 01:35 PM
Take noted...hahahaha....dh bodoh english tu guna je la BM, apa ko ingat follower pasahmon tu dr UK...dh tentu2 acik2 kepams malaya
Quote Rainrein 26-12-2019 01:36 PM
I ni kadang selisih ngan retis pun x perasan. Punyala x ada masa tengok orang lain. Yang penting awasi anak anak je. Udah udahla membatakkan diri. Retis pun manusia biasa je, yang hadap sangat tu nape.
Quote mieymiey 26-12-2019 01:36 PM
Bengkak hati akak tu tak dilayan FS.
Quote zidane2011 26-12-2019 01:39 PM
Ok je adik i jumpa fasha, tangkap gambar siap puji baik n cakap lembut

Agak2 ler peminat pun. Retis pun ada family time dia. Gigih nak viral2 hujung2 ko yg kena maki. Kwang2.
Quote prettyuglybabe 26-12-2019 01:40 PM
selayaknya la kena who rrr yusss batak retis ni..
Quote LuvAurora 26-12-2019 01:40 PM
iols xpernah hingin nk selfie dgn retis
Quote syakuntala 26-12-2019 01:41 PM
penah jupa anuar zain kat midvalley rasanya, x sempat pgl dia dah laju gi...
fazley plak takut nk pgl sbb keliling dia bodyguard. ms tu dia x kawen lg...
Quote delia3003 26-12-2019 01:44 PM
Edited by delia3003 at 26-12-2019 01:48 PM

Padan ler muka acik tu,tu ler gila socmed dan viral sgt, kan dah viral. Iols jumpa Era ke, tokti ke, tengok dr jauh je, kuasa nak pegi selfie atau salam dgn diorang. Ambik pengajaran ye sesapa yg obsess sgt nak bergambar dgn retis dan perangai tak cerdik tu simpan sendiri. Dah jadi macam ni, kan dah malu
Quote cmf_shya 26-12-2019 01:48 PM
Btul sgt point fasha..sibuk melayan peminat..kang hilang ank tue..kan ssah..lgpun nape la ko hadap sgt nak bergambar ngn retis sara oii..

Lihat semua komen(260)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.068761 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top