CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dah Malas Jaga Badan" - Puas Glamor, Aaron Aziz Nak Kejar Saham Akhirat Pula

29-12-2019 08:10 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 23090| Komen: 102|Original author: Oleh: Vanillla Thunder

Description: Jika suatu masa dahulu penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) ini pernah mencetuskan fenomena apabila membintangi banyak drama dan filem popular seperti ...


Jika suatu masa dahulu penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) ini pernah mencetuskan fenomena apabila membintangi banyak drama dan filem popular seperti Adam dan Hawa,  KL Gangster serta Ombak Rindu.

Namun, namanya kini sedikit tenggelam dan semakin jarang dilihat beraksi di layar perak mahupun di kaca TV.


Gelagat AAron Aziz dalam All Stars Buka Panggung Foto- Gempak.com

Memetik BH Online, aktor kelahiran Singapura ini mengakui sudah puas mengecapi nikmat dunia glamor sejak mengabdikan diri dalam dunia seni, kira-kira 20 tahun lalu.



Foto: IG

Walaupun kini tampil dengan tubuh yang lebih berisi, Aaron Aziz tidak mahu pandangan atau persepsi orang lain menjadi pengukur dalam menentukan haluan hidupnya.

"Saya mengaku sudah tidak lagi keterlaluan dalam menjaga penampilan. Saya sudah malas mahu menjaga kelangsingan tubuh.


Foto: IG

"Untuk apa? Saya tidak mahu mengizinkan pandangan orang lain menjadi sebagai suatu kriteria dalam haluan hidup saya. Dalam erti kata lain, saya tidak mahu menjadi tumpuan lagi," ujarnya.

Menurutnya lagi dia tidak peduli sekiranya tubuhnya berisi asalkan dia sihat dan hatinya bahagia.



Hendak gemuk atau bina badan, biarlah saya selesa dengan cara tersendiri,” katanya kepada BH Online.


Foto: IG

Aaron mengaku berat badannya mulai naik tahun ini  walaupun mengamalkan diet dan menjaga pemakanan apatah lagi  dia kini  tidak boleh lagi melakukan senaman intensif di gimnasium seperti dahulu berikutan penyakit saraf yang dihidapi sejak lima tahun lalu.

Aaron mengatakan berat badannya naik mendadak berikutan kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil untuk meredakan kesakitan dialaminya.

"Bagaimanapun, dengan penyakit saraf dialami ini, tersalah angkat guni beras pun akan memberi kesan dan kesakitan selama empat hingga lima bulan," akui Aaron lagi.

Apabila berbicara mengenai tawaran berlakon, Aaron mengakui dia terpaksa menolak atau mempertimbangkan sesetengah job sejak akhir-akhir ini berikutan waktunya yang kurang sesuai.

Katanya, dia kini lebih banyak memberi tumpuan kepada dunia perniagaan dan mahu memperkukuhkan kempen kebajikan Journey To Insyirah kelolaannya dengan kerjasama TopKhat.



Tambahnya, memandangkan dia  sudah pun berkecimpung dalam industri seni selama 20 tahun dan telah merasa semua nikmat sepanjang tempoh  penglibatannya, populariti bukan lagi menjadi keutamaannya dan kini dia mahu mengejar saham untuk akhirat setelah dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah. - CARI
4

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasubungaa 29-12-2019 08:19 AM
Takpe aaron, yang penting jaga pemakanan & bersenam. Kenapa dia sakit tulang belakang ke?
Quote babynina30 29-12-2019 08:28 AM
Persis malek noor dah
Quote Ferr_Remy 29-12-2019 08:30 AM
Stilm handsome what {:childlike
Quote naina 29-12-2019 08:34 AM
Ciri-ciri kita dah matang
Sudah tidak heran hal duniawi asalkan kita gembira dan sihat.
Quote pichee 29-12-2019 08:39 AM
Slip disc ke die? Dlu2 yusry pn sakit blkg ni kn
Quote cmf_Strawberry 29-12-2019 08:43 AM
Suka aaron ni... Go for it bang. Jaga kesihatan juga.. Be a role model.
Quote tagas 29-12-2019 08:55 AM
senang citer dah sakit badan dah tak kuat

umur pun dah meningkat

offer makin kurang

then its a suitable time to focus more on akhirat

begitulah the cycle of life
Quote miss_strangers 29-12-2019 08:58 AM
Xpe...bam Aaron boleh berehat dah skrg...biar Hun Hakeem yg ganti abam..

#donelobiHUN
Quote balakkampung 29-12-2019 09:17 AM
ok la u..bila dah lepas umor 40...kalau sapa yg tak ingat akhirat lagi..memang sedihhh la hidop ko kat sana nanti..walaupon mati tidak mengira usia...semoga terus istiqomah yer bang aaron..
Quote chinta89 29-12-2019 09:48 AM
masih hensem dan ada aura. yg ptg usia meningkat dh makn matang.
Quote Kurex 29-12-2019 09:59 AM
takpe bang, kurex masih sanggup bersandar dada abg aaron
Quote Kurex 29-12-2019 09:59 AM
takpe bang, kurex masih sanggup bersandar dada abg aaron
Quote rospinki 29-12-2019 10:03 AM
Sebenarnya bila umur dah begini..anak anak kian dewasa mereka mulai peka dengan pelakuan kita. Rasa segan akan timbul sendiri..maka sebaiknya kita cuba beri contoh yang baik sebagai ibubapa. jika kita berfikir sahaja..jika tidak silakan terus hanyut dalam duniamu.
Quote cupu 29-12-2019 10:09 AM
Tenang je bc statement dia..its okay..God bless you..artis buat keje kebajikan sgtla bagus..mrk ada pengaruh..byk dpt pahala tolong orang ssh.
Quote shernazz 29-12-2019 10:40 AM
Penyakit saraf?
Xpe la habang harun
Bagi peluang pada yang lain..
Habang harun rehat saja di rumah..
Quote pencintaABC 29-12-2019 10:44 AM
Alasan bila dah kurang laku
Quote timah03 29-12-2019 10:45 AM
pasubungaa replied at 29-12-2019 08:19 AM
Takpe aaron, yang penting jaga pemakanan & bersenam. Kenapa dia sakit tulang belakang ke?

Cedera masa dia join fear factor...lepas tu tak rehat2....paling critical bila dia kena dukung siti saleha sambil naik tangga....
citer apa tah...lupa sudah...
Quote timah03 29-12-2019 10:49 AM
Tapi elok lagi aaron berlakon dari zul tu....zul tu kalau tak kuatkan suara tv....memang tak dengar la apa dia cakap....
Quote inspiro92 29-12-2019 10:58 AM
timah03 replied at 29-12-2019 02:49 AM
Tapi elok lagi aaron berlakon dari zul tu....zul tu kalau tak kuatkan suara tv....memang tak dengar  ...

betul lagi sanggup hadap aaron berlakon dr zul  buzz ightyear yg ckp mcm dlm kelambu tu.

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.457039 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top