CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tahun 2020 Dah Nak Mula, Buat 5 Perkara Ni Sebelum Mula Tahun Baru!

31-12-2019 10:53 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 3773| Komen: 25

Description: Beberapa hari lagi, tahun 2019 akan melabuhkan tirainya dan 2020 akan bermula. So macam mana tahun 2019 korang, ada peningkatan atau lebih teruk dari tahun sebelumnya? Jika ada peningkatan, tahniah bu ...

Beberapa hari lagi, tahun 2019 akan melabuhkan tirainya dan 2020 akan bermula. So macam mana tahun 2019 korang, ada peningkatan atau lebih teruk dari tahun sebelumnya? Jika ada peningkatan, tahniah buat korang! 


Akan tetapi jika 2019 adalah tahun yang buruk, tidak mengapa sebab korang dah buat yang terbaik. Sebelum masuknya tahun 2020, apa kata korang buat 5 perkara ni dulu, barulah 2020 korang well-planned dan teratur!


1. Self-reflection

Ini adalah perkara pertama yang korang kena buat iaitu self-reflection. Baca balik goals 2019 korang dan periksa sama ada korang dah capai lebih daripada separuh ataupun tidak. Jika korang berjaya capai lebih daripada separuh, maksudnya 2019 korang dah berjaya! Namun, jika banyak goals 2019 korang yang tidak tercapai, kaji balik apa yang membuatkan korang tidak mampu untuk capai goals tersebut. 



2. Set goals

Perkara ini adalah wajib setiap kali korang nak mulakan tahun baru. Goals pula terbahagi kepada dua, short-term goals dan long-term goals. Short-term goals adalah perkara yang korang nak capai dalam masa terdekat (contoh:2 bulan), manakala long-term goals adalah perkara yang korang nak capai untuk jangka masa panjang. 

Berikut adalah contoh 2 kateri goals tersebut

Short-term goals:
1. Bayar RM100 ke akaun ASB pada setiap bulan
2. Belanja keluarga pada setiap bulan
3. Belajar main gitar

Long-term goals:
1. Nak bercuti pada bulan December dengan budget RM500
2. Berat jadi 50 kg sebelum raya
3. Habis bayar PTPTN pada 20020


3. Set 3 jenis hobi

Dalam hidup ini, kita perlu ada tiga hobi. Hobi yang menjana duit, hobi yang meyihatkan badan dan hobi yang menjadikan kita kreatif. Kalau korang ada tiga hobi ini, confirm hidup korang akan cemerlang!

Foto: culture.ru

Berikut adalah contoh hobi daripada 3 kategori tersebut:

Hobi yang menjana duit: Kerja part time, menulis, dropship

Hobi yang menyihatkan badan: Jogging, main gym, menari zumba

Hobi yang menjadikan kita kreatif: membaca, menulis, melukis



4. Beli baju baharu

Foto: toodia.my

Untuk dapatkan nafas baru, apa kata korang beli pakaian baharu sempena tahun 2020 ni. Kalau selama ni korang pakai baju yang sama je, inilah masanya untuk mulakan nafas baru! Daripada segi psikologi, pakaian baru boleh berikan kita semangat dan nafas segar untuk mulakan hari dengan azam baru. Baju-baju yang lama tu pula korang boleh hantar ke pusat kitar semula, duit pun dapat!

5. Celebrate

Maksud celebrate di sini bukanlah korang kena pergi ke Dataran Merdeka dan merempit, tapi self-reward. Apa kata korang belanja diri sendiri di atas usaha sepanjang 2019 ni. Sebagai contoh, korang boleh pergi bercuti atau makan yang sedap-sedap. Jika sebelum ni korang berjimat untuk makan, kali ni apa kata korang makan je dulu, baru tengok harga!

Foto: baituljannah

Untuk lebih menarik dan berkat, korang boleh belanja family sendiri makan atau shopping, barulah hidup diberkati. Gitu!

Akhir kata daripada penulis, terima kasih kerana sudi baca artikel-artikel saya sepanjang tahun ini. Terima kasih juga buat mereka yang memberikan komen positif mahupun negatif berkenaan artikel saya, akan saya kaji dan terima dengan hati yang terbuka. Semoga tahun 2020 menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua! - CARI 
4

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote top5complete 31-12-2019 11:05 AM
bagus pos ni saya suka!.. part 3 hobi tu baru saya tau wow... rupanya hidup saya selama ni asyik cari duit
Quote Mary_jane 31-12-2019 11:07 AM
Tidak sampai sehari je lagi ke 2020. I masih dengan long term goals. Sesungguhnya 2019 banyak meninggalkan kenangan pahit.

[youtube]BuAURiD4Wmw[/youtube]
Quote awanysss 31-12-2019 11:28 AM
suka part 3 hobi baru tu.. iols ade 2 je.. yg duit tambahan tu takde

anyway, thankyou 2019 for being a great year..
may 2020 brings more happiness, imaan, health and wealth..
Quote sarah82 31-12-2019 11:30 AM
Aku capai satu azam 2019...kena foward 5 azam ke 2020
Quote Boomibulat 31-12-2019 11:31 AM
awanysss replied at 31-12-2019 11:28 AM
suka part 3 hobi baru tu.. iols ade 2 je.. yg duit tambahan tu takde

anyway, thankyou 2019 for ...

sama la..ada kesedaran tp x tau cmana nak mula..
Quote awanysss 31-12-2019 11:36 AM
Boomibulat replied at 31-12-2019 11:31 AM
sama la..ada kesedaran tp x tau cmana nak mula..

jadi wartawan cari.com u ada talent tu..
kalau seminggu dpt rm100 pun okay kan.. sebulan dah 400
Quote buragazz 31-12-2019 12:06 PM
2019
As a self reward aku dah beli tipon baru
Pastu aku berjaya handle 3500 orang utk annual dinner company aku as emcee
Aktif menyanyi semula (Busking)

2020
Nak cari event yang lebih besar sebagai Emcee sebelum badan dah tak mampu
Nak cari peluang perform kat majlis yang lebih besau (klu ada company or mana2 individu yang nak pakai Band boleh contact yer.. Promo Sikit..
Nak menambah Ilmu agama dalam diri dan rajin ke masjid harapnya..

Quote Catpaw 31-12-2019 01:28 PM
buragazz: 2019As a self reward aku dah beli tipon baruPastu aku berjaya handle 3500 orang utk annual dinner company aku as emceeAktif menyanyi semula (Busking)  ...



wow suara sis sedap ye..  bersmule tak, manatau jadi retisss
Quote Cyempaka 31-12-2019 02:10 PM
2019 adalah tahun yg sangat2 sukar untuk aku. tak ada kenangan manis. masuk je 2019 ibarat bawak pedang masuk medan perang. sepanjang 2019 lawan bersungguh2.. dan sekarang hujung 2019 pedang pun dah patah, tunggu masa kena pancung mati je. begitulah ibaratnya.
semoga 2020 perang itu tamat.
Quote chicozinn 31-12-2019 02:21 PM
tahun ni banyak suka duka la..tapi cm banyak duka je lagi2 bab duit..uhuk2..nak bercuti tapi bajet takde..huwaaa..
Quote Miss.H 31-12-2019 03:14 PM
2018 &2019 aku tempuh dugaan.  Harap tahun 2020 ada sinaran matahari ler buat aku
Quote SweetShera 31-12-2019 03:23 PM
Mary_jane replied at 31-12-2019 11:07 AM
Tidak sampai sehari je lagi ke 2020. I masih dengan long term goals. Sesungguhnya 2019 banyak mening ...

i klau dengar lagu ni i rasa sedih jer...

Quote mea 31-12-2019 03:25 PM
2019-banyak kenangan pahit manis termasuk minor operation kat dahi
2020- semoga lebih baik dari tahun sebelum dan inshaAllah dinaikkan pangkat


Quote zuuu 31-12-2019 03:31 PM
Not bad la tahun 2019 ni...hopefully tahun 2020 akan jadi tahun yg lebih baik...nk belajar manage kewangan ngan lebih baik,kawal nafsu shopping,amalkan gaya hidup sihat n cari crush baru,crush lama aq dh kahwin tahun ni
Quote Mary_jane 31-12-2019 04:09 PM
SweetShera replied at 31-12-2019 03:23 PM
i klau dengar lagu ni i rasa sedih jer...

First time dengar teringat kat those yang dah pergi menghadap ilahi.
Quote SweetShera 31-12-2019 04:11 PM
Mary_jane replied at 31-12-2019 04:09 PM
First time dengar teringat kat those yang dah pergi menghadap ilahi.

sama ler..harini betu2 teringat pd mrk semua...keluarga yg telah pergi menghadap Ilahi...anak2 bulus yg dah tiada...sedih la..
Quote Asdan 31-12-2019 05:01 PM

selamat tahun baru
Quote missDollie 31-12-2019 06:50 PM
Cyempaka replied at 31-12-2019 06:10 AM
2019 adalah tahun yg sangat2 sukar untuk aku. tak ada kenangan manis. masuk je 2019 ibarat bawak ped ...

Same la kita sis.. Cedera parah sebenarnya 2019 ni.. Orang tengok je happy tapi dalaman tuhan je tau.. So far 2019 dah banyak buka mata iols..
Quote missDollie 31-12-2019 06:51 PM
2011 dengan 2019 memang tahun malapetaka bagi iols.. Hmm..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.166851 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top