CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Walaupun Bukan iPhone 11, Gambar Pemuda Ini Berjaya Tarik Perhatian Apple

31-12-2019 12:13 PM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 6980| Komen: 23|Original author: Green Lantern

Description: Siapa sangka gambar yang diambil secara suka-suka mendapat perhatian syarikat gergasi nombor satu di dunia?Begitulah yang berlaku kepada anak muda ini, Dinie Aiman Sukhaizar,20 seorang penuntut tahun ...


Siapa sangka gambar yang diambil secara suka-suka mendapat perhatian syarikat gergasi nombor satu di dunia?

Begitulah yang berlaku kepada anak muda ini, Dinie Aiman Sukhaizar,20  seorang penuntut tahun satu di Univeriti Utara Malaysia yang mana gambarnya yang berlatarbelakangkan kawasan paya berumput menawan hati syarikat Apple lalu berkongsi gambar tersebut di akaun Instagramnya yang memiliki 21 juta pengikut!

Memetik Astro Awani, lokasi Bukit Nakawan di Kampung Sahabat Perlis itu sangat menarik sekali dan setelah dimuat naik oleh Apple, gambar tersebut mendapat komen dan pujian oleh masyarakat global. Lokasi banjaran bukit yang dikenali sebagai Bukit Nakawan (ada juga menyebutnya sebagai Bukit Cabang atau Bukit Satun).


IG

Sebagai jurugambar amatur, Dinie menjelaskan yang dia menggunakan model I Phone 7 plus sahaja dan bukan terbaru untuk merakam momen tersebut. Kemudiannya ia dimuat naik pada bulan Jun. Tidak semena-mena pada bulan November 2019, dia dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran bagi menggunakan gambar tersebut di laman Instagram mereka.

IG

Gembira dengan pengiktirafan Apple, Dinie menguatkan azam untuk menceburi bidang fotografi sebagai satu profesio. Ramai yang memuji kreativiti dan ketepatan fotografi Dinie setelah Apple memberi ruang publisiti yang meluas. Namun, ada juga segelintir yang menyatakan gambar itu akan lebih cantik jika menggunakan kamera jenama lain. 

Tahniah anak muda. Sesungguhnya dunia tanpa sempadan ini memberi pelbagai peluang baru kepada mereka yang bijak merebutnya.- CARI                                           
7

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • yeos

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-12-2019 12:15 PM
kurex memang suka sawah, permandangan alam semulajadi..
Quote iszablack 31-12-2019 12:50 PM
Subhanallah.. indahnya pemandangan..
Quote helicornia 31-12-2019 01:16 PM
perlis mmg view cantik, pastu tenang je
Quote Boomibulat 31-12-2019 01:38 PM
Teringat musim tanam padi ms kecik2 dulu..walaupun malas pgi sawah
Quote chinta89 31-12-2019 02:01 PM
teringat mse blk kg nenek.. suka pegi sawah padi.
Quote orgsepang 31-12-2019 02:03 PM
Tahniah dinnyaiman.
Ada juga berita seronok untuk dibaca pada akhir tahun ni.
Quote polluxsstar 31-12-2019 02:35 PM
kg mertua i pun ada sawah. tp xde sungai cmtu. gmbr ni mmg lawa sgt.
Quote mizruncing 31-12-2019 02:55 PM
nice view. member meols baru ni balik dari bali tgk pic dia subhanallah. cantik giler view dia
Quote mamatz19 31-12-2019 03:22 PM
cantik tmpt nie, mmg dpt memberikan ketenangan time2 kepala tgh serabut nie .. huhu
Quote Perawankota 31-12-2019 03:51 PM
Cantik.. N x perlu filter terlampau
Quote Cassieopeia 31-12-2019 04:00 PM
suka pemandangan sawah gini
Quote mizkajura 31-12-2019 05:49 PM
Tahniah pada awak. Dpt imbuhan ke dpt ipong11? Tanya je
Quote i_is_kennot 1-1-2020 06:48 AM
Mendamaikan ..
Quote RatuDunia94 1-1-2020 11:28 AM
Sebenarnya bukan jenis kamera apa yg dipakai.. tp teknik mengambil gambar yg penting.. mcm gambar ni dia ada 3 unsur.. bumi, hidupan dan langit..
Quote bellaa 1-1-2020 12:08 PM
beli hp mahal2, tapi xda skill.

baek buang hp dalam lombong.
Quote pittjie 2-1-2020 08:59 AM
Kurex replied at 31-12-2019 12:15 PM
kurex memang suka sawah, permandangan alam semulajadi..

tapi tu bukan kat sawah pagi dik kurex. tu paya rumput.
Quote Kurex 2-1-2020 09:25 AM
pittjie replied at 2-1-2020 08:59 AM
tapi tu bukan kat sawah pagi dik kurex. tu paya rumput.

malunya!!!!!!!!!
Quote haryatie 2-1-2020 11:03 AM
mmg nmpk cntik pun view nya
suka jugak snap apa sja yg aku nmpak cntik dimata aku
sja jerk utk simpanan sendiri
tambah lg pemandangan ciptaan Allah
Quote palmolive 2-1-2020 09:58 PM
Rumput panjang tu hati2

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.099420 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top