CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kecik-kecik Dah Pandai Mencuri" - Budak Perempuan Disangka Mencuri Rupanya..

31-12-2019 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7156| Komen: 24

Description: Siapa sangka, seorang budak perempuan dituduh mencuri barangan di pasar.Sebelum ini, tular video menunjukkan gelagat budak itu mencuri barang milik peniaga du Pasar Awam Sungai Besar.Namun, siasatan t ...
Siapa sangka, seorang budak perempuan dituduh mencuri barangan di pasar. 

Sebelum ini, tular video menunjukkan gelagat budak itu mencuri barang milik peniaga du Pasar Awam Sungai Besar. 


Namun, siasatan terbaharu mendapati budak yang berusia 11 tahun itu sebenarnya seorang golongan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran.

Sehubungan itu, laporan polis terhadapnya ditarik balik oleh mangsa, Harian Metro melaporkan. 

Kredit foto: Harian Metro

“Dia (kanak-kanak perempuan) tidak ditahan. Pengadu (peniaga) dan kedua ibu bapa kanak-kanak itu sudah membuat penyelesaian di luar.

“Malah pengadu tidak sampai hati mengambil tindakan kerana ibu bapa kanak-kanak itu ada menunjukkan kad OKU kepadanya," kata Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.

Terdahulu, sebuah rakaman CCTV menunjukkan budak itu mencuri menjadi tular di laman sosial. 

Menerusi rakaman itu, ia menunjukkan bagaimana budak itu menyelinap masuk di bawah kanvas ditutup bagi mengambil barang. Dia kemudian keluar dari kanvas itu dengan membawa hasil curiannya. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RumiMenari 31-12-2019 06:23 PM
Oku je semua jadi halal..

Last time kereta i terbabas kt divider highway sbb kene himpit tiba2 dgn kereta sebelah..lps tu siap keluarkan kad ayah dia yg drive tu oku.. anak sihat dok menyandar..
Quote Skuau 31-12-2019 07:58 PM
RumiMenari replied at 31-12-2019 06:23 PM
Oku je semua jadi halal..

Last time kereta i terbabas kt divider highway sbb kene himpit tiba2 dg ...

nak wat camner...cam ore gila bunuh ore gak.
Quote ffbeauties 31-12-2019 08:39 PM
Parent dia oku jugak ke
Quote becir 31-12-2019 08:48 PM
Budak opis I dulu kena peluk ngan budak lelaki, teenager camtu kat opis..bila mak budak Tu datang jumpa security Terus nangis2 cakap anak xbetul. Yg budak pempuan ni tak sampai hati Terus kensel nak report polis. Tapi yg budak lelaki Tu dah sedap meraba la tapi
Quote ashilalat 31-12-2019 08:48 PM
Aku kalau baca nama editor Cari-Mams ni aku selalu teringat aku slalu cakap kat kengkawan yg jahat - gi mams la ko. Bermaksud pergi mampos. So, aku slalu baca nama editor ni Cari-Mampos. Cukup 44x aku baca camtu takut pulak tertunai.
Quote pearl.silver 31-12-2019 09:26 PM
Oku pembelajaran je pun. Bkn nye bdk tu oku xde otak.
Klu parents gini caranya, sampai besar dia syok mencuri.
Quote pearl.silver 31-12-2019 09:27 PM
Oku pembelajaran je pun. Bkn nye bdk tu oku xde otak.
Klu parents gini caranya, sampai besar dia syok mencuri.
Quote ~boolean 31-12-2019 09:30 PM
hasil didikan ibu bapa yang gagal.

Quote violetungu 31-12-2019 09:33 PM
Aku pun penah nak kena peluk dgn budak lelaki oku remaja..anak dia mmg sat2 mai cuit2 aku,mak dia boleh tgk2 gelak2 ja dr jauh..elok aku bangun nak basuh tgn dia depa tangan nak peluk dengan mulut nk kiss pipi aku.haihhh aku mmg menjeritla.
Quote cikkilata 31-12-2019 11:16 PM
Aku penah kena lempang dgn budak oku.. geram gile.. sbb tiba2 budak tu dtg dkt aku and lempang.. lps lempang, laju je budak tu lari.. hampeh...
Quote chicozinn 1-1-2020 12:08 PM
violetungu replied at 31-12-2019 09:33 PM
Aku pun penah nak kena peluk dgn budak lelaki oku remaja..anak dia mmg sat2 mai cuit2 aku,mak dia bo ...

mak dia boleh gelak je??hmmm fail parenting btul..
Quote diss69 1-1-2020 12:34 PM
chicozinn replied at 1-1-2020 12:08 PM
mak dia boleh gelak je??hmmm fail parenting btul..

Akk pon prnh jumpa.. Tp anknya bukan oku rasa umur dlm 5-6 taun kot.. Boleh pulak mak dia gelak2 walaupun anknya dok cubit2 punggung adik akk.... Dia rasa lucu kot anknya buat mcm tu..
Quote MissLana 1-1-2020 12:52 PM
penah ade jiran OKU, suka tidur ruang tamu budaknya dah 20an time tu, cuma dia and mak saje dkt rumah. Mlm2 ngintai jiran lain anak dara, bini org, kakjanda pakai baju tido baju kelawar seksi nipis dia kata. Ngadu kt mak si OKU tu yakni pangkat nenek2 tak ngaku katanya, mentang2 anak aku OKU segala benda jahat kau tuduh anak aku buat. Tp dia sindrom down je nafsu ke ngeseks tu masih ada.
Quote Nt-ViruS 2-1-2020 01:38 PM
"disangka mencuri rupanya..." meminjam ke camna?.
Quote fifie_olin 2-1-2020 01:49 PM
becir replied at 31-12-2019 08:48 PM
Budak opis I dulu kena peluk ngan budak lelaki, teenager camtu kat opis..bila mak budak Tu datang ju ...

dlm2 x betul tu
pndai meraba siap pelok plak lagi

Quote ina_na 2-1-2020 04:09 PM
Td ms ambik anak kat pra.. Ade nampak cikgu kejar pelajar oku.. Dia x nak msk kelas.. Nak main gelongsor knk2.. Sekali cikgu ambik botol air br dia berlari msk kelas.. Sbb sjkc dia org takut botol air rosak.. Mak bapak akan tau denda paling tertinggi di sjkc.. Tp mmg menakutkan.. Budak tu bdn beso.. Perangai mcm kanak2 5,6thn..sabo je la
Quote Vokuro 2-1-2020 04:17 PM
ramai je OKU yang tak pandai mencuri, ni OKU lain macam siap pandai merompak bagai.
Quote Vokuro 2-1-2020 04:21 PM
RumiMenari replied at 31-12-2019 06:23 PM
Oku je semua jadi halal..

Last time kereta i terbabas kt divider highway sbb kene himpit tiba2 dg ...

OKU pun gigih nak drive siap himpit kereta orang lagi.
Quote GuaSayangMelaka 2-1-2020 10:38 PM
OKu mencuri xpalah ..ni bkn OKU mencuri bilion 2

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.110708 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top