CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Ramalan 2020, Daripada Peramal Tepat Yang Meramal Kebakaran Gereja Notre Dame

21-1-2020 10:28 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 9119| Komen: 25|Original author: Archaiv

Description: Sumber :24.huNicolas Aujula, yang merupakan astrologi Hollywood dan pengasas KnowYourPastLife.com ini pernah menular di media sosial antarabangsa apabila ramalannya mengenai Kebakaran di Notre Dame, g ...

[Gambar Nicola Aujula] Sumber : 24.hu

Nicolas Aujula, yang merupakan astrologi Hollywood dan pengasas KnowYourPastLife.com ini pernah menular di media antarabangsa apabila ramalannya mengenai kebakaran di Notre Dame, gempa bumi di China dan Cuba, protes besar-besaran pemandu teksi di London dan kontroversi mengenai tokoh masyarakat yang mempunyai nama Justin tepat.


Lelaki ini berumur 34 berasal daripada South London. Ketika kecil, dia telah mengalami visi luar biasa dan mempercayai dirinya adalah ratu mesir juga seekor singa pada kehidupan lalunya. Visi mengenai ramalannya ini selalunya diperolehi ketika sedang tidur dalam alam mimpi. Terkadang visinya boleh datang tiba-tiba ketika dia sedang berjalan.



Kali ini, dia kembali lagi membawa ramalan 2020. Antara ramalannya ialah mengenai pemimpin Amerika Syarikat, Donald Trump akan kalah. Dia juga meramalkan United Kingdom akan ditimpa cuaca angin kuat. Bagi isu lain, dia menjangkakan Paris Hilton akan mengumumkan yang dia sedang mengandung, skandal Jennifer Aniston dan Lindsay Lohan akan sedang menjalinkan perhubungan dengan seseorang. Nicola Aujula juga meramalkan akan ada artis perempuan yang akan mengalami nasib kematian yang sama seperti mendiang Amy Winehouse iaitu melalui ketagihan dadah dan alcohol.


Antara ramalannya yang bakal menjadi tular jika terjadi pula adalah berkenaan kebakaran akan berlaku di hospital besar di United Kingdom, seekor anjing akan memenangi program pertandingan bakat, England akan memenangi pertandingan besar dalam bola sepak--- berkemungkinan UEFA.


Sumber :  Metro.uk


Terdapat skeptik yang tidak mempercayai Nicola Aujula [termasuklah penulis] kerana ramalannya bersifat umum dan berkemungkinan terdapat pengaruh media sama ada akhbar atau filem atau apa-apa saja yang boleh memberi kesan visual untuk dirinya berfirasat mengenai sesuatu itu. Oleh itu, terpulanglah kepada pembaca untuk menerimanya, KECUALI yang islam, wajib ditolak saja ya.- CARI



Rujukan : Mirror.co.uk


4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • naz1641

  • appelmerah

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-1-2020 10:55 AM
dah buat reseacrh.. terang berderang nampak gayah lempuk, tu yg rasa dia ratu mesir tu..

btw, apa yg diramalkan, kalau terjadi tu memang kebetulan..
Quote RatuDunia94 21-1-2020 11:00 AM
Ramalan kaum Maya 2012 pon jd laughing stock jahh sis..
Quote Archaiv 21-1-2020 11:03 AM
Kurex replied at 21-1-2020 10:55 AM
dah buat reseacrh.. terang berderang nampak gayah lempuk, tu yg rasa dia ratu mesir tu..

btw, apa ...

Yap, sewaktu tulis ni pun rasanya ianya sangat general utk dipanggil ramalan. Ini sebenarnya artikel yang dah lama tulis tapi tak tersiar. kiranya ini artikel warm-up sebelum menulis artikel yang lain. Ingatkan dah tak boleh siar seba outdated, Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Kampungpeoplesz 21-1-2020 11:05 AM
Dalam dunia ni ada yg taksub tau bende2 mcm ni.. Tak mustahil ade je yg percaya bulat2..apa2 pun yg baik semua dtg dari Allah.. Yg buruk semua dtg dari kita hambanya. #donetazkirah
Quote Archaiv 21-1-2020 11:08 AM
RatuDunia94 replied at 21-1-2020 11:00 AM
Ramalan kaum Maya 2012 pon jd laughing stock jahh sis..

Setuju. Zaman sekarang sangat senang buktikan yang peramal ni tidak lain daripada penipu sahaja. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 21-1-2020 11:09 AM
Kampungpeoplesz replied at 21-1-2020 11:05 AM
Dalam dunia ni ada yg taksub tau bende2 mcm ni.. Tak mustahil ade je yg percaya bulat2..apa2 pun yg  ...

Terima kasih sebab berikan sepatah dua yang berilmu pada pembaca. Terima kasih juga sebab sudi baca.
Quote husna_amal 21-1-2020 11:21 AM
baca boleh percaya jangan
Quote Archaiv 21-1-2020 11:22 AM

Yup, Terima kasih sebab sudi baca.
Quote dubuk 21-1-2020 12:46 PM
kebakaran ni akan dapat dilihat kemusnahannya dari jauh dan ia akan merebak ke bahagian hadapannya dari satu ke persatu. dimana bagi yang tak percaya, mereka masih berdiri disitu dengan mengharap api itu akan mati disitu sahaja tetapi sebaik mereka sedar, api sudah membakar pada bangunan selang tiga dari tempat mereka berdiri. kebakaran itu memakan seluruh isinya hingga rebah lebur ke tanah. kemudian akan munculnya tanda garisan putih pada selang setiap bangunan dimana orang orang yang mahu menyelamatkan diri akan berpandukan pada garisan itu untuk menyelamatkan diri mereka dimana semasa mereka berlari itu mereka berfikir apakah ini garisan selamat atau membawa mereka ke kolam api yang lebih besar (yang mana akan membunuh segolongan besar mereka?)
Quote Archaiv 21-1-2020 12:52 PM
dubuk replied at 21-1-2020 12:46 PM
kebakaran ni akan dapat dilihat kemusnahannya dari jauh dan ia akan merebak ke bahagian hadapannya d ...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote addved 21-1-2020 01:32 PM
Saya pon boleh buat ramalan seprti itu.
Quote chilly 21-1-2020 04:33 PM
Diri sendiri taknak reveal ke ramalan abamlempuk. Kot 2020 ni berubah jadi sado terus tuko statement kata in my past life I was a King of Egypt pulok.
Quote diss69 21-1-2020 07:58 PM
Sebagai org Islam, janganlah kita percaya ramalan2 ni...
Quote CatMiow 22-1-2020 01:39 AM
Benda2 cuaca ni dapat diramal kalau dia rajin baca dan faham fenomena alam...  Lain2 tu dapat agak,  sebab old Mc Donald tu mana ramai yg suka...
Quote Cassieopeia 22-1-2020 08:36 AM
siapa rajin membaca boleh je buat ramalan mcm tu..
Quote Archaiv 22-1-2020 11:14 AM
addved replied at 21-1-2020 01:32 PM
Saya pon boleh buat ramalan seprti itu.

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 22-1-2020 11:15 AM
chilly replied at 21-1-2020 04:33 PM
Diri sendiri taknak reveal ke ramalan abamlempuk. Kot 2020 ni berubah jadi sado terus tuko statement ...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 22-1-2020 11:15 AM
diss69 replied at 21-1-2020 07:58 PM
Sebagai org Islam, janganlah kita percaya ramalan2 ni...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 22-1-2020 11:16 AM
CatMiow replied at 22-1-2020 01:39 AM
Benda2 cuaca ni dapat diramal kalau dia rajin baca dan faham fenomena alam...  Lain2 tu dapat agak,  ...

Terima kasih sebab sudi baca.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.336871 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top