CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"No Plastic Bags, No Worries" - Rakyat Thailand Kreatif Tanpa Beg Plastik

21-1-2020 10:19 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 5689| Komen: 36|Original author: Vanilla Thunder

Description: Larangan penggunaan beg plastik oleh kerajaan Thailand yang melibatkan kedai utama di seluruh negara bermula tahun 2020 nampaknya telah mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyatnya. Kerajaan berha ...




Larangan penggunaan beg plastik oleh kerajaan Thailand yang melibatkan  kedai utama di seluruh negara bermula tahun 2020 nampaknya telah mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyatnya. Kerajaan berharap dengan terlaksananya undang-undang baru tersebut akan memaksa rakyatnya  berhenti menggunakan beg plastik yang bahaya untuk alam sekitar dan dapat menggalakkan mereka  mencintai alam sekitar.


Papan tanda larangan   beg plastik di pusat membeli-belah di Thailand Kredit: Google



Namun, siapa sangka  warga Thai dilihat tampil kreatif menggunakan apa sahaja bentuk barangan bagi menggantikan beg plastik ketika keluar membeli-belah.


Menerusi laman maya, rakyat di negara itu telah  berkongsi gambar bagaimana mereka membuat pembelian tanpa beg plastik sehingga tular.


Lebih menarik lagi, pelbagai aksi dan gelagat lucu dirakamkan oleh warga Thai ketika mereka keluar membeli-belah.


Walaupun ramai menggunakan  beg kitar semula seperti yang disarankan, terdapat beberapa individu menggunakan barang yang tidak sesuai bagi menggantikan beg plastik.


Manakan tidak,  ada yang  dilihat menggunakan periuk, jaring, baju, baldi, guni, bagasi dan kereta sorong untuk mengisi barang yang dibeli.



Kredit: thaiger.com


Kredit: thaiger.com


Kredit: thaiger.com

Kredit: thaiger.com



Kredit: thaiger.com


Kredit: thaiger.com


Kredit: thaiger.com


Biar  apapun medium yang digunakan sebagai pengganti beg plastik biarlah ianya sesuai dan tidak menyusahkan orang lain yang turut ingin membeli-belah kerana yang terpenting adalah kesedaran untuk menghentikan penggunaan beg plastik.- CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 21-1-2020 10:23 AM
kreatifnya
Quote putericahaya999 21-1-2020 10:24 AM
Lucunya sis terhibur
Quote Boomibulat 21-1-2020 10:27 AM
Edited by Boomibulat at 21-1-2020 10:30 AM

Kreatif ke protes.?
Screenshot_2020-01-21-10-29-01-1.png
Quote any42 21-1-2020 10:46 AM
paling ats bwk periuk tu nk isi serai ktumbar tomato bwg lngkuas balik trus bleh msak tomyam ye
Quote Supersirap 21-1-2020 10:55 AM
tahniah diucapkan
Quote helicornia 21-1-2020 10:57 AM
haha sis gelak sorang2 kt kedai makan ni nengok gelagat dorang
Quote matchstick 21-1-2020 10:57 AM
Beli jajan kt 7e je pun.smpi bwk guni
Quote RatuDunia94 21-1-2020 11:05 AM
Thread ulangan ke ni..

Anyway kalau reramai buat camtu nampak x pelik..
Quote dewimalam78 21-1-2020 11:06 AM
Bagus org thailand ni. Pakat2 bagi kerjasama.

Diorg ni mcm hidup happy2 ja ye?
Quote mamasaffiya 21-1-2020 11:10 AM
Adoiii kreatif masing2
Akak bulan 3 nk g Hatyai. Kena bawak reusable bag lah ni sbb nak borong kat 7e
Quote Kurex 21-1-2020 11:10 AM
tanda amaran tu nampak macam singlet pagoda bebanding plastik...

oklah terhibur...
Quote Artemesiaa 21-1-2020 11:19 AM
Mereka bab2 macam tu memang kreatif tak perlu nak bising2
Quote girlfridayz 21-1-2020 11:21 AM
Aku nampak chumnan aritu masuk dalam singlet dia ahahahaha terboek..

Quote natrahn 21-1-2020 11:29 AM
                haru
Quote jofizo 21-1-2020 11:32 AM
org msia mn nak buat camnih....jaga imej, jaga ayu....
Quote Cassieopeia 21-1-2020 12:51 PM
yang bawak periuk tu belu lauk ke
Quote Melur1 21-1-2020 12:51 PM
sis terhibur..
Quote i_is_kennot 21-1-2020 02:06 PM
Penggunaan plastik agak tinggi disana kalau pegi pasar2 mlm bunkus makan  plastik aja rata2.kecuali 7E dah start tanya mahu plastik atau tak,  .. Good job Thailand promo ramai2 kempen taknak plastik!
Quote inspiro92 21-1-2020 02:27 PM
Cassieopeia replied at 21-1-2020 04:51 AM
yang bawak periuk tu belu lauk ke

Masa kat u dulu teringat ada kwn2 yg rajin bwk tupperware sendiri b ibeli makanan kat cafe. I salute betul org camni.I ni  pulak snggup byr 30 sen utk bks polistrin sbb mls nak guna bekas sendiri.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.091950 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top