CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Al-Fatihah" - Demi Anak-anak, Wanita Ini Cekal Membanting Tulang Hingga Ke Akhir Hayat

6-1-2020 03:58 PM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 4308| Komen: 18|Original author: Pink Lily

Description: Al-Fatihah- Demi Anak-anak, Wanita Ini Cekal Membanting Tulang Hingga Ke Akhir Hayat
Walaupun dijangka hidup lagi 5 tahun, ibu tunggal, Idayu Mohamad yang menderita kanser tahap 4 kini telah pergi selama-lamanya.


Idayu yang sebelum ini merupakan ahli aktif di laman Facebook Group 'Masak Apa Hari Ini' (MAHN) pernah tular di sosial media dek kegigihan beliau menjual kuih-muih dan nasi lemak walaupun sedang berjuang menghadap sakit kanser, demi menyara ketiga-tiga anaknya. 



Menurut pihak pengelola group MAHN, arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi semalam setelah bertahun-tahun menanggung sakit. 

Loading FB Post...

Tinjauan penulis di laman Facebook Idayu Mohamad mendapati beliau telah lama berhenti berniaga dan mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk meneruskan rawatan serta terpaksa bergantung kepada mesin oksigen selama 24 jam dan seterusnya terlantar di wad Onkologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum meninggal dunia. 

Keadaan arwah Idayu yang kelihatan lemah sebelum meninggal dunia. 

Loading FB Post...

Loading FB Post...

Semoga kekuatan dan kecekalan arwah sewaktu hayatnya menjadi inspirasi kepada orang ramai. Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Idayu Mohamad.- CARI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 6-1-2020 04:06 PM
Masyallah wanita yg hebat... Smoga Allah beri ganjaran berkat kesabaran dia, dn smoga anak2 nya dlm lindungan Allah sllu
Quote fliphair8 6-1-2020 04:29 PM
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.....semoga anak2 beliau menjadi orang2 yg berjaya dunia akhirat
Quote Artemesiaa 6-1-2020 04:38 PM
Takziah buat keluarga beliau
Quote MissLana 6-1-2020 04:45 PM
Takziah buat keluarga. Cekalnya hatimu. Semoga anak arwah menjadi manusia yg berjaya dan hebat didunia dan akhirat
Quote Perawankota 6-1-2020 05:15 PM
Takziah buat keluarganya...
Quote RumiMenari 6-1-2020 05:58 PM
Takziah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..

I pernah join group MAHN..nak dpt idea..x pernah post/komen ape2..tp unfollow bl asek tgk ahli2 dlm tu ramai bahasa kasar bl menjawab ptanyaan..
Quote AmandaRollins 6-1-2020 06:11 PM
Al-fatihah buat arwah kak ayu...semoga roh nya dicucuri rahmat...
Quote 234126 6-1-2020 08:12 PM
sebak rasa. Innalillah. Dah teruk sakit masih bekerja utk anak2. Rezeki berkat halal tak minta bantuan 100%
Quote vee_zara 6-1-2020 09:54 PM
RumiMenari: Takziah..semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman..I pernah join group MAHN..nak dpt idea..x pernah post/komen ape2..tp unfollow bl asek tgk ah ...

Me too. Baik masuk group berkongsi ilmu kuih muih dan masakan tu. Bahasa pun elok je.
Quote jerukkedondong 6-1-2020 09:58 PM
Semoga alam barzakh mnjd sebaik2 tmpt utk Kak Ayu berehat..
Innalillahi wainna ilaihi roojiun
Quote misuke 6-1-2020 10:43 PM
sedihnya.. xterbayang penderitaan arwah masa hidup.. semoga diberikan syurga buat arwah
Quote iszablack 6-1-2020 11:22 PM
Innalillah.. sedihnya...
Quote ~boolean 7-1-2020 12:48 AM
maaf tak kenal dia..anak2nya umur berapa?
disitu tulis anak-anak dan menantu...kalau dah bermenantu aku simpulkan anak2 nya dah besar mungkin?

aku respek dia dalam keadaan susah dan sakit begitu,
yang dia minta adalah pampers,
walhal dalam kadaannya begitu boleh minta lebih lagi...duit, hospital swasta, rawatan luar negara dan lain2...

semoga syurga tempatnya..


Quote i_is_kennot 7-1-2020 06:03 AM
Al -Fatihah..
Ibu yg cekal
Quote delsmomm 7-1-2020 08:23 AM
al-fatihah utk arwah..

sedihnya.. respek dengan beliyau..cancer fighter yg sgt kuat..

huhuhuuu... meol suka taw page MAHN tu.. slalu memberi inspirasi utk meol masak..

meol suka masak utk family meol yg mmg suka mkn2 ramai2..
Quote Boomibulat 7-1-2020 08:45 AM
innalillah..
Quote epal21 7-1-2020 09:49 AM
Sedih baca kisah akak ni. Cekal sungguh arwah demi anak2. Innalillah.
Quote any42 7-1-2020 09:30 PM
innalillah. Allah lg sygkn kk ayu dr trus mnderita sakit. semoga ank2 & famly xprnah lekang btrusan mndoakn arwah kak ayu sprti mna arwah cekal mnjga & mnyara hdup ank2 wlaupun diri btarung mlawan pnyakit yg tiada ubatnya. al-fatihah.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.104996 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top