CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jalan Rosak Tidak Diperbaiki"- Penduduk Paitan Sabah Berkubang, Tanam Pokok Tanda Protes

7-1-2020 10:30 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 4316| Komen: 12|Original author: Green Lantern

Description: Disebabkan jalan yang sentiasa rosak tanpa ada pembaikan dilakukan, penduduk di daerah Sugut Paitan bersepakat membuat sesuatu yang unik untuk menarik perhatian pihak berkuasa. Mereka membuat gimik ma ...



Disebabkan jalan yang sentiasa rosak tanpa ada pembaikan dilakukan, penduduk di daerah Sugut Paitan bersepakat membuat sesuatu yang unik untuk menarik perhatian pihak berkuasa. Mereka membuat gimik mandi, menangkap ikan di lopak air jalan yang rosak dan menanam pokok pisang sebagai tanda protes dan mahu suara mereka didengari.

Biarpun ianya kelihatan agak lucu, namun mesej yang dibawa oleh penduduk daerah di Sabah ini haruslah diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan bukannya memandang sebelah mata sahaja kerana tiada kepentingan politik.


Facebook
 
Dengan memegang kain rentang sepanduk "Mohon Kerajaan Persekutuan & Negeri baiki Jalan Paitan Kanibongan - Suara Rakyat Sugut Paitan", sekumpulan penduduk Paitan termasuk kanak-kanak membuat sebarang aksi tanpa sebarang segan silu. Mungkin memikirkan ini antara jalan terakhir supaya ianya menjadi tular seterusnya pihak berkuasa memberi perhatian.

Warganet turut 'terhibur' dengan aksi tersebut dan memberikan pelbagai komen yang melucukan.

FB
FB

Bagaimanapun isu utama protes ini turut mendapat perhatian serius daripada warganet yang lain. Malahan ada yang menyatakan mereka sudah berada di sini sejak tahun 1998, namun itu adalah jalan sama, tanpa tar dan lebih banyak rosak dari yang diperbaiki.

FB

Dalam pada itu, warganet turut mengkritik kerajaan yang sekadar tebu manis di bibir sahaja. Jika kerosakan kecil berlaku di Semenanjung akan terus diperbaiki, tetapi sebaliknya apabila ia berlaku di Sabah dan Sarawak. Sementelah ada projek bernilai RM170juta bagi membina elektrik Hybrid Solar yang dilancarkan pada Ogos 2019 oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar. Akan tetapi jika dilihat jalan sebegini, bagaimana projek ratusan juta itu akan dilakukan?

Berita Harian

Aduhai, kasihannya penduduk di sana. Katanya dapat peruntukan tapi jalan masih tetap sama. Takkan nak tunggu rakyat yang menderma pula? - CARI 




1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 7-1-2020 11:12 AM
Jalan tak rata sepanjang 9000km?????like seriously????
Quote noor2 7-1-2020 11:14 AM
Kesiannya. ...
Quote fliphair8 7-1-2020 11:30 AM
takpe nanti YB bawak vellfire masuk meninjau kawasan
Quote supernaturalee 7-1-2020 12:47 PM
chicozinn replied at 7-1-2020 11:12 AM
Jalan tak rata sepanjang 9000km?????like seriously????

ni jarak dr paitan ke Noamundi, Jharkhand 833217, India

8995.62 km




hasil gugelan maps
Quote Artemesiaa 7-1-2020 12:53 PM
Kat semenanjung pun ramai je yang guna cara ni untuk tarik perhatian PBT untuk cepat2 baik pulih jalan
Quote Boomibulat 7-1-2020 01:19 PM
Doa je biar ada PRK dlm ms terdekat..Kimanis dh dpt pun..
Quote shernazz 7-1-2020 01:27 PM
supernaturalee replied at 7-1-2020 12:47 PM
ni jarak dr paitan ke Noamundi, Jharkhand 833217, India

8995.62 km

Hahaha
Kalau 9000m tu kena la.juga kan
Tapi 9000km...sampai.ke india.nun..
Quote supernaturalee 7-1-2020 02:11 PM
shernazz replied at 7-1-2020 01:27 PM
Hahaha
Kalau 9000m tu kena la.juga kan
Tapi 9000km...sampai.ke india.nun..


kan






Quote Supersirap 7-1-2020 03:37 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote bobo_beck 8-1-2020 09:56 AM
nampak mmg dah lama jln ni cmni.. pe la YB2 tempat tu buat... xkesah la YB dlu or kini dan selamanya.. dua2 jgn sibuk berpolitik ja.. byk lagi keadaan yg lebih truk dr ni..
Quote dusunmind 8-1-2020 07:57 PM
Dulu ulang alik jalan ni naik Pitas. Masa tu masih guna kereta kecil ku.. Huhu.. Berlubang lubang jalan. Entah bila mahu diperbaiki.
Quote LadyCarefree 14-1-2020 06:46 AM
Menteri ni hampeh. Terkejut berok dia diterima masok pbm pastu siap dpat jd menteri. Sbab iols tahu dia, terus iols xcaya pbm sbab pbm xkn xtau dia ni siapa.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071694 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top