CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Wah! Makan Hati Anak Suliza Salam Bila Ramai Yang Kata Mereka Macam Adik-Beradik, Apa Rahsia?

8-1-2020 11:40 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14354| Komen: 65

Description: Lama tidak mendapat perkhabaran dari penyanyi era 1980an, Datin Suliza Salam selain sesekali menemani anaknya, penyanyi Ismail Izzani di mana-mana persembahan. Namun dalam satu sesi penggambaran majal ...





Lama tidak mendapat perkhabaran dari penyanyi era 1980an, Datin Suliza Salam selain sesekali menemani anaknya, penyanyi Ismail Izzani di mana-mana persembahan. Namun, dalam satu sesi penggambaran majalah Nona, Suliza hadir bersama Ismail dan dua anak perempuannya, Izati Zainal dan Falahi Zainal.

Lebih menarik mereka kelihatan hampir sebaya walaupun Suliza sendiri sudah berusia 54 tahun. Malahan anaknya Izati turut menjelaskan yang ramai orang mengatakan mereka seperti adik-beradik.

Majalah Nona


Mendapat jolokan 'mata kucing' di zaman kegemilangannya, Suliza menegaskan dia masih menjaga kesihatan dan kecantikan biarpun usianya telah melewati setengah abad.

"Ada sesetengah orang bila meningkat usia, dah malas nak nampak cantik. Bagi saya bergaya tetap kena ada walaupun berapa usia kita, tetapi biarlah bersesuaian. Macam usia saya, tiba-tiba nak pakai ketat-ketat, tak bolehlah macam tu."

Majalah Nona

Selain menitiberatkan pemakaian, Suliza juga menjaga pemakanan dengan mengambil banyak buah-buahan serta menikmati hidup.

"Dalam hidup ni, semua orang ada masalah. Itu biasa, tapi you deal with it and try to be as good as you can. Selalu positif dan 'happy', InsyaAllah, penyakit jauh dengan kita."

IG

Wah! Padanlah nampak sebaya anak, Datin Suliza Salam betul-betul menjaga dirinya dari segala aspek ya. Jadi, kita yang ada ni patut mencontohinya okey. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 8-1-2020 11:45 AM
Laki dia mana..
Quote shernazz 8-1-2020 11:56 AM
Bila baca ..mata kucinig
Iols teringat lagu mata by noorkumalasari

Quote ajinomotonosuga 8-1-2020 12:00 PM
Sekow pun tak lawo...puak jawa Rengitttt...

Aku tau laa lubuknko Rengit tuuu..nenas !
Quote Kurex 8-1-2020 12:02 PM
kemain muka masing2 berfilter
Quote NekNgah 8-1-2020 12:14 PM
Kuasa duit, kuasa filter....

Tengok kat tv nampak aje tuanya.
Quote MelZ_Eulalia 8-1-2020 12:18 PM
filter lebih
Quote i_is_kennot 8-1-2020 12:27 PM
Nmpk sepesen je anak beranak..  
Quote mieymiey 8-1-2020 12:31 PM
Dah filter 7 lapis, memang la nampak sebaya
Quote MatDeghem 8-1-2020 12:37 PM
Filter 7 lapis bumi.....

Quote epal21 8-1-2020 12:49 PM
Semua ikut muka & mata kucing dia ye. No DNA tests are needed.
Quote sarahmirza 8-1-2020 12:55 PM
ajinomotonosuga replied at 8-1-2020 12:00 PM
Sekow pun tak lawo...puak jawa Rengitttt...

Aku tau laa lubuknko Rengit tuuu..nenas !

Rumah mak dia belakang rumah pak long saya.... Tapi tak pernah pun pergi beraya.

Kecik2 terror speaking jawa ni... Baca kat thread ni baru tau Ismail Izzani tu rupanya anak dia..
Quote Melur1 8-1-2020 01:11 PM
dah org have2... boleh la treatment utk jaga muka badan kulit. Kalau iolls berduit pun iolls kan buat begitu jugak
Quote Incanto 8-1-2020 01:17 PM
i_is_kennot replied at 8-1-2020 12:27 PM
Nmpk sepesen je anak beranak..

dah sama DNA


Quote Incanto 8-1-2020 01:18 PM
gambar atas yg Datin SS pakai mekap tebal tu nampak mcm muka dia
Quote reddots 8-1-2020 02:12 PM
sekali masuk ngan Fafau la.. dah nak sama muka tu..

gmbo bwh yang tampo muka mael tu, nampak sgt kedut kat bwh mata.. dan nampak sangat status mak mak bukan nya adik kakak. tp gmbo atas, yes filter 7 lapis bumi, harus la muka muda remaja.
Quote tupaiterbang 8-1-2020 02:29 PM

Kuasa mekap + kuasa filter = takde menda nak diwowkan sgt...


Quote ina_na 8-1-2020 02:31 PM
Filter leh la.. Mak dia tu tgk kat TV acara pe tah ari tu keduts gak muka nye.. X la mcm dlm Gambo ni.. Tp msh kenal la sbb mak dia kan penyanyi agak terkenal dl... Knl muka je.. Lagu x Ingat..
Quote mesmerize 8-1-2020 02:39 PM
semalam tengok rancangan sehari bersama idola kat astro ria tu ai suka tengok cara ismail izzani tu layan n borak ngan fan dia. nampak friendly, natural n tak kekok. fan dia yang kayu tak reti respon n borak ngan dia. kalau dua2 pandai sembang mesti kelakar.
Quote nishikido 8-1-2020 02:46 PM
Dah biasa dengan situasi ni..my mom beza 20 tahun je dari meolls dan she masih bergaya,muka pon cerah bersih je tanpa jeragat atau kedut.dari iolls tadika sampai lah dekat 30 ni,takda sorang teka tu mak iolls.semua ingat kakak..yang lagi tensen adik bongsu i lahir masa i tingkatan 1.tapi bila bawak adik ke pasar atau kedai orang ingat adik tu anak i pulak.hanjinggg..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052941 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top