CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sungguh Durjana! Lelaki Bertelekung Curi Barang Ketika Jemaah Muslimat Solat

10-1-2020 11:13 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1058| Komen: 2|Original author: Tukang Tulis

Description: Kejadian berlaku di Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Setapak.
Rakaman CCTV menunjukkan suspek (dalam bulatan) sedang menggeledah beg tangan jemaah muslimah. Kredit foto: Sinar Harian Online

Ketika jemaah muslimah sedang khusyuk menunaikan solat isyak di Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota, Setapak pada 4 Januari lalu, seorang pencuri pula mengambil kesempatan menggeledah beg tangan mereka.

Pencuri yang sebenarnya seorang lelaki itu menyamar sebagai seorang wanita dengan memakai telekung untuk memudahkannya memasuki ruang solat muslimah.

Tanpa disedarinya, gelagat suspek mencuri barang-barang berharga dalam beg tangan milik jemaah muslimah dirakam oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid itu. 

Suspek lelaki dilihat memasuki masjid bersama seorang wanita yang tidak bertudung sebelum dia mengambil telekung yang disediakan pihak masjid.

Suspek wanita dipercayai menunggu di luar ruang solat ketika lelaki itu menggeledah dan mencuri barang-barang milik jemaah muslimah.


Masjid Ibn Abbas di Taman Ibu Kota, Setapak. Kredit foto: Facebook
Pengendali laman Facebook Masjid Ibn Abbas menyatakan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.41 malam.

"Berhati-hati dan berwaspadalah selalu. Jaga barang berharga anda walaupun berada di dalam masjid atau surau," katanya.


Para netizen yang kesal dengan perbuatan jenayah itu mencadangkan supaya pengurusan masjid mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan menugaskan seorang jemaah lelaki sebagai pengawal keselamatan sukarela.

Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Sebaik-baiknya letak beg dan barangan berharga di hadapan kita ketika solat supaya sukar dicuri oleh penjenayah yang tergamak melakukan dosa di dalam rumah Allah. - CARI
2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Austronesian 10-1-2020 11:14 AM
Thread lama semua naik
Quote Kurex 10-1-2020 11:15 AM
kenaa kau malas sangat nak kerja utk dapatkan duit?!!!!!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.059538 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top