CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bincang Segera Tarikh Peralihan Jawatan PM, PKR Sudah Tak Sabar

9-1-2020 11:57 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 1641| Komen: 9|Original author: Tukang Tulis

Description: Gesaan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Anwar bertemu Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun 2019. Kredit foto: Facebook

PKR nampaknya semakin tidak sabar menunggu proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Presiden parti  itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Sinar Harian Online pada 8 Januari, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bertindak segera membincangkan dan memuktamadkan perkara itu.

Beliau percaya langkah itu boleh menghentikan pelbagai spekulasi dibuat pihak tertentu yang berupaya mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

"Paling penting sekarang, Majlis Presiden PH harus duduk berbincang dan memuktamadkan perkara ini. Itu yang kita hendak," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di Putrajaya pada 7 Januari.

Saifuddin sedang memeriksa bawang di sebuah pasar raya. Kredit foto: Facebook
Saifuddin juga menyatakan, Dr. Mahathir sedar bahawa jawatan Perdana Menteri yang disandangnya adalah hasil konsensus Majlis Presiden PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjelaskan, Dr. Mahathir mengakui hakikat itu dalam mesyuarat post mortem PH selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

"Beliau menerima hakikat bahawa PH akan bincang tentang formula peralihan. Itu sangat jelas," katanya.

Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) pernah menggesa Sekretariat PH menetapkan tarikh peralihan kuasa antara Dr. Mahathir dan Anwar.

Namun, Dr. Mahathir pula mengumumkan peralihan kuasa kepada penggantinya akan dilaksanakan selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 akhir tahun ini.

Agak-agaknya, ada peluangkah Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan selepas Dr. Mahathir? - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-1-2020 12:55 PM
rakus betul la nuart ni
Quote JohnnySins 9-1-2020 01:02 PM
kami rakyat tak sabaq nak dapat peliwat jadi PM...wakakakakakakakakakakakakakkakakaka
Quote palmolive 9-1-2020 01:13 PM
hilang sakit belakang dia
Quote Austronesian 9-1-2020 01:21 PM
Tak sabar barua dap nak jadi PM
Quote zjen 9-1-2020 01:53 PM
Edited by zjen at 9-1-2020 01:55 PM

takan kasi punya

sampai bila nak sedar,   org dah berulang ulang kali sebut  :  wawa...ehem aaan ...   2030 ....

org dah bersemangat takan masuk alam barzakh sampai umur 100 tahun

kalu nak cabar  ... kecuali cabar bomoh   ....   dah xde cara lain nak cabar

cuma iols heran ....  naper warga mas tu xde telor bagi laluan kat boboi  .... ada siapa kat CI boleh jelaskan kat iols tak  ?      

why ?     naper warga mas sampai lani masih tak serahkan kuasa kat boboi     ???




Quote tobby 9-1-2020 02:45 PM
naik melugai tengok bang non ni kemaruk nak jadi PM.  arahkan proksi2 dia push supaya dia cepat naik jadi pm.  Nak tengok atok main silap mata dgn bang non.
Quote Ina8895 9-1-2020 04:13 PM
Hidup bang non!
Quote lipans 9-1-2020 04:19 PM
parti k*** rakus.
Quote MadameOnion 9-1-2020 08:42 PM
Hahahahahahahahhahahahahaha je yg aku mampu komen

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068603 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top