CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Nipis Bukan Sebarangan, Ini 7 Sebab Kenapa Kena Beli Acer Swift 3 Baharu!

14-1-2020 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10254| Komen: 61|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Komputer riba atau laptop masih menjadi pilihan ramai sama ada bagi menyiapkan tugasan pejabat, kolej mahupun sekolah dengan segera.Seperti kebanyakan peranti lain, rekaan laptop juga tampil semakin n ...
Komputer riba atau laptop masih menjadi pilihan ramai sama ada bagi menyiapkan tugasan pejabat, kolej mahupun sekolah dengan segera. 

Seperti kebanyakan peranti lain, rekaan laptop juga tampil semakin nipis dan kemas. 


Semakin nipis tak bermakna spesifikasinya semakin terhad, sebaliknya semakin banyak spesifikasi ditambah baik.  

Tapi, anda pening mahu memilih laptop yang benar-benar berbaloi? Pilihlah Acer Swift 3 baharu ini! 



 
Ini 7 sebab kenapa Acer Swift 3 baharu paling berbaloi. 

1. Ramping dan ringan 

Reka bentuk ramping diperbuat daripada aluminium ini menjadikan Acer Swift 3 tampak lebih kemas dan memberi sentuhan peribadi. 

Dengan skrin setebal 14.9mm, Acer Swift 3 mudah dibawa ke mana saja dengan berat 1.35kg. 


2. Jangka hayat bateri luar biasa  

Paling penting, Acer Swift 3 mampu bertahan sehingga 12 jam hanya dengan sekali cas sahaja menggunakan port USB Type C dan USB 3.0 yang menyokong USB 3.0 walaupun laptop tidak hidup atau dalam mod hibernasi. 

 
3. Perisian dipacu quad-core Gen Intel  

Dilengkapi kuasa pemprosesan quad-core Gen Intel ke-8 khas untuk anda menyiapkan sebarang tugasan yang kompleks. 

Dipacu Intel Core i5, 8GB RAM, anda kini boleh membuka banyak halaman web dan aplikasi dalam satu masa. 
 

4. Performance mantap dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 

Selain memberi kepuasan mengedit foto dan video, laptop ini membolehkan anda melakukan sebarang tugasan grafik serta bermain game pada prestasi yang baik sesuai dengan gaya hidup moden masa kini. 

Tiada lagi jeritan 'lag!' ketika bermain game atau di saat genting menyiapkan tugasan grafik. 
 
5. Layar IPS dengan sudut tontonan luas hingga 178 darjah 

Dengan skrin 14 inci Full HD, Acer Swift 3 juga dicipta dengan ciri lay-flat 180 darjah.  

Kalau anda seorang penuntut yang tinggal di asrama, bolehlah tonton movie beramai-ramai dengan teman sebilik! 


6. Teknologi Acer BluelightShield 

Laptop dah power, mesti nak hadap lama-lama, kan? Jangan risau, teknologi ini melindungi mata ketika menghadap skrin dalam tempoh lama secara berterusan. 

 
Gambar hiasan/ Shutterstock 
 

7. Capaian Internet pantas berdesup 

Dengan sambungan Gigabit Wi-Fi 2x2 802.11ac atau platform 4G LTE, anda tidak perlu risau signal 'macam biskut' lagi.  

Laptop ini menjamin sambungan Wi-Fi yang kukuh dan konsisten. 

 
Acer Swift 3 baharu kini menyokong sehingga 512GB PCIe NVMe SSD 8GB onboard DDR4 pada harga RM2,399. 

Manakala, Acer Swift 3 yang ditambah perisian kad grafik NVIDIA GeForce MX250 boleh didapati pada RM2,699. 


Gambar hiasan/ Harvey Norman 
 
Lebih menarik, anda boleh dapat Pre-installed Microsoft Office Home and Student 2019 yang berharga RM529 secara PERCUMA dan gunakannya sampai bila-bila!
 
Jangan fikir lama-lama, dapatkan Acer Swift 3 baharu segera! - CARI
12

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
11

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milanhawkin 14-1-2020 11:33 AM
dah ada yg beli ke? nk tau review...
Quote sarah82 14-1-2020 11:40 AM
Zaman aku bekerja opis dulu... Aku mmg gila la beli laptop.. Now.. Aku pakai handphone dah cukup
Quote beloomberk 14-1-2020 12:23 PM
Hati aku mmg susah nk terpaut dgn acer.. Ntah knp..
Quote pokaibanktokyo 14-1-2020 12:26 PM
Tak mau ahh
Quote CiliPadiSedap 14-1-2020 12:33 PM
nipis2 ni nak repair susah.
Quote Boomibulat 14-1-2020 12:47 PM
Nak tanya sikit..knp ada siput babi..nk bgtau laptop ni slow gila cam gary ke?
Quote shamsadis 14-1-2020 01:10 PM
made in Taiwan
Quote Atata 14-1-2020 01:14 PM
Wau 8GB RAM.. not bad harga dia
Quote tungkai 14-1-2020 01:32 PM
Zaman dulu2 brand ni mmg banyak problem siap kena cop ACER=Aku CEpat Rosak
Quote dudaberhias 14-1-2020 01:40 PM
tungkai replied at 14-1-2020 01:32 PM
Zaman dulu2 brand ni mmg banyak problem siap kena cop ACER=Aku CEpat Rosak

betul la tu... iolsss dah ada 4 laptop acer rosak... nak repair ibarat beli baru harganya... beli baru je lah...
Dia tahan dalam 3 tahun sahaja.. after that mula lah battery rosak... skrin rosak
Quote totokreturn. 14-1-2020 04:23 PM
Beli buat tgk citer porn je
Quote ninja boy 14-1-2020 04:28 PM
Kenapa siput panjat laptop
Quote ally9970 14-1-2020 04:36 PM
Aku cuma kenal Dell & HP jer...
Quote zorrro_03 14-1-2020 05:19 PM
jgn beli dulu.  tunggu review. design konsep ciplak macbook ni bukan boleh kira.  
Quote sarah82 14-1-2020 07:16 PM
Aku laptop aku dulu dell dan hp saja.. Dari acer aku rasa asus cun lagi
Quote vespa_oren 14-1-2020 08:03 PM
aku pkai asus dkt 11 tahun dh tahan, ingt nk beli laptop bru, tpi pas fikir jrg jugak aku guna laptop buat keje,
Quote Cassieopeia 15-1-2020 04:37 PM
dudaberhias replied at 14-1-2020 01:40 PM
betul la tu... iolsss dah ada 4 laptop acer rosak...  nak repair ibarat beli baru harganya... be ...

oh yeke, iols pakai lappy acer gak tahan sampai skrg guna nk msk 11 taun dah. tp sejak taun lps start buat hal but still bolehla guna..
Quote dudaberhias 15-1-2020 06:08 PM
Cassieopeia replied at 15-1-2020 04:37 PM
oh yeke, iols pakai lappy acer gak tahan sampai skrg guna nk msk 11 taun dah. tp sejak taun lps st ...

Lamanya, uols pakai light2 ke?
Meolss pakai heavy, tiap hari on dan sleep... Memang lingkup la sebelum 3 tahun, tapi macbook tahan pulak...
Quote hanakikan 15-1-2020 07:34 PM
Sorry, iols layan thinkpad je. Forever thinkpad

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.154988 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top