CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Patutlah Banyak Syarikat Omputeh Buka Kat Sini, Sebab Bayar Gaji Kecik"

13-1-2020 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10029| Komen: 76

Description: Sememangnya budaya bekerja Asia dan Eropah berbeza. Ramai berkata orang barat lebih mengutamakan waktu bekeluarga berbanding masa bekerja, jadi segala-galanya lebih seimbang berbanding budaya Asia yan ...

Sememangnya budaya bekerja Asia dan Eropah berbeza. Ramai berkata orang barat lebih mengutamakan waktu bekeluarga berbanding masa bekerja, jadi segala-galanya lebih seimbang berbanding budaya Asia yang lebih kuat bekerja hingga kadang-kadang mengabaikan diri sendiri. Namun, sejauh mana kebenaran itu? Adakah semua mempunyai budaya yang sama?

Pemuda ini tidak besetuju dengan tanggapan tersebut. Ini kerana pengalamannya yang pernah bekerja dengan warga Eropah ini sebenarnya lebih mengambil kesempatan di atas kelemahan undang-undang buruh negara kita. Tulisnya lagi disebabkan tiada undang-undang buruh yang jelas serta sikap "tidak apa" orang Malaysia, maka kita telah ditindas kerana 'keistimewaan' tersebut.

Kredit foto: Twitter

Hal ini timbul adalah rentetan dari cerita segelintir pekerja dipandang serong oleh rakan sepejabat dan majikan kerana pulang tepat pada masanya. Maka saranan seorang warganet lain supaya mencari pekerjaan di syarikat antarabangsa. Namun, lain pula halnya apabila pemuda ini mendedahkan mengapa "Mat Salleh" lebih suka membuka cawangan mereka di Asia, (Malaysia terutamanya). Ini kerana mereka boleh bayar gaji murah dan cuti yang sedikit tanpa risau ada penentangan daripada persatuan buruh. Selemah itu kah undang-undang pekerja di negara kita? Kenapa semua buta dan tuli?

Google

Ianya mendapat maklum balas daripada warganet lain yang menegaskan undang-undang buruh di Malaysia masih berada 30 tahun ke belakang, sebab itu lah banyak syarikat yang galak memberikan gaji yang tidak setimpal kepada para pekerjanya. Malahan mereka turut bersetuju bahawa Undang-Undang Buruh di Malaysia sepatutnya sudah lama digubal kerana banyak berpihak kepada majikan.

google
Ianya turut dipersetujui oleh warganet yang pernah bekerja di syarikat sebegini, gaji kecil serta kemudahan banyak disekat, tidak seperti syarikat asal di negara asal. Ini pastinya kerana mereka tahu undang-undang buruh di Malaysia tidak melindungi para pekerja dalam erti kata yang sepatutnya.
google
Bagaimanapun ia hanya dalam jumah yang kecil sahaja kerana banyak juga syarikat barat yang membuka cawangannya di sini masih melayan para pekerja sama dengan pekerja mereka di negara asal.

Kesimpulannya, memang bekerja di mana-mana pun adalah berisiko jika kita tidak dilindungi oleh Akta Buruh yang tegas. Ianya bukan terjadi pada syarikat tempatan sahaja kerana ada juga syarikat barat yang mengambil kesempatan atas kelemahan undang-undang buruh negara Malaysia. Jadi, diharapkan pihak berkuasa melakukan sesuatu agar hak pekerja dilindungi. - CARI
5

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 13-1-2020 12:00 PM
yes undang2 kat malaysia mcm taik
i agree.

cuma aku nak tanya if ada pakar dlm bidang HR etc
camna nak buat IF kompeni paksa korg cuti (tolak annual leave) sampai 3 4 5 hari dgn annual leave minimum ikut labour law (8 hari k setahun jadah sgt)

aku call pejabat buruh depa kata
kalau nak buat aduan kena bersedia takde kerja.. dah la susah dpt keje skang
so if nak kerja kena hadap ajela ditindas?
Quote kucingitam 13-1-2020 12:09 PM
x juga gaji kecik.

if compare kan dgn negara asal dan compare kan living cost, lebih kurang je sbnrnya.

siapa pula kata xde union. co aku mnc, ada je union. few years sekali merasalah tgk union berpiket.  yg takde union kalau ambil pekerja asinglah. tu mmg company suka.

siapa kata cuti sikit? eh msia ni meriah cuti tau. tu belum cuti  anak sedara bersunat, jiran meninggal, nenek sedara jiran belakang rumah kahwin..
Quote pokaibanktokyo 13-1-2020 12:11 PM
Majikan murahan paling banyak dalam sektor caprut caprut. Tak kira apa bangsa , dari  negara mana, dari benua mana. Maka pandai pandai lah memilih majikan dan sektor
Quote shark_eow7 13-1-2020 12:28 PM
cikatilia replied at 13-1-2020 12:00 PM
yes undang2 kat malaysia mcm taik
i agree.

ini dah pernah kena... cny company nak tutup seminggu. ditolaknya cuti kita yg 8 hari ni.. sudahnya nak sampai raya amek unpaid. bila cakap nak kerja awal xnak cuti lama2 tak bagi. last2 tukar kerja je.. kepala tak sakit. mujur la time tu ada rezeki boleh tukar kerja..
Quote cikatilia 13-1-2020 12:37 PM
shark_eow7 replied at 13-1-2020 12:28 PM
ini dah pernah kena... cny company nak tutup seminggu. ditolaknya cuti kita yg 8 hari ni.. sudahny ...

kami kena sampai skang beb
nasib 2020 ni tolak 3 hari je

berapi aje baca artikel ni
https://asklegal.my/p/force-workers-annual-leave-employment-companies-malaysia
Quote shark_eow7 13-1-2020 12:42 PM
cikatilia replied at 13-1-2020 12:37 PM
kami kena sampai skang beb
nasib 2020 ni tolak 3 hari je

allah. kesiannya.. kalau masuk je dah 12 hr cuti xde la ralat sangat. ni masuk je start dengan 8 hari.. mcm apa jeee..
Quote cikatilia 13-1-2020 12:46 PM
shark_eow7 replied at 13-1-2020 12:42 PM
allah. kesiannya.. kalau masuk je dah 12 hr cuti xde la ralat sangat. ni masuk je start dengan 8 h ...

aku now dah maximum 16 hari tapi still

if kita ada 3 hari tu
bole aje la kita cuti utk appointment hospital, raya and hal hal kita sendiri
emergency keta ke apa ke kan

CNY bole buat apa aje kan...
dgn mall pon penuh, hiway jam, atm plak selalu xde duit...
travel xyah citer la kan.. tiket mahal hotel fully book. xkoser. berkuntum aje dekat umah.

Quote KIM.K 13-1-2020 12:51 PM
Huhu aku baru cover EA. Rupanya ada 5 part lagi
Sejujurnya takde pihak mengajar labor law, hanya hexo.com. Akta ada, but employer tak tahu. Pekerja lagilah, bila taktau akta kena game selalu
Quote KIM.K 13-1-2020 12:53 PM
shark_eow7 replied at 13-1-2020 12:28 PM
ini dah pernah kena... cny company nak tutup seminggu. ditolaknya cuti kita yg 8 hari ni.. sudahny ...

Hi Tanya je. Company chuols declare cuti 2020 masa 1 Jan ke selepas
Sebab semua cuti yg co nak ambil kena declare on 1 jan
Quote fliphair8 13-1-2020 12:56 PM
cikatilia replied at 13-1-2020 12:00 PM
yes undang2 kat malaysia mcm taik
i agree.

hakak pi mahkamah perusahaan, nak report and mintak advice on my case

panjang2 hakak cite,the only thing dia bole advice hakak bersabar, sampai diorang terminate hakak, then i can file wrongful termination..can claim up to 23th mths if im not mistaken

hokay, this is my questions:-
1.  first, if i kena terminate, is there organization will hire me? my reputation? its termination we are talking about. It has to be carry forward in your resume.

2. I cant tender now, i have commitment which quite impossible to just quit unless i have another job secured and the market here saturated and again, discrimination towards malay without chinese speaking skills.

3.  I am in a ticking bomb position, per say next upcoming egm happening which is likely to schedule in feb, and the rogue directors win, I dont want to work with them, I cant work with them, i even have 2 police reports made against them.

I pray to Allah everyday, if this job is no good for me, please give me a good one coz only He knows whats best for you.

Sorry yer, meluahkan perasaaan see if anyone got any ideas how to work on it.
Quote Butter~Pixie 13-1-2020 01:25 PM
shark_eow7 replied at 13-1-2020 12:28 PM
ini dah pernah kena... cny company nak tutup seminggu. ditolaknya cuti kita yg 8 hari ni.. sudahny ...

image.png
sama la nok..ahahahahahahaha..raya 3 hari je cuti..ape hanaattttt
Quote NekNgah 13-1-2020 01:39 PM
Kena pandai cari majikan.  Ikut experience sendiri, company kecik especially Chinese memang perah pekerja.  
Majikan sekarang benefits, work culture memang the best. Even Chinese pun tak nak lompat-lompat ke company lain sebab work culture Melayu memang bagus.  Tak ada tikam menikam, ni kawan Chinese la bagi tau.
Quote cikatilia 13-1-2020 02:15 PM
KIM.K replied at 13-1-2020 12:53 PM
Hi Tanya je. Company chuols declare cuti 2020 masa 1 Jan ke selepas
Sebab semua cuti yg co nak am ...

company iols tak declare pon cuti tahun 2020 lagi
now dah 13hb dah derr

pastu list cuti tu hr manager bodoe tu email ke HOD SAHAJA.. ok
dpt HOD bangkak mcm HOD aku mmg xdpt pon list tu selain dari mintak dari HOD lain yg lebih berakal..


Quote cikatilia 13-1-2020 02:16 PM
fliphair8 replied at 13-1-2020 12:56 PM
hakak pi mahkamah perusahaan, nak report and mintak advice on my case

panjang2 hakak cite,the o ...

sama derr

i sudah 8 years sini and its very susah dpt kerja now with my age dah 4 series.
i bukan high level pon kerja.. cuma level non-exec yg bergaji less than 2k.

sedih..
company iols jual baju mahal yg riddicolously yesteryears and berboss kan wanita keji.
Quote cikatilia 13-1-2020 02:17 PM
Butter~Pixie replied at 13-1-2020 01:25 PM
sama la nok..ahahahahahahaha..raya 3 hari je cuti..ape hanaattttt

ya ampon
chuols 8 days kerja less than 2 years kah..
sedih kan..

kalau jenis yg prorate cuti camna nak bahagi 12 tu yach..

sebulan dpt 0.6666667 days.. so half day lebih sikit?


masa iols less than 2 years nasib baik dpt 10 days. lebih la sikit tapi masih level parah.
Quote cikatilia 13-1-2020 02:19 PM
NekNgah replied at 13-1-2020 01:39 PM
Kena pandai cari majikan.  Ikut experience sendiri, company kecik especially Chinese memang perah pe ...

yes.. kalau dpt jenis chinese sejenis bukau bukau ni mmg

dia perah nya
benefit siput
gaji siput
racist
and tidak berperikemanusiaan mostly
Quote shark_eow7 13-1-2020 02:32 PM
KIM.K replied at 13-1-2020 12:53 PM
Hi Tanya je. Company chuols declare cuti 2020 masa 1 Jan ke selepas
Sebab semua cuti yg co nak am ...

dec tahun sblm tu dah bgtau. jadi if nak apply cuti new year ke, anak sekolah ke, dah tau each individu entitle berapa hari. selalu call je hr tanya berapa hari..
Quote Butter~Pixie 13-1-2020 02:34 PM
cikatilia replied at 13-1-2020 02:17 PM
ya ampon
chuols 8 days kerja less than 2 years kah..
sedih kan..

bulan 4 baru masuk 2 tahun kerja..itupon tambah 2 hari sajork...tahun lepas unpaid leave shj 10 hari..ahahahaha..ptong gaji pastu potong elaun kehadiran..potong licin yer bukan potong ckit2..300 jgk la tu..hanjeng kannn..btw keja company org bracket C...
Quote shark_eow7 13-1-2020 02:35 PM
Butter~Pixie replied at 13-1-2020 01:25 PM
sama la nok..ahahahahahahaha..raya 3 hari je cuti..ape hanaattttt

compulsary leave tu yg tahi sangat.. nak mengamuk rasa keje penat2 xleh nak cuti sebab kena tolak time raya depa..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.064346 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top