CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Tau Lentik, Tak Lentik, Tunggulah..."- Bob Yusof

13-1-2020 11:42 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 5797| Komen: 32|Original author: Vanilla Thhunder

Description: Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-34 kini kian terasa apabila para finalis sudah mula mengatur strategi dan membuat persiapan padu demi memberikan persembahan yang mantap menjelang acara terpen ...




Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-34 kini kian terasa apabila para finalis sudah mula mengatur strategi dan membuat persiapan padu demi memberikan persembahan yang mantap menjelang acara terpenting dalam industri muzik negara itu yang akan berlangsung  pada 9 Februari nanti.

Pada malam AJL ke 34 nanti, Bob Yusof  telah diberi  kepercayaan untuk menggantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam membawakan lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.






Menerusi laman Tonton Xtra, Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usop menyatakan bahawa persiapannnya setakat ini baru mencapai  20% biarpun AJL tinggal kurang dari sebulan sahaja lagi memandangkan kali ini dia hanya memenggalas tanggungjawab membawa lagu orang lain.

selain itu,  Bob  merasakan adalah  lebih baik untuknya meminta izin daripada pihak berkenaan terlebih dahulu sebebelum melaksanakan sebarang perubahan ke atas lagu itu atas dasar hormatnya terhadap komposer dan penyanyi asal lagu tersebut.

Walau bagaimanapun Bob  menafikan kreativitinya dihadkan atau dikongkong oleh pihak Siti mahupun Hael dan berkata dia diberikan kebebasan untuk menentukan arah tuju cara penyampaian lagu Anta Permana itu nanti.

Memang Hael kata dia serahkan sepenuhnya pada Bob tapi saya mahu ikut garis panduan yang betul. Saya tetap akan tanya Hael dan Datuk Siti pendapat mereka kerana ini bukan lagu saya,"ujarnya kepada Tonton Xtra.

"Saya hormat pada Hael sebagai komposer dan Siti sebagai penyanyi asal dan saya rasa ia tanggungjawab yang besar untuk saya pikul lagu ini sebab ini lagu penyanyi tersohor. Bila saya tahu direction mereka, baru saya akan gabungkan dengan inspirasi saya buat lagu ini", kongsinya lagi kepada Tonton Xtra.

"Cuma Datuk Siti pernah nasihatkan saya supaya jangan terikut-ikut dengan cara nyanyiannya dan nyanyikan lagu ini dengan cara tersendiri," jelas Bob lagi.

Persembahan Bob pada pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 34 tempoh hari  mengundang pelbagai reaksi dari umum.





Sementara ada yang memuji penyanyi itu membawa lagu Anta Permana dengan versi tersendiri dan ada juga yang tidak menyukai nyanyian Bob terutama sekali dengan aksi tangan yang melentik. 


"Lentik tak lentik, tunggulah nanti persembahan saya pada malam AJL nanti. Itu persembahan saya. Apabila di atas pentas, saya cuma mahu jadi diri saya sendiri," kata Bob sambil tertawa.


Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-2 yang sudah pun  15 tahun berada di dalam industri seni ini berkata dia sudah lali dengan kritikan orang ramai dan dia sudah bersedia untuk menerima kritikan sebelum bersetuju menggalas tanggungjawab itu. 


Setelah menonton persembahan Bob Yusof di pusingan separuh akhir Muzik-muzik 34 tempoh hari, tidak sabar rasanya untuk melihat gaya yang akan ditonjolkan   penyanyi ini dalam menyanyikan lagu Anta Permana di malam AJL kelak. Semoga berjaya  diucapkan kepada Bob! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 13-1-2020 11:53 AM
go go kaka bobyy
Quote Mary_jane 13-1-2020 12:14 PM
Lentik ke tak lentik?
Quote September14 13-1-2020 12:16 PM
Menyanyi belakang pentas jah lpstu suh la sesapa miming
Quote lasagna 13-1-2020 12:16 PM
all the best Bob! lentik ke tak, nyanyi jer.
Quote fliphair8 13-1-2020 12:27 PM
hakak tahu dek bob mampooo melentik...hakak hanya mampoo tengok dengan mulut itik...
Quote RatuDunia94 13-1-2020 12:39 PM
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa melaram sakan kan...
Quote inspiro92 13-1-2020 01:32 PM
RatuDunia94 replied at 13-1-2020 04:39 AM
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa  ...

oh no dah terbayang!
Quote NekNgah 13-1-2020 01:32 PM
Good luck lah Bob mesra...
Quote cha-cha 13-1-2020 01:39 PM
RatuDunia94 replied at 13-1-2020 04:39 AM
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa  ...

Wahhh looking forward yach
Lepas tu turun dari atas ke tengah2 stage gitewww...
Quote anony-mous 13-1-2020 01:41 PM
Kg.com taste ct ni baik dri segi penampilan mahupon pemilihan retis utk ganti sheol. Hmm
Quote inspiro92 13-1-2020 01:42 PM

[ig]https://www.instagram.com/p/B7K0v4UnD9c/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]
Quote blue^panther 13-1-2020 01:43 PM
RatuDunia94 replied at 13-1-2020 12:39 PM
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa  ...

Choiiii sangat, memang tak boleh jadi jantan tulen ke Bobby ni??? Tak seswai la nk jadi nyah......
Quote bottombikini 13-1-2020 01:54 PM
kau pun nak melentik jugek ke nyehhh...
Quote mieymiey 13-1-2020 02:19 PM
Confirm ahkak Bobby melaram sakan khueeenzzz? Tazabar iols nak mencerca
Quote MadameOnion 13-1-2020 02:44 PM
kelesss bob..haruslah lah lentiksss
Quote takayama 13-1-2020 03:33 PM
nk tgk gak Bob ni melentik camner
Quote duquesne 13-1-2020 04:12 PM
Good choice! Bob antara penyanyi terbaik negara walaupun agak sendu.
Quote tagas 13-1-2020 04:32 PM
lentik boyak
Quote Victorioussss 13-1-2020 06:54 PM
@Kurex taste tak dengan heols ni?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.097799 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top