CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Terpelanting Penutup Pembetung Meletup Lepas Baling Mercun

14-1-2020 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4693| Komen: 17

Description: Bahana main mercun, budak lelaki terpelanting apabila penutup pembetung meletup.
Bahana main mercun, budak lelaki terpelanting apabila penutup pembetung meletup.

Letupan itu dikatakan terjadi selepas kanak-kanak berusia lapan tahun terbabit menyalakan mercun dan mencampakkannya ke dalam lubang pembetung berkenaan.



Kredit foto: Daily Mail/Asia Wire

Menurut Daily Mail, media tempatan melaporkan mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi.

Difahamkan, kejadian berlaku Jumaat lalu di sebuah kompleks kediaman di Dunhuang di wilayah Gansu, China.

Sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama rakan apabila dia kemudian dilihat membaling mercun ke dalam lubang berkenaan.

Menurut laporan, letupan itu menyebabkan penutup pembetung berkenaan tercamapk setinggi tiga meter sebelum jatuh berkecai.

Menurut saksi, Wu berkata, dia terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat kanak-kanak itu terbaring dan mulutnya berdarah.



Kredit foto: Daily Mail/Asia Wire

Lelaki itu kemudian membantu membersihkan darah sebelum meminta bantuan orang ramai untuk memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa.

Bagaimanapun, saksi di lokasi kejadian gagal menemui keluarganya sebelum Wu membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Menurut laporan, budak lelaki itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Dunhuang. - CARI


5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-1-2020 04:42 PM
ada gas terperangkap... itu yang meletop kuat... lain kali jangan main2 baling mercun ke puntung rokok ke dalam tempat2 dan lubang macamni... risiko gas terperangkap tu tinggi....

dalam longkang terbuka tu ok lagi...
Quote baghal_bortuqal 14-1-2020 04:43 PM
moga jadi pengajaran nak. curiosity engkau ni satu tahap yg lain sikit utk umur.
Quote Kurex 14-1-2020 04:48 PM
teringat la kes budak campak mercun mancis dekat bawah rumah ni sampai terkena mata sorang budak yg hensem tu..  2 bulan jugak ambik masa utk sembuh.. nasib naik la tak ada apa
Quote Caranthir 14-1-2020 04:51 PM
dalam sewer mmg ada gas methane, n02, co2 ..
Quote husna_amal 14-1-2020 04:54 PM
Budak lelaki tu pun masih dalam keadan sedar lepas letupan tu. Semoga jadi pengajaran buat orang ramai.
Quote top5complete 14-1-2020 05:05 PM
mati terus lagi bagus.. sudah berkali2 orang kata jangan main mercun
Quote mizruncing 14-1-2020 05:09 PM
mesti trauma seumur hidup. tp tu laa slalu dgr budak melayu je kan kena mercun. ni kt negara luar pn ade
Quote deydeylala 14-1-2020 05:24 PM
terasa ngilu satu badan
Quote zorrro_03 14-1-2020 05:27 PM
elok laaa tu. kalau putus leher tu lagi nyaknye...  
Quote clarizsa 14-1-2020 05:31 PM
PADAN MUKA

i cukup benci org yg main mercun x kira siapa
Quote sharlenetexas 14-1-2020 06:01 PM
Tak sabar2 sambut cny ke dik?
Quote AbukRokok 14-1-2020 06:09 PM
boleh pergi bulan terus dek...
Quote EvieWanKenobi 14-1-2020 07:19 PM
semoga insaf bermain mercun lepas ni..
Quote Pink_Purple 14-1-2020 07:47 PM
ingat kat malaysia, kreatif sangat main
Quote batmana 15-1-2020 07:05 AM
Penunjuk bahawa bdk2 prc taklah kreatif mana dgn Bdk sni
Quote BebeQ 15-1-2020 10:40 AM
Orang tak tahu, adalah menjadi satu kesalahan bila membuka mana2 sewer manhole.
Jangan cakap gas bahaya je, kandungan acid dalam tu lagi bahaya.
Korang jatuh, korang cair beb.
Quote NekNgah 15-1-2020 10:55 AM
BebeQ replied at 15-1-2020 10:40 AM
Orang tak tahu, adalah menjadi satu kesalahan bila membuka mana2 sewer manhole.
Jangan cakap gas ba ...

Gas dalam sewer rasanya semua tahu, asid?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.125635 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top