CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Takutnya! Baru Je Masuk Januari 2020 Sana Sini Bencana Alam, Dunia Dah Sampai Penghujung?

22-1-2020 11:53 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5614| Komen: 26

Description: Takutnya! Baru Je Masuk Bulan Januari 2020 Sana Sini Bencana Alam, Dunia Dah Sampai Penghujung?

Kredit Foto - Shutterstock

Muqaddimah tahun 2020 ini sangat membimbangkan dengan beberapa siri bencana alam.

Kebakaran besar di Australia sehingga ribuan ekar hutan musnah, jutaan haiwan mati; dan masih berlarutan hingga sekarang ini.

Kredit foto: Twitter

"Dunia makin tenat?"



Menerusi perkongsian Ikhwan melalui akaun Tw!tternya, ada 7 lagi bencana lain yang telah / sedang berlaku di dunia sekarang.


1. Letusan Gunung Berapi Taal, Filipina

Letusan debu dari Gunung Berapi Taal di Filipina yang memuntahkan asap tebalnya. Antara gunung berapi yang aktif menyebabkan puluhan ribuan rumah ranap dan penduduk dipindahkan.


Terkini , pada 13 Januari 2020, Taal sudah mengeluarkan lahar pula.


2. Glasier di New Zealand bertukar warna coklat? 


Glasier ialah sebuah sungai ais yang bergerak perlahan dan bersaiz besar. Khabarnya di New Zealand warna glasier telah bertukar menjadi coklat dan mencair dengan lebih cepat akibat perubahan cuaca.

Perubahan glasier ini dianggap pelik kerana lazimnya ia bertukar warna pada musim panas sedangkan sekarang musim bunga di New Zealand.



3. Rumput dan lumut tumbuh di Gunung Everest



Dengan tumbuhnya rumput dan lumut di sini ia akan memberi kesan yang serius kepada ekosistem di kawasan tersebut di mana menurut saintis, ais mungkin akan mencair agak lambat dari biasa dan akan mengganggu bekalan air di kawasan tersebut.

4. Banjir Besar di Dubai

Luar norma kerana Dubai jarang menerima hujan akan tetapi  dilanda banjir pula.



5. Banjir Besar di Jakarta, Indonesia

Banjir besar ini menyebabkan ramai yang maut, hilang tempat bergantung dan terpaksa lari mencari perlindungan.

Kredit foto:

6. Gempa bumi pada skala 6.4 richter di Puerto Rico


Gempa bumi pada skala 6.4 magnitud menggoncang pulau itu pada hari Isnin lalu ( 13 Januari 2019), meranapkan rumah dan menyebabkan gangguan kuasa, tetapi tiada korban dilaporkan.

7. Ribut taufan di Selatan Amerika

Dalam masa yang sama, ribut taufan melanda bahagian selatan Amerika sehingga 11 orang mati.




Sementara itu di India, Pakistan, dan Bangladesh pula mengalami cuaca sejuk melampau  di mana kali terakhir berlaku 4 dekad lalu yang telah mengorbankan beberapa nyawa.


Benarkah dunia sudah sampai ke penghujungnya?

Sebenarnya  tiada ada seorang pun yang mempunyai pengetahuan mengenai masa dan ketika dunia akan sampai ke hujungnya.

Namun, apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah mula menjaga dan mentadbir alam dengan baik untuk generasi anak-anak kita kelak.

Harap masih belum terlambat.- CARI 
2

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayang_mulut 22-1-2020 11:55 AM
habis tu nak expect x de bencana alam ke? kite idup pun ada sakit dan x sakit... sama la macam bumi..
Quote SWORKS27 22-1-2020 12:04 PM
manusia sndri yang jadi punca pencemaran, bencana alam ni semua..semua lahir dari kerakusan tgn manusia itu sendiri..so, sila jadi alien pindah pluto
Quote sepiITUindah 22-1-2020 12:05 PM
dan trend la ni bila gempa bumi atau gunung berapi meletus akan terjadinya crack
orang jengka panggil tanah merkah
dan makin banyak berlaku sinkhole
Quote Kurex 22-1-2020 12:40 PM
ingatkan @Boomibulat
Quote rosasen 22-1-2020 01:54 PM
betullah tu..tiap hari makin dekat dgn kiamat kan
Quote mizruncing 22-1-2020 02:11 PM
atas tangan manusia sdri jgk kan. siap ade yg buat HARP ke ape ek yg bencana alam buatan sdri tu. now hadap laa. manusia zaman kita ni smpai la ke cucu cicit kita nanti yg jadi mangsa. pape pn beringatlah sentiasa
Quote gbam 22-1-2020 02:38 PM
bukan hanya dunia dan alam je memberontak, akan berlaku keruntuhan demokrasi, kerana demokrasi adalah sistem ciptaan manusia, jurang yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin miskin.

korang tak tengok tv ke, street protes di hong kong dah berbulan, sebelum ni street protes venezuela, hari ni street protest di colombia, street protes di perancis (yellow vest),  street protes di lebanon.  juga di sudan baru-baru ni street protes. orang dah semakin muak dengan kerajaan yg rasuah, di malaysia je pemimpin rasuah masih disimpan.

lain lain street protes, ecuador (okt,2019), zimbabwe (okt,2019), mesir,bolivia,iraq,chile,belanda,peru,syria.  perang di syria dah bertahun-tahun masih lagi tak selesai, korang rasa sistem demokrasi ni sistem yg cukup indah ke.
Quote meow_tompok 22-1-2020 03:20 PM
aku bila baca berita mcm ni, merenung diri yg penuh dosa dan belum byk lagi amal nak dibawak ke sana.. huhuhuhu
Quote Atata 22-1-2020 03:58 PM
Taklah terus kiamat. Kita melalui zaman dajjal dulu. Lepas tu Nabi Isa turun. Nabi Isa hidup d dunia ni adalah sekian2 tahun yg penuh makmur. Lepas2 tu baru dtg kiamat
Quote espri6006 22-1-2020 04:17 PM
jangan bimbang..kita semua akan mati. Kenapa perlu bimbang kiamat nak dekat?..sedangkan kematian kita lebih dekat daripada kiamat. Kiamat akan datang tk kira apa sekali pun....
Quote addved 22-1-2020 08:27 PM
Hujan di Dubai disebabkan cloud seeding oleh kerajaan disana.  When people want to try & play "god".
Quote ninja9 22-1-2020 08:48 PM
bencana alam dah ada sejak ribuan tahun dulu. ada yg berlaku pada masa berdekatan tetapi kehidupan tetap terus berjalan spt biasa sehingga sekarang

skrg apa point penulis ini cuba nak highlight bencana2 alam yg berlaku baru2 ini diseluruh dunia menunjukkan tanda2 lain atau sehingga boleh disimpulkan tanda2 dunia di penghujungnya.

setakat bencana2 ini berlaku hampir serentak tak cukup kuatlah.

mcm tahun 2012 hari tu, lucu pula bila teringat telatah manusia yg percaya sesuatu akan berlaku pd tahun itu..
Quote dakuta 22-1-2020 10:17 PM
ini memang azab rutin lepas perayaan maksiat krismas dan tahun baharu ape nak hairan
Quote InVendeTTa 22-1-2020 10:26 PM
Dari zaman Rasulullah dah dikhabarkan kiamat makin hampir..maybe in Allah's kingdom hampir tu beribu tahun di dunia tp beberapa saat saja di sana...kan balasan neraka pon sehari kat sana bersamaan beribu tahun lamanya di dunia ni..hehe..if that make any sense which i like to believe so aku lg beringat.
Quote InVendeTTa 22-1-2020 10:31 PM
ninja9 replied at 22-1-2020 08:48 PM
bencana alam dah ada sejak ribuan tahun dulu. ada yg berlaku pada masa berdekatan tetapi kehidupan t ...

Slalunya dlm cerita hollywood watak2 yg 'lucu x percaya' nak kiamat ni mati dulu. Cara mati pon style katak mcm tu jek..hahaha.but that's Hollywood.

Motif dia nak ingatkan kamu dunia ade pengakhiran la.sama mcm nyawa kamu yg lg berumur lg kerepot malfunction sana sini.
Quote ninja9 22-1-2020 11:21 PM
InVendeTTa replied at 22-1-2020 10:31 PM
Slalunya dlm cerita hollywood watak2 yg 'lucu x percaya' nak kiamat ni mati dulu. Cara mati pon st ...

tak ada siapa persoal pasal kematian, tak kiralah sebabnya apa. pasal dunia ni berakhir pun tak ada isu disitu..

isunya ialah arah penulisan ini lebih kepada konspirasi.


Quote slavehunter 22-1-2020 11:33 PM
Tapi Koala and  mati keras hangus tu sedih tengok.
Quote RatuDunia94 23-1-2020 12:30 AM
Jd. Marilah kita semua siap sediakan amal ibadah kita utk bekalan akhirat.
Quote polluxsstar 23-1-2020 09:12 AM
ini dari apa yg sy faham.
bila berlakunya gerhana matahari - last month 26.12.2019 yg terbaru kann
itu petanda akan berlaku perubahan pd alam kita
selain menjadi petanda kebesaran Allah yang Maha Berkuasa
dan peringatan ttg azab n nikmat yg dijanjikan Allah pada kita hambaNya
Fenomena gerhana yang berlaku sgt besar ertinya
haruslah kita menghayatinya dgn iman

apa yg berlaku sejak akhir2 ini pada dunia saya yakin itu yang Allah dah janjikan pada sebuah PETANDA
Dia dah tunjuk awal2 dah...
kita ni yang patut bersedia

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050599 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top