CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Roti Benggali Merosot Teruk

13-10-2013 10:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20909| Komen: 114

Description: Rabu Lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Mengadakan Sidang Akhbar Berkaitan Penutupan 12 Premis Makanan Termasuk Sebuah Premis Membuat Roti Kerana Gagal Mematuhi Peraturan Kebersihan.
GEORGE TOWN - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah kilang roti benggali di Bayan Baru di sini menguli tepung menggunakan kaki.

Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang, P. Manogaran berkata, hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini.

Kilang tersebut ialah Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat.

Beliau berkata, terdapat 150 vendor berdaftar dengan persatuan ini di Pulau Pinang dan kesemua mereka hanya mengambil roti dari tiga pembekal itu selama lebih 35 tahun lepas.

"Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu.

"Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik. Kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar semalam.

Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Ia berikutan tindakan jijik pekerja sebuah kilang roti benggali yang popular di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki sekali gus mengejutkan sepasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) yang menjalankan pemeriksaan dalam Ops Food Court kelmarin.Kosmo!

5

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anakdesa 13-10-2013 01:16 PM
Nanti habisla mengamuk bapak benggali dalam DAP tu.....  

Sapa2 yg upload kisah roti benggali ritu...baik padam post asap.... nanti kena saman la plak.... Last edited by Anakdesa on 13-10-2013 01:18 PM

Quote noor2 13-10-2013 01:20 PM
penangan media power...
Quote nour2001 13-10-2013 01:28 PM
harap tukang penyebar fitnah tu puas hati lah dpt jejaskan rezeki org lain....gambar berleluasa lelakis guna kaki uli roti tu bukan nya dari penang tapi dari india...gambar diambil dari internet...and the rest jump the wagons turut serta sebar fitnah...good one yah...
Quote Artemesiaa 13-10-2013 01:30 PM
Lain kali ada eloknya disiarkan nama kedai yang terbabit sama jadi tak ada le jadi salah faham cam ni
Quote Anakdesa 13-10-2013 01:35 PM
Artemesiaa posted on 13-10-2013 01:30 PM
Lain kali ada eloknya disiarkan nama kedai yang terbabit sama jadi tak ada le jadi salah faham cam n ...

Tu la pasal... Wartawan pun poyo... Dah tercalit satu mesia, semua kedai roti benggali dipulaukan.......

Lain kali kene spesifik, nyatakan kedai mana.... Biar yg bersalah je menerima akibatnya.....
Quote nour2001 13-10-2013 01:36 PM
Artemesiaa posted on 13-10-2013 01:30 PM
Lain kali ada eloknya disiarkan nama kedai yang terbabit sama jadi tak ada le jadi salah faham cam n ...

masalahnya benda tak betul...macam mana nak letak nama kilang tu...mana ada kilang kena tutup tu semua...tipu je...my sister kerja kementrian kesihatan, kalau ada kilang2 kena tutup pasal kebersihan dia yg akan tau dulu...
Quote ygarif 13-10-2013 01:36 PM
betul tu, buat kerja tak teliti, yang tak bersalah jadi mangsa
Quote ronin 13-10-2013 01:36 PM
nour2001 posted on 13-10-2013 01:28 PM
harap tukang penyebar fitnah tu puas hati lah dpt jejaskan rezeki org lain....gambar berleluasa lela ...

aku baru tahu gambar tu dari India....sapa yg menyebarkan ini fitnah patut perbetulkan fakta....kesian dgn pengusaha buat roti tempatan....
Quote PrincesCity 13-10-2013 01:39 PM
Wartawan yg kuarkn brita ni yg harus brtanggungjawab......bongok sgt...prangai mcm jubik!!
Quote dani-rox 13-10-2013 01:40 PM
adekah ini pitnah dr kompeni roti tertentu yg cemburu dgn kejayaan roti benggali
Quote ifanonline 13-10-2013 01:40 PM
kurang sikit bengali di malaysia...
Quote AboNawas 13-10-2013 02:30 PM
ifanonline posted on 13-10-2013 01:40 PM
kurang sikit bengali di malaysia...




Mungkin yang nie towkey bangali tu kot ?
Quote noor2 13-10-2013 02:32 PM
bukan susah nak cari penyebar fitnah si wartawan tu...tgk la akhbar mana...dan siapa wartawannya...


susah ke?
Quote shernazz 13-10-2013 02:33 PM
sian la wei benggali2 ittew...
orang kita neh senang diperdaya dengan cerita2 begini
sebar sket, dh percaya
wartawan pon suka tokok2 tambah supaya lebihs edap artikel depa
Quote AboNawas 13-10-2013 02:37 PM
shernazz posted on 13-10-2013 02:33 PM
sian la wei benggali2 ittew...
orang kita neh senang diperdaya dengan cerita2 begini
sebar sket, d ...



Atau bangali yang nie ?
Quote shernazz 13-10-2013 02:40 PM
AboNawas posted on 13-10-2013 02:37 PM
Atau bangali yang nie ?

dia neh pemakan roti saja
dia x jual roti
x de efek pada dia kot
musti dia lindung kawan2 dia jual roti tu


Quote otai_g 13-10-2013 02:41 PM
ni semua salah kpdnhep.

bila buat serbuan x nak dedahkan nama syarikat yg buat salah tu.

sikit2 cakap sebuah kilang roti benggali di penang bla bla bla...

bodoh kat penang ada brp bnyk kilang roti.

kalo mention jenama tu terus kan ksenang abes cerita...

da bnyk kali da aku jumpa dlm paper. kopi racun la, syampu awet mayat la.

nama nak dedah brand, haram...
Quote boyagombak 13-10-2013 02:42 PM
Lawak Iklan TV taun 80an psl benggali naik bas
Tenguk tu, x dapat dari depan, dari belakang pun dia mau masuk.
Aku pelik jgk, naper benggali ske dikaitkan dgn benda2 ikut belakang tu
Quote boyagombak 13-10-2013 02:44 PM
Roti benggali x habes bole transform jd biskut lutut, cecah kopi panas wow tinge sendiri pn x nmpk

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.066572 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top