CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Straw Dari Serai? Macam Tak Percaya Aje

16-1-2020 11:18 AM| Diterbitkan: aarsyad93| Dilihat: 3094| Komen: 18|Original author: Amir Arsyad

Description: Foto Keredit: PixabayMacam tak percaya pula yang serai bakal menggantikan straw.Tetapi inilah kenyataannya.Walaupun serai mempunyai 27 jenis, tetapi hanya serai buluh yang sesuai diguna sebagai penyed ...

Foto Keredit: Pixabay

Macam tak percaya pula yang serai bakal menggantikan straw.

Tetapi inilah kenyataannya.

Walaupun  serai mempunyai 27 jenis, tetapi hanya serai buluh yang sesuai diguna sebagai penyedut minuman.

Foto Kredit: Harian Metro

"Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau pesakit kerana ia adalah bahan semula jadi.

"Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan dianggarkan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban," kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa  di Ladang Merdeka Senor, Pasir Mas, memetik laporan Berita Harian. 


Hanya bahagian luar serai digunakan, bahagian dalam yang lebih lembut akan digunakan untuk bahan masakan.

Menurut beliau, cadangan akan dibuat kepada pihak HUSM, Kubang Kerian dalam bentuk surat rasmi dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai yang banyak.

"Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman adalah amat bagus kerana dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik," katanya.

Lepas ni tak payah pening-pening dah pasal lambakan sisa plastik. Kita dah temui solusi yang mesra alam. - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 16-1-2020 12:05 PM
xbau serai ke bila sedut air tu nanti??
Quote RatuDunia94 16-1-2020 12:24 PM
Ok lah inisiatif utk jaga alam sekitar..

Tp strawnya x leh simpan lama2 lah yer..
Quote Artemesiaa 16-1-2020 12:38 PM
Kalau guna fresh macam tu macam tak sesuai digunakan untuk sesetengah minuman
Quote Boomibulat 16-1-2020 01:11 PM
Jgn cas straw plk..
Quote MadameOnion 17-1-2020 08:17 AM
tak rasa lain ka minuman tu kalau guna serai? serai kan kuat baunya
Quote Rajawali 17-1-2020 08:44 AM
kita akan menikmati teh o ais perasa tomyam....
Quote RumiMenari 17-1-2020 11:02 AM
Minum je la x pakai straw.. kt rumah boleh je teguk air sejuk gok gok gok.. xde pun nak slurp slurp slurp..
Quote justchu 17-1-2020 12:00 PM



kat Vietnam buat dari sejenis rumput. mcm lg sesuai....

https://www.youtube.com/watch?v=apItlsOrde4
Quote nazjula91 17-1-2020 02:18 PM
sesetengah air je perlukan straw.. kalau air biasa minum kat kedai okay je xde straw
Quote puanbintang 17-1-2020 03:37 PM
milo ais perasa straw serai? sakit perut ke tak nantinya?
Quote incess.my 17-1-2020 04:48 PM
BUat la pakai apa pun. Asalkan jangan kertas. Ngilu gigi akak nak nyedutnye
Quote hasniey 17-1-2020 05:17 PM
justchu replied at 17-1-2020 12:00 PM
kat Vietnam buat dari sejenis rumput. mcm lg sesuai....

https://www.youtube.com/watch?v=apI ...

Malaysia xdok kot rumput jenis ni.tp mmg sesuai pon.nmpk keras,xlembik.kalau xde bau+rasa sgt sesuai
Quote aarsyad93 17-1-2020 11:15 PM
justchu replied at 17-1-2020 12:00 PM
kat Vietnam buat dari sejenis rumput. mcm lg sesuai....

https://www.youtube.com/watch?v=apI ...

menarik ni.

Quote justchu 20-1-2020 08:56 AM

Kan...siap boleh color2 batang straw dia tu
Quote justchu 20-1-2020 08:57 AM
hasniey replied at 17-1-2020 05:17 PM
Malaysia xdok kot rumput jenis ni.tp mmg sesuai pon.nmpk keras,xlembik.kalau xde bau+rasa sgt sesu ...

mcm elok la menanam rumput pulak sure tak renyah nk jaga. serai tu bukan tak bagus, cuma rasa n bau dia kuat. nnt minum air strawberry rasa serai
Quote any42 20-1-2020 09:39 AM
serai jnis ni mmg xde rsa serai ke klau mnum dgn air mcm2 jnis. bt air sedap2 milo kaw ke air bndung 3 layer ke skli mnum rsa serai

soalan noob. pastu kot la ad binatang ke dlm tu tlur binatang ke lintah ke pacat ke sesat xde ea?  klau mcm i jnis main taram je sedut xtgk dlm straw ad ape.
Quote axl_bach 20-1-2020 10:16 AM
rasanya serai tu dikeringkan dan dibentuk jadi mcm straw lah, bkn main sedut dgn serai hidup yg dicabut dari akar cenggitu
Quote ladybugz 20-1-2020 01:20 PM
I lemah sungguh nk bg anak kecik minum tanpa straw. Wajib ade straw esp if nk minum sambil memandu.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.231845 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top