CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Puas Cari Tanah, Imam - Jenazah Bayi Tak Dibenar Dikebumikan Sebab Tiada Dokumen

16-1-2020 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10703| Komen: 78

Description: Sedih melihat seorang bayi dinafikan haknya untuk dikebumikan kerana tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan mencukupi.
Sedih melihat seorang bayi dinafikan haknya untuk dikebumikan kerana tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan mencukupi.


Kredit foto: FB


Menerusi perkongsian di Facebook oleh Yunizam atau dikenali sebagai Abam Botak, kejaidan berlaku di Sandakan, Sabah.

"Sebenarnya, pagi tadi terdapat satu jenazah bayi baru lahir meninggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah.


Kredit foto: FB

"Namun, oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi, bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkuburan dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang.


"Bahkan, untuk urus jenazah bayi tersebut pun tidak dapat dibuat di kampung tersebut," tulisnya.


Kredit foto: FB

Difahamkan, Yunizam menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma sejak dua tahun lalu dan hatinya remuk denganinsiden itu.

Yunizam kemudian memaklumkan jenazah dapat diurus dengan baik dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Sim-sim.


Loading FB Post...

"Namun, Alhamdulillah akhirnya bayi tersebut dapat dikebumikan juga di (TPI) Sim-sim, Sandakan.

"Terima kasih kepada penjaga (TPI) kerana mengizinkan jenazah bayi ini dikebumikan di sana," ujarnya. - CARI
3

Bagus

Marah
2

Terkejut
10

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addved 16-1-2020 01:07 PM
Alhamdulillah, kepada authority, tak payah la kekwat sangat susah kan masyarakat dalam keadaan genting. Hulurkan la bantuan daripada mila sampai akhir. At the end of the day, tanah itu milik yang Maha Esa jua.
Quote ninjago 16-1-2020 01:09 PM
Ya Allah..kalau betul cerita nie, semoga diberi hidayah org yg terus nafikan hak jenazah nie.. tak faham kenapa disulitkan hal2 pengebumian
Quote Mfzg89 16-1-2020 01:17 PM
pak imam pn perangai cam haram..
kadang2 orang yg selalu buat dosa dgn tuhan lagi tersentuh bab2 camni.. dari org2 agama yg acah2 alim tapi bab2 ni depa berkira..money is everything..
Quote Sham143 16-1-2020 01:17 PM
Edited by Sham143 at 16-1-2020 01:21 PM

Ini bukan ajaran islam..Ini ajaran yg mengkiblatkan wang dan metarialistik.. Ini la dunia akhir zaman byk yg mempertuhankan wang.. Perasaan belas ehsan dan tuntutan agama diketepikan, wang diutamakan..Cuba kalau orang tu kaya mesti tk ada maaaalah..
Quote KakPahJ 16-1-2020 01:27 PM
sama la makcik aku meninggal bukan dekat khariah tempat tu, padahal kubur belakang rumah. nun sana jauh 5km dia hantar dekat kubur tinggal yang bukan untuk khariah

hal pengebumian pun jadi bisnes
Quote Victorioussss 16-1-2020 01:27 PM
Allahuakhbar

Fardu kifayah gais..fardhu kifayah tu!
Quote JokesCop 16-1-2020 01:28 PM
1st, kena tgk isu setempat yakni Sabah, banyak PATI. Dokumen penting.

2nd, Ini kawasan kg, derang takut nanti orang kampung derang mati tanah x cukup.

3rd, Ape badigol sangat? Orang mati uruskan je la, dia dah meninggal, urusan dokumen tu urusan orang hidup, lepas tu imam tu nak ikat bapak budak tu kat pokok kerengga sampai JPN datang pun xde hal.

Fuhh sabarrrr...

4th, akhir kata, aku harap mayat tok imam tu nanti timbul baliklah atas tanah sebab tolak urusan pengebumian bayi.
Quote Pixie902 16-1-2020 01:30 PM
Terpanggil utk beri komen...mengenai dua isu iaitu pertama tidak cukup kewangan, kedua tiada dokumen,

Yang pertama, dari segi kewangan, ramai yang sanggup membantu saudara sesama Islam,

Tapi yang kedua, dokumentasi penting terutama permit pengkebumian, kalau polis tak keluarkan permit, imam tak boleh sesuka hati beri kebenaran utk dikebumikan.  Mana tau kot ada kes jenayah seperti penderaan dsb...

Quote Kurex 16-1-2020 01:32 PM
sedihnya.... alahai.. sebak..
Quote prettyuglybabe 16-1-2020 01:40 PM
dah tak ada dokumen, cam mana nak kebumi..
ikut la undang-undang..
kena report polis segala..
kot budak tu mati kena dera ke, bukan anak dia ke apa..
so para bapa, dah beranak pinak tu sila la kenali sapa pak imam ahli masjid kawasan..
amik tau pasal khairat kematian..
ini masjid surau berat nak jejak..
jiran-jemiran tak nak kenal konon urban buat hal sendiri..
bila jadi macam ni mula la main sentimen agama..
Quote che-cikL 16-1-2020 01:42 PM
Ini berita baru ke?
Quote wanokakaka 16-1-2020 01:47 PM
tp dokumen penting jgk kan.. dokumen kematian dia..
kang kalau main agree tanam tkut kemudian hari ada isu. dgn tok imam sekali dituduh subahat.

tp kalau dri segi kemanusian tu mmg sedih la..
semoga keluarga ni tabah kehilangan anak..
Quote chinta89 16-1-2020 02:15 PM
Pixie902 replied at 16-1-2020 01:30 PM
Terpanggil utk beri komen...mengenai dua isu iaitu pertama tidak cukup kewangan, kedua tiada dokumen ...

ya btl.. dlm artikel better tuliskan antara punca2 pengebumian x dpt dilakukan. jgn tulis sebelah kisah je, nt sebelah pihak disalahertikan.

bagi aku bab dokumentasi tu sbnrnya sb kalau blaku penderaan etc..
Quote cik_kuntum36 16-1-2020 02:18 PM
prettyuglybabe replied at 16-1-2020 01:40 PM
dah tak ada dokumen, cam mana nak kebumi..
ikut la undang-undang..
kena report polis segala..

setuju... kematian perlu didaftarkan... sbb tu perlukan dokumen...
Quote aHoi83 16-1-2020 02:22 PM
Mana bole tanam suka2 kalo tkde documentation. Dah kalo baby tu mangsa bunuh ke mangsa colek n pemerdagangan manusia ke. So i tk bole nak salah kan imam dlm hal ni. Kene tgu statment pihak berkuasa dulu. Tak pasal memfitnah imam yg i tk penah kenal plak.
Quote sarah82 16-1-2020 02:23 PM
Tak laporan kematian,  tak dpt permit kebumi.. Kalau teruskan kebumi harus nanti polis mai tanya kenapa.. Patutnya yg menulis tu bgtau,  yg depa ni keluarga PATI dan tok imam tak bagi keizinan bukan sebab wang tapi sebab tak ada permit utk kebumikan jenazah.
Quote epal21 16-1-2020 02:24 PM
Standardlah artikel paper tabloid. Mesti ada sebab pak imam tak bagi. Macam forumer cakap kot lah permit mengubur takde. Nanti tak pasal pak imam tak bersubahat. Kotlah baby tu mangsa dera & dibunuh ke. Kenalah ada proper documentation.
Quote epis 16-1-2020 02:25 PM
hari itu kes kat bangi, skg sabah pula... ingatkan berita sama di recycle, nasib baik google dan tgk gambar bapa pangku jenazah bayi tu berbeza...

al-fatihah buat bayi itu...
Quote jijilaaa 16-1-2020 02:29 PM
ak xkisah pasal permit document and so on. cuma ada satu rasa sebak tgk bapak si baby tu peluk anak dia....

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.065642 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top