CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arab Saudi Dilanda Salji, Warganet Takjub

17-1-2020 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3998| Komen: 19

Description: Ramai berasa terkejut apabila klip menunjukkan keadaan di Arab Saudi sedang dilanda salji pada masa ini.Menerusi Twitter yang dikongsi ABC News itu, menunjukkan padang pasir di Tabuk, iaitu wilayah ut ...
Ramai berasa terkejut apabila klip menunjukkan keadaan di Arab Saudi sedang dilanda salji pada masa ini.

Menerusi Twitter yang dikongsi ABC News itu, menunjukkan padang pasir di Tabuk, iaitu wilayah utara di Arab Saudi dipenuhi dengan salji yang memutih. 


Foto: Twitter

Memetik laporan The Independent, situasi luar biasa yang berlaku di negara Timur Tengah itu berpunca dari ribut dahsyat yang berlaku 193 km dari Laut Merah yang menyebabkan salji turun di kawasan padang pasir Tabuk. 

Difahamkan, suhu di Tabuk kebiasaannya sememangnya agak rendah iaitu 4 darjah celcius dan sedikit kering, namun tiada salji yang turun. 


Di laman sosial, ramai pengguna berkongsi situasi salji turun di negara yang sinonim dengan padang pasir dan cuaca panas itu. 

Namun, dikatakan situasi tersebut bukanlah kali pertama keana salji turut pernah melanda Arab Saudi pada April 2019. 

“Ribut yang kuat berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu, menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji.


“Ia bukanlah perkara gila untuk mereka menerima salji, ia hanya cuaca kering," kata ahli meteorologi, Eric Leister. - CARI 
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote i_is_kennot 17-1-2020 07:06 PM
Syoknya duduk tgh2 tu sambil minum teh
Quote shernazz 17-1-2020 07:10 PM
Pergh siap sejukkan air mineral
Dok atas tikar zam zam alakazam
Quote dua_chzy 17-1-2020 08:21 PM
Unta2 situ biasa ka dengan salji? Btw asmr sangat bidyo bersantai minum teh dalam salji yach!
Quote Perawankota 17-1-2020 09:52 PM
Ermmm mm.. Klu dh pnh jadik, apa yg pelik
Quote Cassieopeia 17-1-2020 11:51 PM
kali ke2 ni turun salji..unta tu ok plak ye
Quote sekngucing 18-1-2020 12:06 AM
serambi. mekoh pun sejuk laani

udara dari mekoh kot datang..
Quote Supersirap 18-1-2020 12:45 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote clarizsa 18-1-2020 01:00 AM
Harap malaysia pun turun salji
Tapi mampuslah heater xdak plak
Mati kesejukan cmni
Seb baik meow i semua bulu tebal siap winter coating
Quote CinnamonR 18-1-2020 05:28 AM
Taon lepas kot klu x silap jiran aku gi umrah pon ade salji/ hujan ais
Quote Lovebugzz79 18-1-2020 06:50 AM
hampir ke akhir zaman..
Quote Genkidesuka 18-1-2020 08:28 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Rasulullah s.a.w kan dah bgtau, akhir zmn mcm ni la.  Sana pokok2 dah byk menghijau.   The time of reckoning is coming.
Quote diss69 18-1-2020 09:21 AM
Bestnya... mengeteh smbil main2 salji..
Quote nazjula91 18-1-2020 11:32 AM
seronok tapi takut sebab tiba2
Quote brownstone 18-1-2020 12:41 PM
Zaman aku sekolah lagi dah bersalji....akhir zaman konon...puihhhh.
Quote CiliPadiSedap 18-1-2020 01:11 PM
sekngucing: serambi. mekoh pun sejuk laani udara dari mekoh kot datang..

Itu udara dari moscow lah dik, xtengok animal planet ke? Ada laporan meterologi
Quote berusjamban 18-1-2020 01:55 PM
Eh uols semua ingat kat arab tu sepanjng tahun panas ker? Ada musim winternya. Tu sbb mak arab ok je berjubah hijab bagai. Kt msia je gigih nak ikut arab tp ketiak becak berpeluh 24 jam bau kepam
Quote CiliPadiSedap 18-1-2020 05:06 PM
bila arab subur tandanya nak kiamat. world war 3 xsempat berlaku. kiamat dah dekat sangat . mungkin kurang 1 abad.
Quote CatMiow 22-1-2020 01:48 AM
Edited by CatMiow at 22-1-2020 01:50 AM

Baru tengok kat youtube mungkin ada kaitan sikit

[youtube]u-ha1K9jj9E[/youtube]
Quote violetungu 23-1-2020 08:09 PM
Takutnya dunia dah di penghujung2.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057092 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top