CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Macam Sinetron, Terpisah 16 Tahun Bertemu Semula Kerana Tik Tok

21-1-2020 04:37 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4840| Komen: 19

Description: Macam sinetron! Laman media sosial di Indonesia kecoh dengan kisah pasangan kembar iaitu Nabila Az-Zahra dan Nadya Elvirayang telah terpisah selama 16 tahun.Mereka terpisah semasa usia 4 tahun akibat ...
Macam sinetron! Laman media sosial di Indonesia kecoh dengan kisah pasangan kembar iaitu Nabila Az-Zahra dan Nadya Elvira yang telah terpisah selama 16 tahun. 

Mereka terpisah semasa usia 4 tahun akibat kesempitan hidup dan dijadikan anak angkat oleh keluarga berbeza.


Kredit Foto - Twitter Nabila Az-Zahra

Bagaimanapun, mereka berjaya dipertemukan atas bantuan netizen di media sosial Twitter dan TikTok.

Menerusi video Youtube ini, Nadya berkongsi kisah bagaimana dia boleh mengetahui bahawa dia punyai kembar kepada penonton. 

Nabila pasangan kembarnya terkenal dengan video di TikTok dah mempunyai kelompok peminatnya sendiri.

Merasakan muka mereka mirip, Nadya  membuat bebenang di laman Twitter yang secara kebetulannya menjadi tular.

Keesokan harinya, Nabila mendapati bahawa saudara kembarnya, Nadya, ada meninggalkan mesej di laman Instagramnya.




Kredit foto - Twitter Nabila Az Zahra

Setelah mendapat DM dari Nadya, Nabila terus membuat keputusan untuk untuk membuat  panggilan video dan dia sendiri terkejut melihat wajah Nadia begitu iras dengan dirinya sebelum bertanyakan lebih lanjut mengenai nama, umur, tarikh lahir, ketinggian dan sebagainya.


“Pada mulanya saya terkejut, tidak mungkinlah wajah kami benar-benar serupa? Saya juga berasa seperti tidak percaya kerana saya memang dibesarkan bersendirian, tinggal bersama keluarga yang sederhana, tetapi bahagia,” tulis Nabila menceritakan perasaannya ketika mula mengetahui tentang Nadya.

Kredit Foto - Twitter Nabila Az - Zahra

Kredit Foto - Nabila Az-Zahra



'Pertemuan' di ruangan mesej ini seterusnya membawa kepada ke pertemuan sebenar atas usaha pelakon wanita Indonesia, Gritte Agatha yang mempertemukan pasangan kembar tersebut di saluran Youtube miliknya.


Namun begitu, yang paling mengejutkan adalah, Nabila sebenarnya bukanlah hanyalah kembar dua beradik, tetapi tiga beradik!


Sehingga kini, Nabila dan Nadya masih lagi berusaha mencari seorang lagi saudara kembarnya yang tidak mustahil boleh ditemui melalui internet juga.


Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada kedua orang pasangan kembar ini dan semoga segala usaha untuk mencari saudara kembar yang seterusnya dipermudahkan selalu! - CARI

Sumber: Gritte Agatha, Tribun Lifestyle
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 21-1-2020 04:43 PM
bestnye...3 org plak tu
Quote anony-mous 21-1-2020 04:46 PM
Wow bkn 2, tp 3? Teringat cerita emma kembong berlakon baru2 ni
Quote Kurex 21-1-2020 05:08 PM
carilah.. kot kot ada dekat malaysia ni ke.. dekat mekah ke..
Quote CiliPadiSedap 21-1-2020 05:25 PM
sis vokuru ada kembar alam bunian, tp kat alam bunian tak de tiktok hanya ada wechat
Quote fliphair8 21-1-2020 05:31 PM
CiliPadiSedap replied at 21-1-2020 05:25 PM
sis vokuru ada kembar alam bunian, tp kat alam bunian tak de tiktok hanya ada wechat

hakak kagum ngan obsesi chuolss pada sis vokuro...tapi jarang tul dia muncul...
Quote Atata 21-1-2020 05:39 PM
Waduh2 nangis tgk kat youtube tau
Quote Artemesiaa 21-1-2020 06:19 PM
Dulu ramai guna FB utk jumpa semula sekarang dengan Tic Tok pun boleh membantu
Quote Andyscenes 21-1-2020 07:55 PM
he ke she?
Quote crazybeach 22-1-2020 08:37 AM
so si nadya tu spesis sajat ke noks?? motip ko taip he's my twin?
Quote crazybeach 22-1-2020 08:42 AM
entah betul twin ke tidak kau nih. bawak sini tepek dna test tengok. takat tanya warna kegemaran lah minuman sejuk es batu lah apoooo memang dia claim sama aje lah dengan kau. dah la bangsa kau tu memang keja nak claim sana sini jahh
Quote MissLana 22-1-2020 09:22 AM
best ke TikTok?
Quote duri_durians 22-1-2020 10:41 AM
dua2 beradik ni dijaga oleh keluarga angkat atau sorang je dgn keluarga angkat? kesian ya yg diberikan kepada keluarga lain tu. walau macam mana pun mesti ada rasa terkilan dalam hati.
Quote Goldy_one 22-1-2020 02:35 PM
I'm glad that there are people who still care more about cultural development and education.
https://tutuapp.name
Quote reddots 22-1-2020 02:56 PM
duri_durians replied at 22-1-2020 10:41 AM
dua2 beradik ni dijaga oleh keluarga angkat atau sorang je dgn keluarga angkat? kesian ya yg diberik ...

begini ceritanya;
mereka di asuh oleh keluarga yang berbeza.

1. Nadya tinggal di Jakarta, mempunyai 3 org kakak dan 1 org abang angkat
2. Nabila tinggal di Makasar, anak tunggal dalam keluarga angkat.
3. menurut cerita, si kembar ni di tawarkan kepada keluarga yang inginkan anak memandangkn ibu kandung mereka tidak mampu utk menyara. -tidak dapat di pastikan mereka mempunyai adik beradik lain. dan juga sama ada ibu dan bapa kandung mereka masih bersama atau sudah berpisah semasa mereka diserahkan.
4. pencarian mereka berjalan singkat.. x sampai seminggu dah berjumpa.


Quote sukacactus 22-1-2020 02:56 PM
Ada jg kebaikan tik tok
Quote duri_durians 22-1-2020 02:59 PM
reddots replied at 22-1-2020 02:56 PM
begini ceritanya;
mereka di asuh oleh keluarga yang berbeza.

terima kasih atas pencerahan..
jadi mak kandung nya adalah misteri lah kan?
Quote reddots 22-1-2020 03:06 PM
duri_durians replied at 22-1-2020 02:59 PM
terima kasih atas pencerahan..
jadi mak kandung nya adalah misteri lah kan?

ya.. masih misteri..
Nabila yang tinggal di makasar merupakan yg bungsu. bermakna mereka masih mencari kembar #1.
menurut emak si Nabila tu, masa ambil Nabila tu, hanya tinggal sorang. dan x jumpa ibu kandung mereka.

si Nadya pulak, ibu angkat dapat offer baby dari keluarga di makasar, memandangkan dia tinggal di Jakarta.. juga x pernah jumpa ibu kandung mereka.

Quote duri_durians 22-1-2020 03:09 PM
reddots replied at 22-1-2020 03:06 PM
ya.. masih misteri..
Nabila yang tinggal di makasar merupakan yg bungsu. bermakna mereka masih me ...

kemungkinan besar mak nya asal makassar jugak. tapi bagus le yg jakarta tu anak dah ada pun ambik anak angkat lagi.
Quote palmolive 22-1-2020 03:13 PM
fliphair8 replied at 21-1-2020 05:31 PM
hakak kagum ngan obsesi chuolss pada sis vokuro...tapi jarang tul dia muncul...

dia rajin reply aku

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.269551 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top