CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teka-Teka 'Baby Bump' Akhirnya Terjawab - Fasha Sandha Sah Hamil

21-1-2020 11:35 AM| Diterbitkan: inspiro92| Dilihat: 3618| Komen: 10|Original author: Vanilla Thunder

Description: Penampilan Fasha Sandha sebagai gadis dulang sewaktu menghadiri majlis pernikahan Elly mazlein tempoh hari mengundang perhatian rakan artis dan netizen lantaran dress yang dipakainya jelas memperlihat ...
8


Penampilan Fasha  Sandha sebagai gadis dulang sewaktu menghadiri majlis pernikahan Elly Mazlein tempoh hari mengundang perhatian rakan artis dan netizen lantaran dress yang dipakainya jelas memperlihatkan 'baby bump'.






Tambahan pula, Fasha kelihatan begitu 'glowing' dan berseri-seri sewaktu majlis tersebut lantas menimbulkan spekulasi bahawa pelakon itu berkemungkinan sedang hamil.











Seperti biasa, netizen  yang kepoh pasti tertanya-tanya sama ada  Fasha kini sedang berbadan dua setelah pernah mengalami keguguran Jun tahun lalu sewaktu usia kandungannya hanya enam minggu sahaja.

Menerusi  paparan terkini  oleh Harian Metro  pelakon jelita yang juga isteri kepada   Aidil Aziz ini akhirnya mengesahkan bahawa dirinya sememangnya sedang hamil. 




Walau bagaimanapun, Fasha  enggan berkongsi usia kandungannya ekoran masih fobia dengan pengalaman hitamnya sewaktu mengalami keguguran dahulu.


"Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu," luahnya kepada Harian Metro.

"Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik", luahnya. 


"Apa pun, terima kasih kerana ramai yang mendoakan saya dan suami cepat dikurniakan anak,” katanya. 


Berikutan dia kini sedang berbadan dua, Fasha membuat keputusan untuk berehat seketika daripada terlibat dengan penggambaran drama dan hanya fokus dengan komitmennya mempromosi drama dan sebagai duta.

 Tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan pasangan di atas khabar gembira ini. Semoga kandungan Fasha sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan dan dipermudahkan segala urusan. - CARI


1

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 21-1-2020 11:49 AM
nampak seperti sudah hamil 5 bulan
Quote Prickford 21-1-2020 01:16 PM
Dulu masa Fasha dgn Jejai, mmg aku mati2 igtkan sume ni sbb duit. Yelah Jejai kan kaya, Fasha cantik. Tp lepas cerai & Fasha kawin dgn Aidil (dlm hati aku takde jantan lain ke woi!!), baru aku paham. Fasha ni dia nak org sayang dia. Kalo nak ckp psl duit, dia reti je cari duit sendiri.
Quote RatuDunia94 21-1-2020 01:48 PM
Fasha mmg antara retis malaysia yg subur dubur yach.. selain almy nadia..
Quote Budakmomok 21-1-2020 02:05 PM
tahniah fasha n aidil
Quote Cassieopeia 21-1-2020 02:14 PM
besar dh perut dia..mau dkt 6 bln tu, btw tahniah
Quote puanbintang 21-1-2020 02:28 PM
tahniah fasha..
Quote pumpkingirl 21-1-2020 02:31 PM
La ingat dah bersalin..
Mcm dah lama je dia mengandung
Tahniah btw
Quote gigi 21-1-2020 02:49 PM
ade ku kesah...........  i love to see kak rita memang kebaboom
Quote MadameOnion 21-1-2020 03:33 PM
haiyooo mmg open secret kan si fasha ni preggy..
Quote Sazida 21-1-2020 04:21 PM
Motif ramai tak tau? Rasanya dia dh bg hint dah dia preggy lg lepas dia gugur haritu.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.218750 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top