CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tolong Keluarga Cina Daif, Ngo Melayu Ini Kata 'Mereka Hanya Menjalankan Tugas'

21-1-2020 10:13 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4979| Komen: 21

Description: "Ni bukan famili Chinese pertama aku dan team bantu. Dah beberapa keluarga Chinese, Indian dan lain-lain kaum kita bantu walaupun parti politik sibuk bertengkar."Itu yang ditulis oleh Cikgu Fadli ...


"Ni bukan famili Chinese pertama aku dan team bantu. Dah beberapa keluarga Chinese, Indian dan lain-lain kaum kita bantu walaupun parti politik sibuk bertengkar." 

Itu yang ditulis oleh Cikgu Fadli Salleh di Facebook. Dia bersama ahli kumpulan NGO, Dana Kita gigih membantu mereka yang tidak berkemampuan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. 

Yang terbaharu mereka membantu sebuah keluarga Cina yang tinggal di tingkat 11 sebuah flat, si suami tidak boleh bekerja berat kerana mengidap penyakit kronik manakala si isteri sahaja yang bekerja sebagai pencuci di hotel di Ampang. 

Fb


Lebih teruk kerana mereka tidak mempunyai bekalan air di rumah kerana sudah dipotong akibat tidak mampu membayar sewa rumah. Malahan notis keluar rumah pun sudah dikeluarkan. 
Fb

Namun dengan rasa tanggungjawab tanpa mengira perbezaan agama, Fadli dan ahli kumpulannya membantu mendapatkan bekalan air semula dengan syarat sewa rumah digandakan. 

Fb

Kemudian mereka juga turut mengemas rumah seperti tongkang pecah itu dengan membuang sampah sarap yang dikutip oleh si ayah dengan alasan boleh buat duit. Tapi, ianya hanya terbiar begitu bertahun-tahun. 

Fb

"Aku terus minta bantuan team Gerilla yang ramai budak-budak boleh disuruh bila-bila masa. 3 lori sampah diperlukan untuk kerja ini." 
Fb

Bukan itu sahaja, mereka turut mengubahsuai rumah tersebut dengan memasang langsir baru, mengecat, lantai diletak tikar, bantal dan tilam baru juga diberi. 

"Sempena perayaan Tahun Baru kali ini, keluarga mereka dapat menyambutnya dengan kemeriahan yang sangat berbeza. Yang bertahun tidak dikecap dan tiada siapa peduli."
Fb

Menurut Fadli lagi, perbezaan agama dan bangsa tidak menghalang mereka dari menolong sesiapa yang hidup dalam kesempitan. 

"Kami mara dan bantu bukan sebab parti politik, warna kulit, bangsa atau agama. We are human and we should have humanity. And we all Malaysian brothers!"

Malahan akhbar berbahasa Cina turut menyiarkan berita sebegini.

Fb

Jadi, terserlah yang bergaduh adalah ahli politik, tetapi kita rakyat biasa takkan nak terpalit sama? Syabas kepada anak muda yang menjayakan misi ini. -CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Babyarissa


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsav 21-1-2020 10:22 AM
syabas cikgu
Quote Nadiabella 21-1-2020 10:33 AM
Syabas!!! Semoga niat dan usaha suci ini dilimpahkan kebaikan dunia dan akhirat.
Quote Zeatyisaac 21-1-2020 10:34 AM
Itulah cikgu. Dalam hati mereka ada taman. Syabas!
Quote pia250110 21-1-2020 10:35 AM
syabas cikgu,,
Quote realist_13 21-1-2020 10:37 AM
Good job ticer!
Quote RatuDunia94 21-1-2020 11:10 AM
Miskin = pengotor
Quote husna_amal 21-1-2020 11:31 AM
Mujur ada pihak yang membantu. Lepas ni harap ada bimbingan tingkatkan kualiti hidup.
Quote shark_eow7 21-1-2020 11:38 AM
terima kasih cikgu yang membantu tanpa mengira kaum.. semoga urusan cikgu sentiasa dipermudahkan
Quote fliphair8 21-1-2020 11:46 AM
respek cikgu...hakak tengok ni mesti teringat UK tv programme cleanerholics pegi bersihkan umah hoarders...
Quote Artemesiaa 21-1-2020 12:23 PM
Syabas buat cikgu dan team, nak membantu ni tak perlu nak lihat bangsa dan agama bantulah dengan seikhlas hati
Quote Afifi82 21-1-2020 12:23 PM
<3 <3 Good job,Cikgu & team!
Quote addved 21-1-2020 01:29 PM
Well done cikgu & team. Terharu sangat-sangat baca cerita ni.
Quote FMKiller 21-1-2020 02:13 PM

Salah tu. Miskin tak semestinya pengotor. Tapi pengotor = pemalas
Quote Ladybird910 21-1-2020 05:03 PM
Semoga byk cina yg bising2 psl jawi buka mata dan tumpukan fokus tlg kaum mereka dr bising nak rally jalanan ttg jawi
Quote mamapea 22-1-2020 09:06 AM
baiknya cikgu ni...
Quote Betara_Indera 22-1-2020 12:58 PM
jgn 4-5 tahun rumah penuh balik ngan sampah yg nak direcycle ni..."Once a hoarder - always a hoarder"
Quote rosli_nurizzati 23-1-2020 06:01 PM
Betara_Indera replied at 22-1-2020 12:58 PM
jgn 4-5 tahun rumah penuh balik ngan sampah yg nak direcycle ni..."Once a hoarder - always a hoarder ...

Depa ni kena psychology evaluation ni.. Semak betul dgn brg..hoarders teruk ni.. Kesian tgk budak kecik2.. Tak kira la bangsa apa, kalau children aku ada soft spot sikit...
Quote Betara_Indera 24-1-2020 09:00 AM
lagi kesian hoarders yg dok teres.. kesian jiran sebelah menyebelah
Quote MariaClara 30-1-2020 02:02 PM
rosli_nurizzati replied at 23-1-2020 06:01 PM
Depa ni kena psychology evaluation ni.. Semak betul dgn brg..hoarders teruk ni.. Kesian tgk budak  ...

kannnn...ramai juga aku tgk tak kira kaum...klau pegi umah depa nih penuh dgn sampah sarap tak pakai..

mcm syg sgt nak buang...penyakit erk

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.064297 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top