CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Baik Jadi Guard" - Tawar RM1,400 Untuk Jurutera Kimia, Majikan Dituduh Tak Berhati Perut

21-1-2020 11:04 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 8269| Komen: 39|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Description: Ekonomi negara Malaysia boleh dikatakan tidak kukuh apabila bilangan lepasan graduan universiti adalah lebih ramai daripada pekerjaan yang ditawarkan.
Ekonomi negara Malaysia boleh dikatakan tidak kukuh apabila bilangan lepasan graduan universiti adalah lebih ramai daripada pekerjaan yang ditawarkan.

Malah, ramai dalam kalangan anak muda yang bekerja dalam bidang tidak berkaitan dengan sijil dan kepakaran dimiliki hanya untuk bertahan di dunia yang penuh pancaroba ini. 




Dalam ekonomi yang tidak stabil ini, muncul syarikat yang mengambil kesempatan ke atas graduan yang terdesak dengan menawarkan gaji telalu rendah, meskipun jawatan tersebut memerlukan kepakaran tinggi dan profesional. 

Di laman web LinkedIn, seorang majikan dengan nama Mr Fikri telah memuat naik tawaran kerja untuk jawatan Jurutera Kimia bagi menguruskan 'waste water treatmant plant'. 

Namun, apa yang menarik perhatian adalah gaji sebanyak RM1,400 yang ditawarkan dilihat seperti terlalu rendah untuk jawatan jurutera. 




"OT wajib 4 jam sehari"

Meskipun jawatan tersebut ditawarkan untuk lepasan graduan, RM1,400 dilihat terlalu sedikit untuk pekerjaan kritikal dan profesional seperti jurutera. Malah, mereka yang bakal menjawat jawatan tersebut wajib untuk bekerja lebih masa (over time) selama empat jam pada setiap hari. 

Melihatkan situasi ini, apakah nasib graduan di negara kita? Belajar di universiti kelihatan seperti sesuatu pembaziran apabila sijil tidak lagi menjanjikan pekerjaan. Lebih teruk, graduan akan dianggap pemalas dan tidak berusaha jika tidak bekerja di luar bidang meskipun mereka mempunyai potensi dan bakat di bidang sendiri jika diberikan peluang.

Post Fikri ini mendapat kecaman warganet di LinkedIn dan juga Twitter. Namun, beliau memperjelas keadaan di ruangan komen dengan menceritakan kisah dirinya yang bermula bekerja dengan gaji RM900. 



Dia juga menjelaskan meskipun gaji yang ditawarkan agak sedikit, namun masih ramai yang memohon untuk jawatan tersebut.





"Melayu masih tak sedar, rela serah kerja kepada bangsa asing"


Sedang pemimpin negara mengkritik rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerja dan pemalas, mereka tidak sedar sebenarnya gaji untuk graduan hari ini sangatlah tidak masuk akal untuk dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misuke 21-1-2020 11:12 AM
bila org komplen sikit, mula la keluar kesah compared to bangla yindon bla bla bla....
Quote Megikari 21-1-2020 11:12 AM
Yang bising sangat tu, pe kata apply je la kerja pak guard tu
Quote KIM.K 21-1-2020 11:16 AM
Gaji fresh grad graphic design hanya RM1200
Quote RatuDunia94 21-1-2020 11:18 AM
At least heols mention gaji terus terang..
Quote margo20 21-1-2020 11:21 AM
Aku dulu kerja basic 1k je tp nasib baik diploma takdelah sakit hati sgt {:run{:run{:run
Quote shark_eow7 21-1-2020 11:35 AM
makin maju makin sikit gaji starting.. sedihnya la... time anak anak nanti mcm mana la agaknyaa..
Quote Kurex 21-1-2020 11:36 AM
tapi wajib ot setiap hari kaau tak dibayar pun agak celaka jua
Quote niena90 21-1-2020 11:41 AM
Seriouslah blaja engineering gaji starting camtu? Apsal kawan2 I engineer gaji mantop2, living lavish gitu.
Quote justchu 21-1-2020 11:41 AM
jangan compare la dgn org yg keje kilang gaji sama engineer. post dah ttu berbeza, yg keje kilang tu keje 20 tahun mcm tu la gaji sbb keje dia pun hari2 buat benda yg sama.

engr dah ttu ada career developmnet, adalah income development....dah ttu2 fresh grad patut grab peluang ni. takkan fresh2 nak dpt gaji 20k, padahal masa keje tu dah ttu2 segala benda org nk ajar kau, bukan ko dah pro pun. Ot tu elol check kena bayar ke tak
Quote fliphair8 21-1-2020 11:44 AM
hakak tahun 2000, gaji 1500 hakak pastikan tiap kali melompat job 20% to 30% increase, slow but steady...hakak appreciate all the free skills yg diberi along the way...

Quote husna_amal 21-1-2020 11:51 AM
dengan tawaran gaji macam tu baik dia cari orang yang takde kelulusan.
Quote dubuk 21-1-2020 11:53 AM
kat kampung aku ni mak ayah sibuk kutuk menteri gitu menteri gini tapi anak anak semua fail spm.. bila tang anak sendiri tahu senyap tak ada kutuk.. itu pun masuk gomen guna kabel. anak kembang hidung berbangga dengan pencen haha
Quote kucingitam 21-1-2020 12:03 PM
mmg nama nampak gah, chemical engineer. tapi tgk company juga la.
tah company en fikri ni buat maintenance wwtp. so, gaji 1.4 k tu kira ok lagi la. ot pun dibayar.

walaupun kau lulusan degree, blm tentu kau tau nak handle process wwtp
dia pun bgtau siap2 kan, berminat utk belajar ttg wwtp.
Quote Artemesiaa 21-1-2020 12:15 PM
Sekarang semuanya mengenai pengalaman kalau sebab kelulusan banyak je diluar sana.  Sebab tu ada beza gaji mereka yang hanya ada kelulusan dan mereka yang ada kelulusan berserta pengalaman.  Jadi yang belum ada pengalaman elokan dapatkan pengalaman terlebih dulu baru boleh demand macam yang diimpikan.
Quote palmolive 21-1-2020 12:57 PM
kalo utk starting boleh la..nanti kembangkan la kerjaya tu..
dh ada contact ngan client + tau buat kerja, mesti org akan rekemen punya
Quote bemyself 21-1-2020 01:11 PM
kan dia kata yang nak belajar... ok la tu carik pngalaman fresh graduate wpun gaji ciput. Sok2 dh ada pengalaman dh bole melompat setanding dgn kelulusan & ilmu yg ada.
Quote addved 21-1-2020 01:35 PM
Saya start as fresh grad non engineering but construction field pon RM 1500, tapi tu a few years back la,fresh grad eng. pon dapat gaji sama actually. Takkan taraf gaji masih sama? Malaysia oh Malaysia.
Quote pokaibanktokyo 21-1-2020 01:41 PM
Tak payah nak perasan konon kaum bukan melayu tak kena macam ini. Semua kaum kena jugak la ngok
Quote chicozinn 21-1-2020 02:53 PM
bagi la starting rm2k..jangan la compare zaman ko dulu dgan zaman skang..tapi memang betul abg ipar aku dulu keje jaga basic rm1800 keje shif malam je..blum msuk ot..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.149364 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top