CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Benarkan Jualan Bahan Lucah Untuk Kurangkan Kes Rogol

21-1-2020 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3643| Komen: 14

Description: Ahli Parlimen Thailand mencadangkan penjualan permainan seks dibenarkan sebagai langkah mengurangkan kes serangan seksual, lapor South China Morning Post.
Ahli Parlimen Thailand mencadangkan penjualan permainan seks dibenarkan sebagai langkah mengurangkan kes serangan seksual, lapor South China Morning Post.

Treerat Sirichantaropas, jurucakap jawatankuasa yang ditugaskan untuk memerangi kes rogol berkata menerusi Facebook, beliau percaya dengan membenarkan penjualan bahan-bahan pornografi, ia akan membantu mengurangkan jumlah kes serangan seksual di negara itu.



Kredit foto: SCMP/Nora Tam

Katanya, 30,000 kes rogol dilaporkan setiap tahun, di mana kebanyakan laporan dibuat mangsa berusia antara 15 dan 19 tahun.

Pornografi dan mainan seks adalah isu tabu di Thailand dan sebarang penyebaran bahan lucah menerusi Internet merupakan kesalahan jenayah.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 100,000 baht (RM13,409).

Jelasnya, langkah itu membolehkan pelaku melampiaskan keghairahan seksual mereka, sekali gus mengurangkan kes rogol di negara itu.


Kebiasaannya, pesalah dalam kes rogol tidak menerima hukuman memadai, di mana ia bermaksud mereka mungkin mengulangi jenayah sebaik sahaja dibebaskan dari penjara.

"Kita perlu mempertimbangkan sama ada penjenayah terbabit dijatuhkan hukuman setimpal yang boleh mengurangkan masalah itu (kes rogol).

"Hukuman penjara tidak mengurangkan statistik kes rogol," katanya.

Tahun lepas, polis Thailand merampas beratus permainan seks yang dijual di gerai-gerai di tepi jalan sepanjang kawasan pelancong di Sukhumvit, Bangkok bernilai 2 juta baht (RM268,164). - CARI
1

Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-1-2020 06:35 PM
risau sis @Themilo kena rogol masa bercuti dekat thailand nanti
Quote Megikari 21-1-2020 06:47 PM
Buat hukuman kerat anu tu je
Quote cicicumel 21-1-2020 07:45 PM
taboo di Thailand? hahahah{:yameteh
Quote kaksenah65 21-1-2020 07:57 PM
Macam bakalan backfire jah. Seks ni addictive, lagi banyak rangsangan lagi rasa nak lagi nak lagi. Takdenya dengan belambak bahan lucah macam ni makin berkurang orang gila seks
Quote brego 21-1-2020 08:15 PM
Thai ni negara sorga seks bagi pelancong barat,
tapi pornografi dan sex toys adalah taboo?
ironi betol
Quote buapakperut 22-1-2020 12:14 AM
ko biar betik org ketagih mana boleh puas makin buas ade le. lingat seks tu macam roti ke, hari2 mkn boleh muak
Quote sarah82 22-1-2020 01:20 AM
Red District kat Siam tu punya la byk.. Pun ada kes rogol lagi.

Tu pun ada puak2 nak bagi lesen pelacuran kat malaysia atas alasan nak kurangkan rogol..
Quote ratubunga 22-1-2020 09:07 AM
apsal rogol..kt sna kn byk je pelacur..murah2 pn ade
Quote Themilo 22-1-2020 09:38 AM
Kurex replied at 21-1-2020 10:35 AM
risau sis @Themilo kena rogol masa bercuti dekat thailand nanti

thailand umpama rumah kedua meols yach. tiap tahun mesti akan ke sana..
Quote husna_amal 22-1-2020 09:47 AM
Takdenya kurangkan kes seksual. Makin bertambah ada lah nanti. Zaman dah advance, mudah mereka nak perolehi bahan porno.
Quote shark_eow7 22-1-2020 10:09 AM
jual bahan lucah.. kes rogol xde kesah benda lucah gtu.. budak, nenek, org pakai litup pon kalau dah napsu hantu raya dia sesah jugak
Quote duri_durians 22-1-2020 10:29 AM
bodoh2 manusia sekarang ye.. semakin kau rangsang nafsu tu, semakin liar lah jadinya..

satgi dah puas main sex toy nak jugak yg betul2.

Quote Artemesiaa 22-1-2020 11:47 AM
NI semua sebab nak untung business je mana boleh guna alasan macam tu tambah masaalah mungkin
Quote aHoi83 22-1-2020 12:02 PM
30000 kes rogol di thailand tu budak melayu sekolah kebangsaan ke?
Forumer bodoh ci kata la ...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.184426 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top