CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Nak Kurus? Jangan Ambil Nasi, Gula Dan Minyak? Mengarut!" - Dr Say

23-1-2020 10:40 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9240| Komen: 52

Description: “Nak Kurus? Jangan Ambil Nasi, Gula dan Minyak? MENGARUT!” - Dr Say

Kredit Foto: Instagram Dr Say dan Canva

Ha. Mesti ramai terpana dengan kenyataan ini kan kerana selama ini kita sering dimomokkan  dengan larangan pengambilan gula, minyak dan juga nasi sekiranya ingin menurunkan berat badan sekali gus memiliki bentuk tubuh yang diidamkan. 

Rupa-rupanya, cara diet ini adalah salah kerana bukan semua orang mampu menahan nafsu makan mereka dan hanya mengikut diet tersebut buat selama-lamanya. 

Yelah. Sampai bila anda mampu menahan nafsu untuk tidak makan nasi? Nasi kan makanan ruji orang Malaysia.

Doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say Shazril telah berkongsi satu fakta di Instagram beliau yang mungkin akan menggembirakan ramai individu di luar sana yang ingin memiliki berat badan idaman.

"Tidak bersalah langsung pun nasi, gula mahupun minyak itu. Yang bersalah sekarang adalah apabila anda mengambil nasi, gula dan minyak melebihi keperluan harian badan", tulisnya di ruang kapsyen.



Katakan Tidak kepada Diet Ekstrem! Katakan Ya Kepada Diet Suku Suku Separuh.

Menurut Dr Say, nasi dan gula adalah karbohidrat yang merupakan sumber utama untuk menjana tenaga supaya otak dan organ lain boleh berfungsi dengan baik. 

Sementera itu, minyak yang baik adalah lemak tak tepu yang penting untuk menjana tenaga, melindungi organ, menghasilkan hormon, membantu penyerapan vitamin dan banyak lagi.

Kredit foto: Maskulin

Makanan yang diambil pula hendaklah mengikut keperluan harian seseorang individu itu. Info ini boleh disemak melalui Google - keperluan kalori dalam sehari.

Untuk rekod, berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Amerika bagi tahun 2015 hingga 2020, golongan wanita memerlukan sekitar 1,600 ke 2,400 pengambilan kalori setiap hari manakala kaum lelaki pula memerlukan di antara 2,000 ke 3,000. 

Kredit foto: www.myhealth.gov.my

Namun, jumlah keperluan kalori ini adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti umur, ketinggian, gaya hidup, tahap kesihatan dan aktiviti harian. 

Namun lebih mudah jika ikut sahaja saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengamalkan diet suku suku separuh yakni suku nasi, suku lauk dan separuh sayur-sayuran dan buah-buahan. 


Dengan cara ini, kita masih boleh menurunkan berat badan tetapi dengan pendekatan yang lebih mesra dan kurang 'menyeksakan'. 

Kredit foto - Google

Ayuh kita kita sama-sama menguruskan badan dengan cara yang lebih sihat dan menggembirakan!

Sempatlah langsing dan lentik di hari raya nanti! - CARI


3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-1-2020 10:48 AM
aku ambik je minyak.. kurus jugak.. asalkan bersenam
Quote natrahn 23-1-2020 10:49 AM
Kurex replied at 23-1-2020 10:48 AM
aku ambik je minyak.. kurus jugak.. asalkan bersenam

6 pax tak @kurex
Quote Kurex 23-1-2020 10:53 AM
natrahn replied at 23-1-2020 10:49 AM
6 pax tak @kurex

tak payah pax.. asalkan sihat fit.. yg penting tak buncit boroi.. ada pax tak mestinya tanda aras kita sihat..
Quote Boomibulat 23-1-2020 11:09 AM
Kurex replied at 23-1-2020 10:53 AM
tak payah pax.. asalkan sihat fit.. yg penting tak buncit boroi.. ada pax tak mestinya tanda aras  ...

berapa berat kau?
Quote Kurex 23-1-2020 11:18 AM
Boomibulat replied at 23-1-2020 11:09 AM
berapa berat kau?

53.. dulu pinggang aku 36-38.. ada lagi gambar aku buncit.. kalau keluar tahan nafas je.. sekarang pinggang aku 26.. puasa tahun lepas aku kurus macam ni.. aku tak sesuai sado atau body menawan sebab aku rendah.. sekadar fit cukup la..
Quote dubuk 23-1-2020 11:28 AM
boleh je. aku selalu melantak kue tiaw mamak mee roti canai tapi sifir dia aku kena brisk walk satu jam setiap hari. hidup dah senang kenapa nak cari susah?
Quote natrahn 23-1-2020 11:31 AM
Kurex replied at 23-1-2020 11:18 AM
53.. dulu pinggang aku 36-38.. ada lagi gambar aku buncit.. kalau keluar tahan nafas je.. sekarang ...

ala..comel ja ni ...
Quote husna_amal 23-1-2020 11:36 AM
Budaya kita buat kan kita susah amalkan konsep diet suku suku separuh ni. Selalu ada kenduri, jamuan makan dan lain2.
Quote palmolive 23-1-2020 12:04 PM
Kurex replied at 23-1-2020 10:53 AM
tak payah pax.. asalkan sihat fit.. yg penting tak buncit boroi.. ada pax tak mestinya tanda aras  ...

badan berketul tapi pendek memang nampak buruk
Quote Artemesiaa 23-1-2020 12:07 PM
Betul tu apa2 yang berlebihan pasti memudaratkan kalau dah makan terlebih utk hari tu balas semula dengan bersenam
Quote Kurex 23-1-2020 12:18 PM
palmolive replied at 23-1-2020 12:04 PM
badan berketul tapi pendek memang nampak buruk

memang la.. sebab tu aku tak nak ketul2.. mecam pekerja bawah ni, badan perghhhh, tapi kelakar
Quote msdummy.2018 23-1-2020 12:18 PM
Kurex replied at 23-1-2020 10:48 AM
aku ambik je minyak.. kurus jugak.. asalkan bersenam

ada buat checkup cholestrol x?
Quote Kurex 23-1-2020 12:29 PM
msdummy.2018 replied at 23-1-2020 12:18 PM
ada buat checkup cholestrol x?

kolestrol semua ok.. yg tak ok bila kita kurus secara tak sihat.. nasib baik la zul ripin jadi coach iols.. haha
Quote EvieWanKenobi 23-1-2020 01:01 PM
betul kata Dr tu.. mana mungkin
ketiga2nya boleh di-avoid..
Quote Victorioussss 23-1-2020 01:04 PM
Dia dh berenti jadi doktor kan? Gigih nk play as doktor lg kenapa

Stfu suda
Quote NekNgah 23-1-2020 01:29 PM
husna_amal replied at 23-1-2020 11:36 AM
Budaya kita buat kan kita susah amalkan konsep diet suku suku separuh ni. Selalu ada kenduri, jamuan ...

Tak kira makan di mana, boleh aje apply suku-suku-separuh.

Contoh - Makan kenduri, nasi ambil satu senduk sahaja, ayam atau daging dalam portion yang sama dengan nasi, separuh lagi untuk sayur dan buah.
Quote polluxsstar 23-1-2020 01:40 PM
iols buat IF
still makan nasi + lauk2 mcm biasa, kuih2, mee, pasta
tp cuma makan heavy meal sekali sehari
alhamdulillah cara tu leh control pengambilan kalori berlebihan
tp kalau ada kenduri ke ape, iols makan byk, iols akn panjangkan tempoh puasa
keesokan harinya

I love Nasi forever n ever
Quote insulin 23-1-2020 01:59 PM
Kurex replied at 23-1-2020 11:18 AM
53.. dulu pinggang aku 36-38.. ada lagi gambar aku buncit.. kalau keluar tahan nafas je.. sekarang ...

Berapa tinggi kau, Kurex?
Quote Kurex 23-1-2020 02:12 PM
insulin replied at 23-1-2020 01:59 PM
Berapa tinggi kau, Kurex?

161....aku kecik je.. sebelum aku buncit berat aku 43, kurus gila, cengkung. sekarang ni ok la bagi aku

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066526 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top