CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dondoyaki, Upacara Bakar Lelaki Untuk Peroleh Tuah

31-1-2020 11:06 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 6972| Komen: 33|Original author: Oleh: Archaiv

Description: Di Jepun, upacara "Dondoyaki" adalah acara di mana orang tempatan akan melonggokan shimenawa (tali yang digunakan dalam upacara dan kuil Shinto) dan daruma (boneka bulat yang digunakan untuk membu ...

Upacara Bakar Lelaki "Dondoyaki"
Di Jepun, upacara "Dondoyaki" adalah acara di mana orang tempatan akan melonggokan shimenawa (tali yang digunakan dalam upacara dan kuil Shinto) dan daruma (boneka bulat yang digunakan untuk membuat hajat), menyalakan timbunan tersebut, sebelum wakil-wakil dari Pertubuhan Belia Godo mula menghumban lelaki muda ke dalam unggun api tersebut. 



Menurut soranews24, acara ini diadakan di Godo iaitu di sebuah kejiranan Isehara (Wilayah Kanagawa) di selatan Tokyo. 

Upacara ini dilakukan bagi golongan lelaki muda supaya mereka mempunyai kehidupan yang bertuah sepanjang tahun seperti berkahwin atau dikurniakan zuriat. 

Ianya juga bertujuan untuk membuang semangat jahat dan tenaga negatif pada lelaki tersebut.

Semua yang terlibat termasuk mereka yang dihumban ke dalam unggun api dan wakil-wakil dari Pertubuhan Belia Godo dikehendaki memakai pakaian tebal serta menutupi bahagian muka dengan tuala.   

Bagaimanapun, kehadiran bomba diperlukan semasa upacara ini dilakukan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan.

Upacara Dondoyaki ini sebenarnya bukanlah dilakukan di wilayah Kanagawa sahaja. Cuma, apa yang berbeza, komuniti lain lebih kepada acara memasak mochi.




Sanggup mereka 'dibakar' hidup-hidup semata-mata untuk mendapatkan tuah dan buang nasib buruk. - CARI
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puteribaya 31-1-2020 11:38 AM
kan bagus kalau lelaki x guna dihumban dalam tu
Quote husna_amal 31-1-2020 11:52 AM
nasib lah tak kena campak bakar sampai rentung pun.
Quote lurve82 31-1-2020 12:14 PM
baik buat acara memasak mochi2 tu...sedapnye mochi2...
Quote fliphair8 31-1-2020 12:23 PM
kalau nama jepun ni...pelik2 acara ritual kebudayaan dia...
Quote Cassieopeia 31-1-2020 01:48 PM
oh ingat bakar rentung fuhh..tp sanggupla pun diorg ni
Quote Archaiv 31-1-2020 02:31 PM
puteribaya replied at 31-1-2020 11:38 AM
kan bagus kalau lelaki x guna dihumban dalam tu

Uishh, hehehe... terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:35 PM
husna_amal replied at 31-1-2020 11:52 AM
nasib lah tak kena campak bakar sampai rentung pun.

huhu... Kalau baca maklumat  kat website soranews24, sejak 5 tahun lalu, tiada lagi kecedaran yang dilaporkan... Bermaksud... mesti ada yang pernah terbakar melecur sebelum tu. terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:36 PM
lurve82 replied at 31-1-2020 12:14 PM
baik buat acara memasak mochi2 tu...sedapnye mochi2...

Tak pernah lagi makan mochi2 tu. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:37 PM
fliphair8 replied at 31-1-2020 12:23 PM
kalau nama jepun ni...pelik2 acara ritual kebudayaan dia...

hehe... ada lagi yang lebih pelik. Tapi banyak sensorship dan tak sesuai ditulis di laman CARI. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 31-1-2020 02:39 PM
Cassieopeia replied at 31-1-2020 01:48 PM
oh ingat bakar rentung fuhh..tp sanggupla pun diorg ni

hahaha... Kalau berita terlalu sadis, tak berani pula nak tulis. Apapun, terima kasih sebab sudi baca.
Quote puteribaya 31-1-2020 02:39 PM
Archaiv replied at 31-1-2020 02:31 PM
Uishh, hehehe... terima kasih sebab sudi baca.

hai friend..lama x nampak
Quote Archaiv 31-1-2020 03:06 PM

setahun lalu berhenti menulis artikel.  Tapi untuk yang 3 hari lepas, unifi broke down. Dorang baru fixed tadi tengah hari. hehehe.
Quote keds 31-1-2020 03:08 PM
Letak la yg semua tak berjenis dalam Tu sekali....rentung semua...hahah
Quote puteribaya 31-1-2020 03:11 PM
Archaiv replied at 31-1-2020 03:06 PM
setahun lalu berhenti menulis artikel.  Tapi untuk yang 3 hari lepas, unifi broke down. Dorang bar ...

more artikel plse
Quote Archaiv 31-1-2020 03:14 PM

insha-Allah. Terima kasih ya.
Quote Catpaw 31-1-2020 10:13 PM
Archaiv replied at 31-1-2020 02:36 PM
Tak pernah lagi makan mochi2 tu. Terima kasih sebab sudi baca.

Cubalah mochi tu, lembut2  manis sejuk
Quote Catpaw 31-1-2020 10:13 PM
Dondoyaki, baca dah macam dorayaki doraemon dah
Quote kroit92 31-1-2020 10:31 PM
kenapa ye? I mean, dari segi perspektif lain.
adakah dengan menghumban seseorang ke dalam api
dengan kepercayaan bahawa, ia membawa tuah sepanjang tahun
sebenarnya tindak balas hormon seseorang, bila diri di lambung, masuk ke dalam api,

fight or flight response, adrenaline hormone to the max or something?
and then some will, feel, happy or something? serotonin pula, rasanya la

feeling happy and hopeful yang actually make-believe ritual feels real?
while it is because their secreted hormones yang affect their emotion and decision-making?

entah la nak
tolong me nak, tolong
Quote Archaiv 1-2-2020 12:00 PM
Catpaw replied at 31-1-2020 10:13 PM
Dondoyaki, baca dah macam dorayaki doraemon dah

Terima kasih sebab sudi baca.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.156633 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top