CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Tinggal Dalam Tong Di 'Udara' Selama 67 Hari - Rekod Dunia Yang Mengarut?

22-1-2020 05:12 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 5778| Komen: 38|Original author: Archaiv

Description: Kredit foto: Antoine Demaison/AFP via Getty ImagesDullstrom, seorang lelaki di Afrika Selatan telah memecahkan rekod dunianya sendiri. Vernon Kruger, berumur 52 tahun telah memecahkan rekod dunia deng ...

Kredit foto: Antoine Demaison/AFP via Getty Images

Dullstrom, seorang lelaki di Afrika Selatan telah memecahkan rekod dunia dengan melakukan perkara yang mungkin tidak masuk akal oleh kebanyakan orang. Vernon Kruger, berumur 52 tahun difahamkan sanggup tinggal dalam sebuah tong yang dipacakkan pada sebatang tiang, setinggi 25 meter. Rekod sebelum ini di British mencatat sehingga 54 hari pada tahun 1997. Untuk rekod terbaharu ini, ia merupakan hari ke-67 bagi lelaki ini tinggal dalam tong berkenaan. Wow!

"Saya sudah fed-up,cukuplah," kata Vernon Kruger dari puncak tiang itu. Tapi, dia masih belum merancang untuk turun lagi.

"Saya perlu letakkan penanda aras yang lebih tinggi, walaupun saya rasakan lelaki itu mungkin diri saya sendiri," katanya lagi.


Kredit foto: Antoine Demaison/AFP via Getty Images

Tong barrel yang mempunyai ruangan 500 liter dikatakan turut memiliki beberapa kesan sambaran petir. Tapi lelaki ini tetap masih mahu meneruskan keberadaannya di situ. Malah, Vernon merancang untuk meneruskan sehingga hari ke-80 walaupun isterinya tidak memberi sokongan kepadanya. 

Kredit foto: news.sky
Cuma berbeza dengan usahanya yang sebelum ini, Vernon tidak merasa kesunyian kerana dia berhubung dengan dunia luar dengan menggunakan medsos. Manakala, setiap awal pagi, dia akan bersenam. Sememangnya tubuhnya akan merasa sakit sendi dan lenguh kerana tidur dalam tong sempit, tapi lama-kelamaan dia seperti sudah biasa. 

Selain itu, makanan sehariannya disediakan oleh restoran berhampiran dan ditarik naik menggunakan tali dan baldi. - CARI 

Youtube : Drone by Anton Greef

Rujukan : news.sky

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 22-1-2020 05:24 PM
takde keje kan
Quote Artemesiaa 22-1-2020 05:44 PM
Sanggup tu buat kerja mengarut demi nak kan nama dalam record
Quote fliphair8 22-1-2020 05:45 PM
euwwww mesti berak kencing dalam tu...bole plak ko bernapas yer..
Quote Cassieopeia 22-1-2020 06:19 PM
jgn dia memerut pastu buang ke bawah plak dah {:question
Quote Ina8895 22-1-2020 08:19 PM
Mesti busuk dia ni
Quote chicozinn 22-1-2020 10:47 PM
Kencing berak mesti campak ke bawah..ksian la sape yg lalu time tu..sadis!!
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 09:28 AM
Mcm ni pun ade????
Quote mrsav 23-1-2020 09:54 AM
camane dia kencing berak
Quote husna_amal 23-1-2020 10:32 AM
Rekod pelik macam ni pun nak diiktirafkan ke.
Quote JokesCop 23-1-2020 10:48 AM
mrsav replied at 23-1-2020 09:54 AM
camane dia kencing berak

Xsilap, kalau rekod dunia, dia akan ada leeway time / resting nak elak mudarat, cth, dalam sehari dia di benarkan keluar dari situ selama 1 jam.

Biasanya rekod endurance mcm ni, derang akan save contohnya 30 minit sehari dan kumpul 3-4 hari, jadi pada hari ke 5 dia akan turun 2 jam, medical check up, berak, mandi dsb and naik balik.
Quote mrsav 23-1-2020 10:58 AM
JokesCop replied at 23-1-2020 10:48 AM
Xsilap, kalau rekod dunia, dia akan ada leeway time / resting nak elak mudarat, cth, dalam sehari  ...

oh camtu rupanya.
kalau tak boleh turun terus bahaya jugak kan


Quote Archaiv 23-1-2020 11:13 AM

betul juga tu, ni kali kedua dia buat pastu takda restu bini, dah pernah kena sambar petir... Masih nak tinggal dalam tong tu. Apapun, terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 23-1-2020 11:15 AM
Artemesiaa replied at 22-1-2020 05:44 PM
Sanggup tu buat kerja mengarut demi nak kan nama dalam record

bila masuk hari ke 67, dia dah rasa fed-up, tapi bila dia nak turun tak dapat support, mgkin... mgkin... mgkin hati dia patah. sebab tu nak sambung ke hari 80. Mgkin... Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 23-1-2020 11:20 AM
fliphair8 replied at 22-1-2020 05:45 PM
euwwww mesti berak kencing dalam tu...bole plak ko bernapas yer..

yang tukang sambut kat bawah tu sama deritanya..hhehe.. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 23-1-2020 11:22 AM
Cassieopeia replied at 22-1-2020 06:19 PM
jgn dia memerut pastu buang ke bawah plak dah {:question

rasanya, diorang dibawah sediakan semacam tapau dan botol yg dihantar turun naik guna bakul. Yg diatas kebauan, yg dibawah menderita juga. Hehhe.. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 23-1-2020 11:24 AM

Mgkn... sebab kecil sangat ruang tinggal tu untuk buat semua kehidupan harian. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 23-1-2020 11:25 AM
chicozinn replied at 22-1-2020 10:47 PM
Kencing berak mesti campak ke bawah..ksian la sape yg lalu time tu..sadis!!

Dia tak campak, dorang simpan dalam tapau dan botol pastu hantar ke bawah dengan bakul. yg tukang ambil tu yang derita. Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 23-1-2020 11:25 AM

hehehe... Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 23-1-2020 11:26 AM
husna_amal replied at 23-1-2020 10:32 AM
Rekod pelik macam ni pun nak diiktirafkan ke.

Terima kasih sebab sudi baca.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.627281 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top