CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Tertelan Macamana?" - Pelanggan Terkejut Jumpa Mata Kail Dan Tali Tangsi Dalam Lauk

23-1-2020 02:56 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5888| Komen: 21

Description: "Kalau Tertelan Macamana?” - Pelanggan Terkejut Jumpa Mata Kail Dan Tali Tangsi Dalam Lauk
Lazimnya bila makan di kedai makan mahupun restoran terjumpa ulat, rambut, lipas dalam makanan itu mungkin perkara yang sudah biasa.

Tapi penemuan bendasing lain kali ini memang memang rare lah.


Kredit foto: Facebook Noor Azriah Abd Aziz

Menerusi Facebook, Noor Azriah Abd Aziz meluahkan kekecewaannya selepas menemui mata kail dan tali tangsi dalam makanannya.

Loading FB Post...


"Persoalannya kalau ikan ini dicuci bersih, takkan la tak jumpa mata kail ni, pakej dengan tali tangsi lagi," kongsi beliau di kiriman tersebut.

Dia memaklumkan perkara tersebut kepada pemilik kedai namun kecewa apabila mereka tidak menggantikan makanan tersebut dengan hidangan yang baru.

"Tak minta diberi percuma pun, sekurang-kurangnya gantikan lah dengan ikan yang lain ke.

"Ini tidak, ambil pinggan, minta maaf dan senyap sahaja, tetapi bayar tetap bayar," luahnya lagi.

Malah, Noor Azriah turut berkongsi dia ditengking oleh pekerja di sana selepas memanggil mereka.

Bagaimanapun Noor Azriah menegaskan perkongsiannya itu bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanya ingin memberi peringatan kepada peniaga di luar sana supaya lebih mementingkan aspek kebersihan makanan yang dijual.

"Kesian orang lapar-lapar nak datang makan, tiba-tiba dapat yang macam tu, Allahu.

"Kalau tertelan tadi macamana," soalnya.

Warganet turut terkejut dengan penemuan bendasing tersebut dan menyelar sikap peniaga yang kurang cakna terhadap kebersihan makanan yang dijual di situ.

Kredit foto: Facebook Nor Azriah

Bahaya betul kan? Sebagai peniaga, amalan kebersihan makanan perlu dititik beratkan bagi memastikan makanan yang disediakan terjamin kebersihan dan keselamatannya. Tak boleh fikir nak untung sahaja. - CARI

2

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 23-1-2020 03:03 PM
mcm mana tukang dia masak wehhh
Quote NekNgah 23-1-2020 03:05 PM
Besarnya, mata kail apa tu?
Quote sarah82 23-1-2020 03:10 PM
Buta kayu apa pekerja yg cuci ikan tu
Quote Boomibulat 23-1-2020 03:14 PM
Nasib baik besor..klu kecik ada kemungkinan tertelan..
Quote KIM.K 23-1-2020 03:22 PM
Kes tak cuci ikan bersih2 ke
Punyalah besar mata kail. Terlupa kot dah sibuk2
Nasib baik kail besar sauh, kalau halus dah tentu sangkut kat lidah
Quote prettyuglybabe 23-1-2020 03:22 PM
nampak sangat ikan dia tak cuci bersih betul-betul..
Quote Kurex 23-1-2020 03:28 PM
nasib baik....
Quote Madel 23-1-2020 03:33 PM
Aku pernah makan kat food court KomtarJb
Jumpa ashtray besi dlm asam pedas.
Panggil dak waiter tu, selamba je dia amik ashtray tu..
Namanya nak amik bekas asam pedas tu sekali mmg tak le.
Terus tak jadi makan.
Kesian lho siapa yg dah termakan..asam pedas ikan berashtraykan abu rokok
Quote Artemesiaa 23-1-2020 03:40 PM
Selalunya kedai mamak kari kelapa ikan ada je kes macam ni dilapurkan.  Dari situ boleh faham macam mana tahap kebersihan penyediaan makanan mereka
Quote EvieWanKenobi 23-1-2020 04:37 PM
kedai mana la ni..
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 04:51 PM
Kembang tekak la. Nampak sgt ikan tu dia cuci ala kadar je
Quote husna_amal 23-1-2020 04:52 PM
Adakah sebelum masak tak bersihkan atau siang dulu?
Quote noor2 23-1-2020 05:04 PM
Astaghfirullah. ......
Quote sepiITUindah 23-1-2020 05:08 PM
guna umpan katak ker...mata tajur tu
Quote Lailerthee 23-1-2020 08:22 PM
Bahaya nye lahaii
Quote gaban8899 23-1-2020 11:09 PM
nasib mata besa.. kalau mata kecik mau melekat dkat tekak
Quote VirusDetected 24-1-2020 08:20 AM
Bocor tekak kalo tertelan
Quote mdhelmi 24-1-2020 10:22 AM
xde tertelannya la
tulang ikan halus pon bole detect dlm mulut inikan pula mata kail saiz gajah
pengalaman ni hanya dialami oleh peminat lauk kepala ikan
Quote any42 24-1-2020 12:58 PM
gelinya. up kt socmed ni nk ksi awareness tp nma kdai x disclosed ke. pling tidak bt la aduan kt phak bwjib.
siang ikan byk2 tu rendam2 bsuh dlm satu besen je kot xbilas dah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.158270 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top