CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggalkan Bayi Dengan Duit RM100, "Kasihannya Dia.."

23-1-2020 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9244| Komen: 86

Description: Kejam, seorang bayi dilaporkan ditinggalkan di KPJ Damansara dengan wang RM100 pada baru-baru ini.Susulan itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling Jaya sedang mengesan waris bayi ...
Kejam, seorang bayi dilaporkan ditinggalkan di KPJ Damansara dengan wang RM100 pada baru-baru ini.

Susulan itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling Jaya sedang mengesan waris bayi lelaki itu bagi membantu urusan dokumen pengenalan diri. 


Memetik laporan Harian Metro, bayi itu, Ayden @ Toby Ayden yang berusia sebulan dipercayai ditinggal di baby hatch KPJ Damansara pada 1 Januari lalu. 

Foto: Harian Metro
“Bayi itu ditinggalkan bersama barang keperluan bayi seperti susu, baju, lampin pakai buang serta wang RM100.

“Bayi itu kemudian dirujuk untuk tindakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling memandangkan tiada dokumen kelahiran dilampirkan bersama,”  kata Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Hamzalina Haris.


Sementara itu, bayi berkenaan sedang ditempatkan di bawah jagaan Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) selama sebulan untuk siasatan lanjut.

Waris atau orang ramai yang mengenali Ayden boleh menghubungi talian 03-78422584 atau 03-78422587. - CARI 
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukekucing83 23-1-2020 05:35 PM
woi dah sebulan ko ulit ank tu pompuan, sampai betol hati kau buang camtu je.ade hati perut ke tak ni..sedih aku tengok mukak baby ni..ni mcm baby mix, cina?sabah?pinoy?thailand o vietnam? jah
Quote Kurex 23-1-2020 05:41 PM
kenapa kauuuuuuu, kau kalau tak mampu, bagi by hand, bukan letak terbiar gitu... hmmm sedih aku.. pilu hati ni
Quote legal_jue11 23-1-2020 05:42 PM
Apapun tinggalkan lah dengan dokumen kelahiran, bayi ni nanti akan didaftarkan kelahiran, sijil lahir ditulis sebagai bukan warganegara dan akan jadi stateless, jika x diadopt oleh warganegara akan begitu sahaja status kewarganegaraan dan akan beri kesan pd masa depan dia
Quote msdummy.2018 23-1-2020 05:49 PM
legal_jue11 replied at 23-1-2020 05:42 PM
Apapun tinggalkan lah dengan dokumen kelahiran, bayi ni nanti akan didaftarkan kelahiran, sijil lahi ...

dia xbuat gitu sb tak nak dikesan oleh JKM lerrr tu
Quote RumiMenari 23-1-2020 05:57 PM
Terima kasih kepada ibu/waris yg tinggalkan baby ni di baby hatch kerana anda masih lg ada nilai kemanusiaan berbanding yg bperangai binatang sampai sanggup flush dln toilet, bakar kt tempat pembuangan sampah, simen dalam tong..
Quote Kampungpeoplesz 23-1-2020 05:57 PM
Sampainye hatiiiiiiii
Quote mawarika 23-1-2020 05:59 PM
Kira berotak la jugak tinggalkan kt tempat baby hatch tu.. bela sebulan.. takde la kejam sgt campak kt longkang, flush dlm jamban.. bersyukur la baby tu masih bernafas. Condemn lelebih la korang ni..
Quote wirazam 23-1-2020 06:05 PM
RumiMenari replied at 23-1-2020 05:57 PM
Terima kasih kepada ibu/waris yg tinggalkan baby ni di baby hatch kerana anda masih lg ada nilai kem ...

eh jap...bukan ke konsep dan objektif baby hatch ni mmg mcm nih utk elakkan pembuangan bayi di merata-rata tempat...kenapa nak cari pulak ibubapa bayi ni?? confuse kejap...kang lagi ramai yg tak nak hantar ke baby hatch ni dan buang kat tempat tah hapa2 lagi...


Quote wirazam 23-1-2020 06:07 PM
A baby hatch or baby box is a place where people (typically mothers) can bring babies, usually newborn, and abandon them anonymously in a safe place to be found and cared for. This kind of arrangement was common in the Middle Ages and in the 18th and 19th centuries, when the device was known as a foundling wheel.
https://en.wikipedia.org/en.wikipedia.org › wiki › Baby_hatch
Baby hatch - Wikipedia
Quote heywana 23-1-2020 06:10 PM
Kira ok lah dia tinggalkan kat baby hatch dr buang merata-rata. kita tak tahu apa masalah yg dia hadapi. dari budak tu terseksa baiklah dia hntar pada pusat yg akan jaja kebajikan budak tu.
Quote prettyuglybabe 23-1-2020 06:33 PM
ok la dia tinggal kat baby hatch..
cuma dicari untuk masalah dokumentasi..
lain kali tinggalkan la sekali surat beranak..
takde la menyusahkan status baby tu..
or else malaysia kena buat law baru..
baby yang jumpa tanpa surat beranak, register je sebagai PR bukan warganegara..
Quote jazaa100 23-1-2020 06:40 PM
RumiMenari replied at 23-1-2020 05:57 PM
Terima kasih kepada ibu/waris yg tinggalkan baby ni di baby hatch kerana anda masih lg ada nilai kem ...

Kannnn.....

Tak payah lah tinggalkn duit sbb dia lebih memerlukan...keperluan bayi tu akn ada org uruskn....

Yg pihak berkuasa pulak sibuk nk cari waris....tu yg nanti org takut nk tinggalkn kat baby hatch....org tinggalkn kat bus stop lg bahaya....
Quote TOPwind 23-1-2020 06:50 PM
kesian ibu dia
pasti mcm 2 dugaan yg di lalui

masyarakat barat ambil berat dan beri kasih syg pada ibu

melayu  pasti kena kutuk dn dihina.

bukti bacalah komen diatas.
Quote Lailerthee 23-1-2020 06:51 PM
Semoga yang baik baik aja untuk bayi nii
Quote munchkin 23-1-2020 07:00 PM
Jangan buat orang serba salah. At least dia tak buang. Mungkin ada lah sebab tu. Dia tinggalkan with rm100 ringgit and sikit keperluan.
Quote Skuau 23-1-2020 07:05 PM
legal_jue11 replied at 23-1-2020 05:42 PM
Apapun tinggalkan lah dengan dokumen kelahiran, bayi ni nanti akan didaftarkan kelahiran, sijil lahi ...

dh dpt ic...nt depa klaim la baby tu...
Quote nurul_akmar 23-1-2020 07:24 PM
Kurex replied at 23-1-2020 05:41 PM
kenapa kauuuuuuu, kau kalau tak mampu, bagi by hand, bukan letak terbiar gitu... hmmm sedih aku.. pi ...

sbb tu dia letak kat baby hatch... tu tujuan baby hatch
Quote haznor 23-1-2020 07:29 PM
At least ibu tu letak kat baby hatch, bukan campak merata macam sampah. Apa la masalah si ibu tu ya? Semoga beliau dapat bertemu semula dgn anaknya suatu hari nanti.
Quote little_sis 23-1-2020 07:31 PM
rasa dia terpaksa wpun x sampai hati.. xtau apa sebabnya la kan..

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.198018 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top