CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelindung Diri Punya Pasal, 6 Bulan Tangung Derita Pakai 16 Cincin

24-1-2020 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9206| Komen: 70

Description: Akibat memakai 16 cincin ketat, seorang lelaki menanggung derita enam bulan apabila 10 jarinya bengkak, lapor Harian Metro.
Akibat memakai 16 cincin ketat, seorang lelaki menanggung derita enam bulan apabila 10 jarinya bengkak, lapor Harian Metro.

Walaupun terpaksa menahan sakit selama enam bulan, lelaki itu bagaimanapun enggan menanggalkan 16 bentuk cincin pelbagai jenis yang dipercayainya sebagai pelindung diri.



Foto: Harian Metro

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Razif Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.53 petang semalam sebelum mengerahkan tiga anggota dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke sebuah kediaman di Bandar Baru Permas Jaya di Johor Bahru.

“Pihak bomba mengambil masa dua jam untuk memujuk mangsa supaya ke hospital selepas pihak polis tidak berjaya memujuknya.

“Mangsa turut diberi ubat bius oleh pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mengelakkan dia bertindak agresif,” katanya.


Anggota mengambil masa 20 minit untuk menanggalkan kesemua cincin itu menggunakan alat ‘ring cutter’ dan operasi tamat jam 5.36 petang.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 24-1-2020 09:08 AM
lebih kurang mcm ni kut..tp ni kat siam


Quote zulka 24-1-2020 09:13 AM
bodoh sungguh, kalau aku jadi bomba lantak ko la...nyusahkan org je
Quote noor2 24-1-2020 09:17 AM
Mengerikan. ..kiranya cincin tu tuhan beliau lah. .sebab kononnya melindungi beliau
Quote orgsepang 24-1-2020 09:18 AM
Gigihnya pihak bomba memujuk sampai dua jam. Kalau akak tak nak sudah, tanggunglah sendiri akibatnya. Bukan budak kecik yang belum faham banyak benda.
Quote suriamir 24-1-2020 09:22 AM
Memang kena guna cincin yg ketat ke? tak boleh yg longgar? haiihhh.... gilo!!
Quote jazaa100 24-1-2020 09:25 AM
Nasib baik pakai kat jari.....

Klu kat bawah.....
Quote rospinki 24-1-2020 09:25 AM
pengotor
celah celah cincin tu byk kuman mesti bau bangkai lepas tu makan sambil hirup bau bangkai
aurghh wek
Quote FOTHER-MUCKER 24-1-2020 09:34 AM
Boomibulat replied at 23-1-2020 05:08 PM
lebih kurang mcm ni kut..tp ni kat siam

Mengerikan, tangan pun sudah membengkak.
Quote sarah82 24-1-2020 09:34 AM
Gila laaa.. Sakit kott.. Sanggup tanggung sakit demi cincin
Quote Pink_Purple 24-1-2020 09:41 AM
gangster la ni gamaknya..

yang kat siam tu orang giler ,nak buat macam mana, nasib ada orang prihatin..
Quote supernaturalee 24-1-2020 09:46 AM
kuku panjangnya mcm perempuan
nyah ke ape ni


Quote BicaraHatiku 24-1-2020 09:46 AM
cincin2 azimat ler tu... berapa byk saka dia ternak cer sruh bang bomba tanyer...
Quote Zack8hunter 24-1-2020 10:15 AM
haiyo.. aku tak faham kenapa ada lelaki yg suka pakai cincin..haha.. aku tak suka pakai sbb asyik terhentak ke sana sini.. sakit jari iols..
Quote FOTHER-MUCKER 24-1-2020 10:17 AM
Pink_Purple replied at 23-1-2020 05:41 PM
gangster la ni gamaknya..

yang kat siam tu orang giler ,nak buat macam mana, nasib ada orang prih ...

Ooooo...orang gila rupanya.
Quote minguk 24-1-2020 10:19 AM
sampai buruk jari.. dah la kuku macam syaitan
Quote ninja9 24-1-2020 10:48 AM
BicaraHatiku replied at 24-1-2020 09:46 AM
cincin2 azimat ler tu... berapa byk saka dia ternak cer sruh bang bomba tanyer...

haha.. klu dah tahap sayang mcm tu besar kemungkinan tempat simpan saka lah tu


tapi bengap ker apa sebab batu cincin tu boleh sj ikat balik dgn yg lebih longgar.

pelik betul dah rasa sakit bengkak semua tapi masih tak mau tukar. siap kena pujuk lagi
Quote tagas 24-1-2020 10:49 AM
camne agak nya aktiviti2 depa cebok bontot lps berak

dgn mkn guna tgn nye lagi

yaksszszsz#@$%%
Quote BicaraHatiku 24-1-2020 11:00 AM
ninja9 replied at 24-1-2020 10:48 AM
haha.. klu dah tahap sayang mcm tu besar kemungkinan tempat simpan saka lah tu

X bleyyy bukak, pawang dah pesan. Nanti power hilang.
Quote prettyuglybabe 24-1-2020 11:06 AM
dna indon ke yang percaya azimat bagai ni..
dengan kuku langsuirnya..
kalau i jadi bomba tu, i buat-buat terpotong semua jari dia..

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 1.891095 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top