CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majlis Ulama Indonesia Bakal Haramkan Netflix?

24-1-2020 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8122| Komen: 56

Description: Majlis Ulama Indonesia (MUI) tidak teragak-agak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perkhidmatan penstriman televisyen Netflix di negara itu.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) tidak teragak-agak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perkhidmatan penstriman televisyen Netflix di negara itu.

Memetik The Star, pengharaman itu akan berkuatkuasa sekiranya menerima aduan mendakwa platform itu menyiarkan kandungan negatif.


Ketua Fatwa MUI, Hasanudin bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada pengguna.


Kredit foto: The Jakarta Post

"Sekiranya terdapat orang awam menentang kandungan di Netflix dan menuntut fatwa (terhadapnya), majlis itu akan mengkaji perkara berkenaan.

"Ia tidak mengambil masa lama untuk mengeluarkan fatwa terhadap kandungan negatif di Netflix," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Telekomunikasi Indonesia (Telkom) untuk menyekat Netflix dalam usaha melindungi generasi muda daripada terdedah dengan kandungan negatif seperti keganasan dan pornografi.


Syarikat telekomunikasi terbesar negara itu telah menghalang akses kepada Netflix sejak 2016. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 24-1-2020 01:48 PM
Baik ko haramkan dulu lagu dangdut dan penyanyi dangdut lucah di negara ko. Bodo.
Quote Skuau 24-1-2020 01:50 PM
goyang gerudi bisa aja lor.....
Quote AmandaRollins 24-1-2020 02:00 PM
dua_chzy replied at 24-1-2020 01:48 PM
Baik ko haramkan dulu lagu dangdut dan penyanyi dangdut lucah di negara ko. Bodo.

Yassss....setuju sgt sis
Quote Buritan 24-1-2020 02:03 PM
dua_chzy replied at 24-1-2020 01:48 PM
Baik ko haramkan dulu lagu dangdut dan penyanyi dangdut lucah di negara ko. Bodo.

Aku pun tak fhm dgn org ugama nii.. dgdut yg dah lama tuu tak haram pulak.. samalaa mufti kita kek sini argue pasai doa qunutla.. tutup aurat tegor pun pd marhaen jah.. agaknya hugama ni pd marhaen jah kot.. yg masuk neraka syurga marhaen jah kot
Quote takeshi2006 24-1-2020 03:24 PM
nak haramkan netflix... pornsite ko tak layan ke
Quote gaara_X 24-1-2020 03:26 PM
tak yah dok penat pikirin laa benda indon tu....
Quote AyaqMeloSuam 24-1-2020 03:28 PM
Ni dkatakan kuman diseberang laut nmpk... gajah depan mata x nmpk... mcm2 la indon ni..
Sinetron yg smpi nk tjojol tek kluaq tu elok plak blh tayang..
Quote InVendeTTa 24-1-2020 03:32 PM
Cite netflix skrg yg biasa2 pon mesti ade nudity..kdg2 scene tu x perlu tunjuk nenen pon kena tunjuk. nenen xde gred lak tu..mesti for artsy purpose..hahah.

Kalo nak protect anak2 eloklah unsubscribe je..x perlu saranan badan agama pon.this will be your own decision.plg elok takyah ade tv dalam umah...biarla org lain tgok kalo mereka berkeras nak tgok..xleh halang org dah zaman skrg.skrg mmg zaman yg amat sukar uk membesarkan anak2.even diri sendiri pon payah nak control.just strategize your parenting,hope and pray for the best la
Quote InVendeTTa 24-1-2020 03:40 PM
dua_chzy replied at 24-1-2020 01:48 PM
Baik ko haramkan dulu lagu dangdut dan penyanyi dangdut lucah di negara ko. Bodo.

Bukan mmg mereka dah kluakan ke fatwa inul bagai dulu tu haram..panas juga dulu.maybe mereka tiada badan pecegah maksiat mcm kita kot  klua fatwa saja .xdelah sampai dtg nak roboh pentas..haha
Quote Lagubestbest 24-1-2020 03:43 PM
Edited by Lagubestbest at 24-1-2020 03:47 PM
dua_chzy replied at 24-1-2020 01:48 PM
Baik ko haramkan dulu lagu dangdut dan penyanyi dangdut lucah di negara ko. Bodo.
tengok ni, tak tercabut kopiah mufti-mufti tu semua?

[youtube]rvo8XKBDg2c[/youtube]
Quote husna_amal 24-1-2020 04:09 PM
Hal pentadbiran negara lain terpulang ikut dengan negara mereka. Kalau kat Malaysia pasti dihentam dengan netizen dulu. Tentang bahan porno ni memang dah susah nak bendung terlalu mudah didapati.
Quote xtahumenahu 24-1-2020 04:13 PM
InVendeTTa replied at 24-1-2020 03:32 PM
Cite netflix skrg yg biasa2 pon mesti ade nudity..kdg2 scene tu x perlu tunjuk nenen pon kena ...

Btol tu...netflix ni ada je content yg disturbing...kena kawal sendiri laaa....too much kekadang
Quote buapakperut 24-1-2020 05:00 PM
ala rakyat khau 90% tak mampu guna netflix pun. guna free trial pun henpin tak support
Quote InVendeTTa 24-1-2020 05:06 PM
xtahumenahu replied at 24-1-2020 04:13 PM
Btol tu...netflix ni ada je content yg disturbing...kena kawal sendiri laaa....too much kekadang

Kan...disturbing seram xpe gak..ini skrg scene lesbian dan gay tanpa batas dah weyy.nak tgok cite hantu tp selit jugak scene lgbt beguling2 atas katil...adeh...taun 2020 baru. 10 taun lg camano lak.so better plug off to keep your sanity.this thing x pyh order by badan agama. Diri sendiri sebagai muslim kena sedar.
Quote dubuk 24-1-2020 06:07 PM
iya ke netflix gitu
Quote meshni 24-1-2020 06:55 PM
Content netflix tak semua pun good quality. Terlalu nak push lgbt agenda, sampai cerita klasik anne of green gables pun ada lgbt. The heck sungguh. Padan muka kena cancelled.
Quote sekngucing 24-1-2020 07:08 PM
InVendeTTa replied at 24-1-2020 03:32 PM
Cite netflix skrg yg biasa2 pon mesti ade nudity..kdg2 scene tu x perlu tunjuk nenen pon kena ...

aku pegi rumah sorang datuk haritu

isteri dia dan anak dlm bilik. ruang tamu buka netflix ada siri korea
.aku masuk toilet


tiba tiba bunyi uh ah uh ah
siri korea tu tnjuk topless tgah projek atas katil.. hahahah

segan plak aku time. lalu depan ruang tamu tu
Quote stania83 24-1-2020 07:20 PM
Sama bodo citer omputih sikit sikit nude scene dgn drama melayu berebut jantan.
Quote gideoncross 24-1-2020 07:33 PM
Edited by gideoncross at 24-1-2020 08:10 PM
sekngucing replied at 24-1-2020 07:08 PM
aku pegi rumah sorang datuk haritu

isteri dia dan anak dlm bilik. ruang tamu buka netflix ada  ...

Movies dri SKorea esp yg x famous mmg sllu ada scenes yg lucah2 pastu frontal nudity lak, iol naik malu nak tngok, liek, snggup plakon2 dorg bukak mcm tu je like wow.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076538 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top