CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amah Dipaksa Bekerja Tanpa Gaji Selama 2 Tahun

30-1-2020 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3460| Komen: 26

Description: Bayangkan dua tahun bekerja tanpa menerima gaji satu sen pun!Itulah yang dialami oleh warga Indonesia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai amah di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar.Harian M ...
Bayangkan dua tahun bekerja tanpa menerima gaji satu sen pun!

Itulah yang dialami oleh warga Indonesia berusia 26 tahun yang bekerja sebagai amah di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Alor Setar.


Harian Metro melaporkan,  mangsa berjaya diselamatkan Jabatan Tenaga Buruh (JTK) dalam operasi khas pada 11.50 pagi semalam. 

Kredit foto: Mstar

“Ketika serbuan dilakukan JTK bersama TF MAPO, suspek berusia 57 (ibu) dan 27 tahun (anak) berada di tingkat atas rumah berkenaan sedang tidur manakala mangsa sedang memangku bayi.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah tidak dibayar gaji lebih dua tahun selain pasport turut dipegang majikannya.


“Mangsa juga mendakwa tidak disediakan tempat tidur yang selesa dan terpaksa tidur di atas lantai.

“Buat masa sekarang kita masih menyiasat adakah mangsa didera dan sebagainya. Kita akan dapatkan perintah mahkamah untuk memberi perlindungan kepada mangsa,” kata Pengarah JTK Kedah, Arzanil Bahadon.

Selain itu, mangsa dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang selain disyaki ditipu ejen kerana tidak mempunyai permit kerja. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 30-1-2020 02:23 PM
kesian.....
Quote ellez 30-1-2020 02:25 PM
Memang tak berhati perut tu..tergamak perhambakan manusia lain.
Quote Kampungpeoplesz 30-1-2020 02:33 PM
Ape kejam sgt majikan ko ni???
Quote Iema5008 30-1-2020 02:33 PM
Kesiannya... tak pasal2 jd mangsa n hamba dalam tempoh 2 taun. Tak takut ka bbalik pd diri sndiri. Arini hang bt org esok lusa org x byr gaji baru tau
Quote Kurex 30-1-2020 02:39 PM
aku tak caya sangat cerita bibik ni sebab dia salah satu leluhur yg kita tak boleh percaya cerita dia..
Quote CiliPadiSedap 30-1-2020 02:47 PM
kalau betul tolong dakwa majikan . ingat tak kes sterika sampai mati tu. siapa ada update???
Quote husna_amal 30-1-2020 02:51 PM
Kesian kena tipu dengan majikan. Orang pula ambil kesempatan dan kerah macam hamba. Tak dapat balasan didunia kat akhirat nanti pasti ada balasannya.
Quote Themilo 30-1-2020 03:00 PM
Kurex replied at 30-1-2020 06:39 AM
aku tak caya sangat cerita bibik ni sebab dia salah satu leluhur yg kita tak boleh percaya cerita di ...

betul tu. macam kawan meols, dalam resume maid dia, siap tulis pandai masak itu, masak ini.. hujung-hujung bila sampai rumah, nak bukak suis kipas pun tak reti, dapur gas cikai pun tak reti nak guna... apooooo??..
bila kawan meols suruh cuci kereta, pandai plak melawan.. dia cakap, cuci kereta bukan skop kerja dia
Quote sarah82 30-1-2020 03:15 PM
Kmpg berjaya.. Rumah taman depan market la ni..
Quote sarah82 30-1-2020 03:16 PM
Themilo replied at 30-1-2020 03:00 PM
betul tu. macam kawan meols, dalam resume maid dia, siap tulis pandai masak itu, masak ini.. hujun ...

Mcm maid lama tok.. Dlm resume mengaku ada pengalaman jaga org tua.. Aku cuti, dia langsung tak jaga...choi sgt.. Skrg berbahagia aku dan tok tanpa maid
Quote Kurex 30-1-2020 03:23 PM
Themilo replied at 30-1-2020 03:00 PM
betul tu. macam kawan meols, dalam resume maid dia, siap tulis pandai masak itu, masak ini.. hujun ...

uols carilah bibik lelaki.. rajin jugak dorang ni
Quote diss69 30-1-2020 03:59 PM
Kalau betul, memang kesian sngt..
Quote addved 30-1-2020 04:33 PM
Ni sangat kejam
Quote EvieWanKenobi 30-1-2020 04:39 PM
kalau dia budak baik, kesian pulak..
kalau laaa..
Quote BacaDalamDiam 30-1-2020 04:52 PM
wujud lagi hal camni
Quote VespaSilbe 30-1-2020 06:50 PM
sarah82 replied at 30-1-2020 03:15 PM
Kmpg berjaya.. Rumah taman depan market la ni..

Kawasan rumah oghang kaya ni
Quote sarah82 30-1-2020 06:58 PM
VespaSilbe replied at 30-1-2020 06:50 PM
Kawasan rumah oghang kaya ni

Hahaha.. Dulu2 situ byk rumah kmog.. Rumah moyang aku kat belakang tu.. Tapi mmg skrg rumah situ dah 300-400 ribu..

Dan tak salah aku.. Area situ rumah kmpg nak jual dlm brp ratus ribu entah..

Yg dekat jln Tanjung Bendahara.. Rumah kmpg tepi jalan nak jual dlm 1 juta... Lain2..sapa nak beli.. Cari kat mudah.
Quote VespaSilbe 30-1-2020 07:02 PM
sarah82 replied at 30-1-2020 06:58 PM
Hahaha.. Dulu2 situ byk rumah kmog.. Rumah moyang aku kat belakang tu.. Tapi mmg skrg rumah situ d ...

Rumah exlaki ezlynn situ wei
Quote sarah82 30-1-2020 07:03 PM
VespaSilbe replied at 30-1-2020 07:02 PM
Rumah exlaki ezlynn situ wei

Ya kaa.. Aku x tau.. Hahahaha.. Dulu situ byk penagih dadah.. Skrg aku x pasti kmpg berjaya masih jadi lubuk mat pit ka dak.  

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.301757 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top