CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kanafeh - Pencuci Mulut Dari Arab, Tengok Gambar Pun Dah Terliur!

30-1-2020 04:59 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9169| Komen: 30|Original author: Oleh: natrahn

Description: Lihat gambarnya sahaja sudah cukup menyelerakan. Pencuci mulut ini datangnya dari Timur Tengah dan sangat terkenal dengan kelazatannya.
Lihat gambarnya sahaja sudah cukup menyelerakan. Pencuci mulut ini datangnya dari Timur Tengah dan sangat terkenal dengan kelazatannya.




Resepi menu bernama 'kanafeh' atau 'kunafa' ini telah dikongsikan seorang pengguna Facebook, Maslena Alwi II. 

Jadi, pada sesiapa yang inginkan kelainan boleh cuba resepi ini.


Bahan-bahan:

  • 500gm doh kanafeh segera (boleh dibeli kedai bakery atau shopee)
  • Keju cheddar secukupnya
  • 200gm keju mozzarella
  • 250gm krim keju
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50gm gula aising
  • 1 sudu kecil vanila
  • 70gm mentega
  • 1 biji telur kuning 1 biji (pilihan)
  • Adunan krim keju





Cara Cara:

  1. Campurkan krim keju, susu, gula serta mentega dan pukul halus.
  2. Kemudian, masukkan kuning telur serta vanila dan pukul lagi adunan tersebut.
  3. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan doh kanafeh.
  4. Taburkan separuh doh kanafeh pada loyang, kemudian masukkan adunan krim keju yang telah dipukul, taburkan keju cheddar dan keju mozzarella.
  5. Tutup krim keju dengan sisa doh kanafeh tadi dan bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kekuningan.
  6. Bila adunan masak, jangan biar terlalu sejuk diluar. Seeloknya, dihidang dan dimakan panas-panas serta rangup kerana keju yang ada di dalam akan meleleh dan cair di dalam mulut.


Untuk hiasan pula, anda boleh taburkan kacang pistachio atau badam secukupnya seperti dalam gambar.



Lepas ni, tak perlu nak pergi sampai ke Timur Tengah nak cari pencuci mulut ini. Selamat mencuba! - CARI


Kredit resipi: Maslena Alwi II Via Masak Apa Hari Ini (MAHN)
3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • CikYaYaYa


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alaa 30-1-2020 05:20 PM
macam manis giler je.
Quote EvieWanKenobi 30-1-2020 05:22 PM
selama ni ingat baklava sedap la sangat..
ntah2 ni pun sama..
Quote Ipo 30-1-2020 05:57 PM
Nape resipi ni nampak renyah?
Resipi kat you tube simple je and sedap namatey. Saya dah cuba. Guna mozarella cheese saja, kanafah doh, air gula (campur sikit air rose dan perahan lemon).

Quote natrahn 30-1-2020 05:58 PM

kita wat sendiri ejas la rasa manis dia...
Quote natrahn 30-1-2020 05:59 PM
Ipo replied at 30-1-2020 05:57 PM
Nape resipi ni nampak renyah?
Resipi kat you tube simple je and sedap namatey. Saya dah cuba. Guna  ...

yang ni ada bahan tambahan lain
Quote vee_zara 30-1-2020 06:31 PM
Boleh la rasa dia. Takde la sedap mana. Lg sedap cekodok pisanng
Quote meisapoya 30-1-2020 07:04 PM
Boleh try nanti. Selama ni dok angau ngan baklawa je... pastu kek iraq..
Quote sarah82 30-1-2020 07:29 PM
Nyum2..nyum2...
Quote kuihbakar 30-1-2020 08:14 PM
I sangat suka ini
Quote Mitdob 30-1-2020 08:16 PM
Sedaapp tp manihhh.
Quote Lengkong 30-1-2020 08:20 PM
Teringin nak cuba


Quote Kurex 30-1-2020 08:43 PM
setakat makan sesuap tu boleh la.. aku bukannya suka cheese sangat
Quote natrahn 30-1-2020 10:29 PM
Korang tumpang tanya. Apa nama pencuci mulut yang dalam citer Narnia tu..masa Queen apa tah lupa nama dia bagi kat salah seorang 4 beradik tu
Quote CinnamonR 30-1-2020 11:35 PM
Manis melecass....
Quote salwani911 30-1-2020 11:49 PM
pernah rasa dah. x sedap mana pun, manis saja. sedap lagi serawa pisang
Quote epal21 30-1-2020 11:55 PM
Iols suka. Sedap & rangup. Tapi tak boleh mkn banyak sebab manis leting.
Quote ShawnGray77 31-1-2020 03:08 AM
natrahn replied at 30-1-2020 10:29 PM
Korang tumpang tanya. Apa nama pencuci mulut yang dalam citer Narnia tu..masa Queen apa tah lupa nam ...

Turkish Delight
Quote NadaDeafah 31-1-2020 11:06 AM
sedapnya..
Quote husna_amal 31-1-2020 11:32 AM
Pernah tengok rhys destinasi tv makan khunafa ni kat restoran chef amar. Memang nampak sedap

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057621 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top