CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mencabar, Ekstrem! Ini 5 Tempat Pelancongan Yang Sangat Berbahaya Di Dunia

4-2-2020 11:27 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 3498| Komen: 6|Original author: Oleh: PDOT777

Description: Anda pernah tak terfikir nak melancong ke tempat yang berbahaya?

Kredit foto: efunbay.com

Anda pernah tak terfikir nak melancong ke tempat yang berbahaya? 

Banyak-banyak tempat yang kita pergi melancong, semuanya penuh dengan pemandangan yang cantik dan memberi pengalaman menarik untuk kita. Tapi, pernah tak anda terfikir untuk bercuti di tempat yang mungkin berbahaya, mencabar dan juga ada unsur-unsur mistik? 

Ini beberapa tempat yang anda boleh cuba untuk melancong. Kalau ada kemampuan dan keberanian lah kan?


Bandar Maracaibo, Venezuela


Sebuah kawasan di Tasik Maracaibo
Kredit foto: The Beacon Of Maracaibo: The Home Of The Lightning Storms, worldatlas.com

Kawasan ini digelar sebagai Kota Raya Kilat Dunia. Terletak berdekatan dengan Sungai Catatumbo dan Tasik Maracaibo, kawasan ini dianggap misteri dan menarik minat pelancong untuk datang.

Digelar sebagai Catatumbo Lightning, kilat tidak berhenti menyambar di kawasan ini dengan anggaran 3,600 kali petir menyambar untuk setiap satu jam selain puting beliung dan tiupan angin yang sangat kuat.

Keunikan kilat yang tak berhenti menyambar memberi faedah kepada para pelayar Carribean pada era colonial, membuatkannya mendapat nama Lighthouse of Catatumbo

Anda juga boleh menemui hidupan di sini seperti buaya, ikan lumba-lumba, burung dan ular. 

Bagi penggemar pelancongan yang ekstrem, tempat ini patut anda cuba kunjungi.


La Paz, Bolivia


Kredit foto: How To Survive Mountain Biking Death Road Bolivia, roamingaroundtheworld.com

Di negara ini, terdapat satu lokasi pelancongan yang diberi nama Death Road Tours atau Pelancongan Jalan Maut. Nama ini diberi kepada kawasan pergunungan di Bolivia yang sangat curam iaitu Death Road yang merupakan gelaran untuk jalan yang paling bahaya di dunia, Jalan Yungas.

Sepanjang 61 kilometer dari La Paz ke Coroico, Jalan Yungas atau Death Road sangat terkenal dalam kalangan penggemar sukan ekstrem, di mana mereka akan menggunakan kenderaan atau mountain bike di sepanjang jalan ini. 


Death Road di La Paz, Bolivia
Kredit foto: Death Road Tour, civitatis.com

Dengan kunjungan dari pelancong dari seluruh negara yang mencecah sehingga 25,000 orang pada setiap tahun, jalan ini telah dilengkapi dengan kemudahan untuk keselamatan pengunjung.


Iha Da Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil


Iha Da Queimada Grande, Brazil
Kredit foto: Ilha de Queimada Grande: Brazil's Forbidden and Deadly Snake Island, whenonearth.net

Pulau ini dikenali sebagat antara tempat paling bahaya di dunia. Kenapa? Sebab pulau ini ialah tempat tinggal kepada salah satu ular paling berbisa di duniaiaitu ular Bothrops. 

Ini bukanlah tempat pelancongan untuk anda. Mana tidaknya, kerajaan Brazil sendiri sudah mengharamkan pelancong daripada menjejakkan kaki di sini. 

Banyak cerita yang mengatakan ramai yang mati dengan sekelip mata selepas dipatuk ular ini.  Ada juga cerita di mana seorang penjaga rumah api dikatakan mati serta-merta selepas dipatuk ular ini. Sejak itu, rumah api di pulau itu dikawal secara automatik. 


Ular Bothrops
Kredit foto: Bothrops itapetiningae, en.wikipedia.org

Saintis menganggarkan terdapat lima ekor ular Bothrops di setiap satu meter persegi pulau ini.


Gurun Danakil, Eritrea


Kawasan tasik di Gurun Danakil
Kredit foto: Brilliant Ethiopia

Gurun ini merangkumi timur laut Ethiopia, selatan Eritrea dan barat laut Djibouti. Terletak di segitiga Afar, gurun ini mempunyai keluasan 136, 956 kilometer persegi dan suhu di gurun ini sangat panas dengan purata 34.5 darjah Celsius hingga mampu mencecah 50 darjah Celsius.

Gurun ini juga terdapat banyak gunung berapi yang aktif dan air pancut yang mengeluarkan gas toksik. Kebanyakannya menggelar tempat ini sebagai neraka dunia, tetapi ada juga penggemar pelancongan ekstrem yang sukakan tempat ini.


Taman Negara Madidi, Bolivia


Madidi National Park, Bolivia
Kredit foto: pinterest.com

Memetik Wikipedia, taman yang terletak di La Paz ini mula dibangunkan pada 1995 dengan keluasan 18,958 kilometer persegi. 

Kalau dilihat, tempat ini boleh dikatakan sangat indah. Tetapi, taman ini merupakan habitat kepada beberapa spesis tumbuhan yang paling beracun dan agresif di dunia. Sentuhan dengan tangan manusia boleh menyebabkan kegatalan, ruam dan pening-pening. 

Selain itu, kalau tangan terhiris atau terluka kerana tumbuhan ini, tangan anda boleh dijangkiti dengan parasit tropika. 

Menurut sumber trend-chaser.com, ada juga pelancong yang pernah diserang oleh labah-labah gergasi yang beracun. Bukanlah tempat yang sesuai untuk melancong, kan? 


Macam mana, ada tempat yang menarik mungkin tersenarai dalam rancangan pelancongan anda tak? - CARI
3

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • CikYaYaYa


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 4-2-2020 11:46 AM
Kalau pergi tempat2 tu bukan melancong lagi namanya tu, tapi sengajara cari maut.
Quote Boomibulat 4-2-2020 11:55 AM
Sajat blh pgi melancong tempat yg ada petir tu..
Quote Afifi82 4-2-2020 02:00 PM
Pulau ular tu, kalo rakyat China pi melawat, abis ular2 tu semua kena mkn .
Quote Cassieopeia 4-2-2020 02:09 PM
pegi situ memang nk bunuh diri namanya huhu
Quote Artemesiaa 4-2-2020 02:58 PM
Macam dah pernah ada je thread ni dulu
Quote afie_m 4-2-2020 04:11 PM
cara pasal namanya kalau melancong kat situ

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.155966 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top