CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Comelnya Gajah Berenang! Jabatan Perhilitan Siap 'Escort' Gajah Merentasi Tasik Kenyir

12-2-2020 11:35 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6046| Komen: 28

Description: Comelnya Gajah Berenang! Jabatan Perhilitan Kongsi Detik 'Escort' Gajah Merentasi Tasik Kenyir
Kredit foto: Twitter Jabatan Perhilitan


Gajah merupakan mamalia terbesar di darat. Nampak besar dan gagah namun haiwan ini memiliki sifat sensitif, mudah merajuk dan hidupan liar yang kuat cemburu.

Selain itu, tahukah anda bahawa haiwan ini mempunyai kebolehan untuk berenang jauh dalam air menggunakan belalainya untuk bernafas di permukaan?

Kredit foto: Republika - Gambar Hiasan

Namun, peluang untuk menyaksikan haiwan itu berenang adalah sesuatu yang jarang diperoleh.

Baru-baru ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) berkongsi satu video di laman Twitter mereka menunjukkan seekor gajah sedang berenang merentasi Tasik Kenyir.



Video berdurasi dua minit ini telah ditonton melebihi 144 ribu orang dan mempunyai 7.1 ribu retweets serta 8.2 ribu likes. Rata-rata warganet berasa teruja dan gembira melihat video itu.


Ada juga warga maya yang tertanya-tanya mengapa pihak perhilitan perlu mengiringi gajah tersebut. Ini sebabnya.
Kredit foto: Twitter Jabatan Perhilitan

Sebagai info, kebanyakan gajah secara semula jadi pandai berenang dan akan melalui laluan sama sepanjang hayatnya. 

Memandangkan kawasan Tasik Kenyir ialah tasik buatan dan merupakan kawasan hutan rimba sebelum ini, mungkin laluan yang dilalui itu adalah laluan yang biasa dilalui sebelum ini.

Jadi tidak hairanlah sekiranya gajah ini akan berenang dari satu pulau ke pulau yang lain di tasik itu yang juga merupakan habitat mereka.

Kalau anda semua nak melihat sendiri aksi haiwan ini di depan mata, bolehlah datang ke Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong, Terengganu. Mana tau anda mungkin bertuah.- CARI 

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • yeos

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote K_Lily 12-2-2020 11:41 AM
comelnyeeee
Quote shernazz 12-2-2020 11:54 AM
Relaks je..
Mesti dia cakap dlm.ati

Eh eh..cm xpenah tengok aku berenang plak..ingat gundu xbleh berenang ke?
Quote bloodyamuk 12-2-2020 12:00 PM
comelnyee...gajah memang boleh berenang
Quote prettyuglybabe 12-2-2020 12:04 PM
i hope perhilitan jaga kawasan tu betul-betul dari ancaman pemburu haram..
Quote Kurex 12-2-2020 12:05 PM
jangan ada beliau yg claim nanti
Quote RatuDunia94 12-2-2020 12:17 PM
Its a normal life for animal.. manusia je yg suka mengganggu mereka.
Quote RumiMenari 12-2-2020 12:34 PM
Jelesssnya reti berenang... Acik phobia.. masuk pool je rasa sesak nafas..
Quote husna_amal 12-2-2020 12:35 PM
yang kesiannya banyak hutan2 tempat habitat haiwan liar ni musnah sebab kerakusan manusia tamak.
Quote rosli_nurizzati 12-2-2020 12:51 PM
comel ja tgk.. sedih lak kita dok jarah kawasan depa.. mcm kat Sabah, suka hati tebang hutan nk tanam sawit..
Quote yeos 12-2-2020 01:47 PM
so cute.... semoga hutan terus dipelihara bagi menjaga khazanah alam semulajadi sebagai warisan untuk generasi masa hadapan.
Quote AbukRokok 12-2-2020 02:22 PM
nasib baik perhilitan

kalau juruukur swasta yg terjumpa nti terus timbul rasa terdesak
Quote AbukRokok 12-2-2020 02:23 PM
rosli_nurizzati replied at 12-2-2020 12:51 PM
comel ja tgk.. sedih lak kita dok jarah kawasan depa.. mcm kat Sabah, suka hati tebang hutan nk tana ...

jarah tanam sawit ujung2 kalah juga dengan Indon
Quote any42 12-2-2020 02:37 PM
comelnya gajah berenang. rsa nk peluk je. geram dgn yg dok usik habitat binatang. bkn mnusia je yg nk ad rumah nk ad tmpt bsronok. binatang pun mkhluk bnyawa brhak utk ad tmpt blindung
Quote keds 12-2-2020 02:43 PM
Khazanah Alam....
Quote cik_sssara 12-2-2020 03:13 PM

Quote rosli_nurizzati 12-2-2020 03:42 PM
AbukRokok replied at 12-2-2020 02:23 PM
jarah tanam sawit ujung2 kalah juga dengan Indon

well... hehehe..
Quote Artemesiaa 12-2-2020 03:43 PM
Comelnya nampak gembira sangat dapat berenang
Quote adeqbun 12-2-2020 03:50 PM
prettyuglybabe replied at 12-2-2020 12:04 PM
i hope perhilitan jaga kawasan tu betul-betul dari ancaman pemburu haram..

ai penah dgr cite pegawai2 perhilitan pahang mmg payah sbb kiri kanan dpn blakang kene cucuk..bukan calang2 punye org lak mencucuk..hutan pahang tu antara yg plg berharga d asia tenggara katenye..ramai duk aim
Quote realist_13 12-2-2020 08:52 PM
adeqbun replied at 12-2-2020 03:50 PM
ai penah dgr cite pegawai2 perhilitan pahang mmg payah sbb kiri kanan dpn blakang kene cucuk..buka ...


Cucuk mncucuk sama dgn Perak yg ada Belum ni...

Tapi, gajah ni mmg cute giler... happy hour je rupa dia

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.099071 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top