CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gaduh Rebut Gewe, Netizen Geram Mangsa Tak Melawan

13-2-2020 11:57 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6040| Komen: 29|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah nampaknya seperti tiada titik noktah.


Kes buli dalam kalangan pelajar sekolah nampaknya seperti tiada titik noktah.

Baru-baru ini, tular rakaman video kes buli pelajar sekolah di media sosial. Dalam video itu, seorang pelajar dipukul secara berterusan tanpa belas kasihan.

Walau bagaimanapun, mangsa dilihat tidak membalas pukulan tersebut. 



Lebih menyedihkan, pelajar lain tidak meleraikan langsung pergaduhan itu. Ekoran kejadian malang itu, mangsa berusia 15 tahun lebam di muka dan badan sebeum membuat laporan polis.


Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, mangsa dipercayai dipukul sekumpulan suspek berusia antara 14 hingga 16 tahun di dalam sebuah kelas selepas menjalani aktiviti sukan di sekolahnya kira-kira jam 6 petang.

Motif pergaduhan berpunca akibat berebut teman wanita. Mangsa dipukul, ditumbuk dan disepak beberapa kali oleh kumpulan pelajar dari sekolah sama.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pelajar berkenaan kerana tidak mencerminkan keperibadian seorang pelajar. 


Kredit foto: Facebook Jabatan Netizen Malaysia

Terkini, kesemua pelajar tersebut telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Netizen berpuas hati dengan penahanan tersebut serta tindakan pantas pihak polis, tetapi berasa kasihan pula dengan ibu bapa kesemua pelajar ini kerana sikap tidak semenggah anak mereka.


Kredit foto: Facebook Ayah Pong

Waktu sekolah amatlah penting untuk terus fokus belajar demi masa depan, bukannya bergaduh berebut makwe. Jauh lagi perjalanan, dik. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-2-2020 12:14 PM
apa gaduh2 ni.. kan ke kena amalkan SSKJP!!!
Quote msdummy.2018 13-2-2020 12:19 PM
esok kalo dia xkawin dgn gf yg dia duk rebutkan tuh...mmg sia2lah bergaduh masuk balai bagai
Quote bondeh 13-2-2020 12:30 PM
bagus dia tak melawan sebab dirakam, so jelas nyata yahhhh bahan bukti dibuli yachhhh
Quote makneng 13-2-2020 12:36 PM
Katanya yg bergaduh dah kena kutip kan?.. Bulu pubik pun baru tumbuh sebok nak berebut pepek..kosser lah
Quote 234126 13-2-2020 01:07 PM
anak kat sekolah cakap ketua kelas dia depan mak (ustazah) bukan main baik budi bahasa. Tapi bila mak takda atau cikgu lain takda mulut macam puaka  dia verbal abuse other students.

Kes mcm ni macam mana iol nak tangani ye? Anak jenis tak suka menjawap bukan jenis kasar tapi dia makan hati.  
Quote insulin 13-2-2020 01:27 PM
234126 replied at 13-2-2020 01:07 PM
anak kat sekolah cakap ketua kelas dia depan mak (ustazah) bukan main baik budi bahasa. Tapi bila ma ...

Suruh anak u rakam video budak tu buat perangai buruk dia dan upload ke youtube. Then bolehlah hantar link video tu kepada mak dia.
Quote 234126 13-2-2020 01:30 PM
insulin replied at 13-2-2020 01:27 PM
Suruh anak u rakam video budak tu buat perangai buruk dia dan upload ke youtube. Then bolehlah han ...

kena tunggu hari sukan la kot sebab waktu skolah biasa kena rampas phone nangis anak iol bwh tangga sekolah hahahaha

Bernas idea ni. Bila viral baru hegeh hegeh nak insaf kan. Kena buat secara anonymous la ni
Quote insulin 13-2-2020 01:33 PM
234126 replied at 13-2-2020 01:30 PM
kena tunggu hari sukan la kot sebab waktu skolah biasa kena rampas phone nangis anak iol bwh tangg ...

Zaman sekarang ni memang ni je cara yang berkesan. Bukti video/audio.

Anak sekolah rendah ke? Sekolah menengah je kan yang boleh bawa phone ke sekolah?



Quote 234126 13-2-2020 01:35 PM
insulin replied at 13-2-2020 01:33 PM
Zaman sekarang ni memang ni je cara yang berkesan. Bukti video/audio.

Anak sekolah rendah ke ...

Sekolah menengah. Tak boleh bawa phone sekolah dia.

Kalau sekolah rendah iol sekeh piat je telinga budak tu. Biasaaaa ni kecik kecik dah samseng hahahaa. Dah remaja iol takut nak campur depan2 sebab nanti kena ejek anak emak pulak lagi bahana anak nak hadap
Quote saviour_09 13-2-2020 02:50 PM
sauk je sorang, ko lipat la kaw2
lawan selagi boleh sis
kasi naik sheikh lg boek
bullies ni bila dia tgk victim naik sheikh menyinga tak tentu arah
kompem kecut kote sekor2

tapi bagus la dah berangkut ke balai
selamat berpaip getah sis
Quote Hizert 13-2-2020 02:58 PM
234126 replied at 13-2-2020 01:30 PM
kena tunggu hari sukan la kot sebab waktu skolah biasa kena rampas phone nangis anak iol bwh tangg ...

Nowadays pen pon ade kamera, xyah bawak phone, too risky.

Quote husna_amal 13-2-2020 03:27 PM
sebab tino jadi gini.
Quote tick 13-2-2020 03:32 PM
alhamdulillahhhhhh dh masuk dalam
ni semua samseng taik kuchingggggg
yang dibuli ni kalau self confiden tinggi, patutnya dia boleh lawan balik
sbb dia besar. sekali dia henyak budak tu boleh lipat masuk bawah meja.
tapi kenapa dia tak melawan....
Quote Artemesiaa 13-2-2020 03:54 PM
Kan dah kena angkut dek polis tunjuk samseng lagi.  Orang gi sekolah untuk belajar bukan untuk jadi kaki pukul
Quote any42 13-2-2020 04:38 PM
alahai skolah xhbis lg sibuk berebut prempuan. nnti makbapak tanya apsal pkul org ko nk jwb sbb amik gf ko ke dik. spentot & duit mkn ko pun makpak yg bg ad hati nk jd smseng. blnja gf milo bengggg nsi kak wok sbungkus pun duit makbapak kn dik.   p sna blaja elok2 dlu.
Quote meisapoya 13-2-2020 05:34 PM
Hidup berpaksikan gf/bf, memang tak ke mana la kau dek. Ke pusat koreksi la kau sampai.
Quote gummiebear 13-2-2020 05:53 PM
Mana gambar pompuan yang direbut tu iols nak tengok.  Berbaloi ke idok dipukul dan dikutip ke balai noks
Quote firdAwAni 13-2-2020 07:29 PM
Adoiii.. Nk tgk jgk gewe nya.. Cun melecun sgt ke dik smpi bertomoi cmtu.. Sia2 ja. Geram plak aku tgk yg lain dok sengih ja.
Quote 234126 13-2-2020 08:39 PM
Hizert replied at 13-2-2020 02:58 PM
Nowadays pen pon ade kamera, xyah bawak phone, too risky.

Bernas bernas. Nanti iol usahakan cari.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059995 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top