CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Virus Hidup Lama Dalam Cuaca Dingin" - Tutup Penyaman Udara Cegah Covid-19?

17-2-2020 11:15 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 2634| Komen: 10|Original author: Ct Cheery

Description: Katanya lagi, jangkitan Influenza dan koronavirus epidemik sebelum ini direkodkan paling teruk semasa musim sejuk dan apabila suhu naik penularan penyakit tersebut dilihat berkurang. Beliau turut mena ...

Terkini, angka kematian akibat jangkitan covid-19 di China dilaporkan semakin meningkat dan jumlahnya dikatakan telah pun melepasi 1,500 mangsa.


Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula memaklumkan satu kes baharu melibatkan seorang wanita berumur 83 tahun warganegara Amerika Syarikat sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di Malaysia berjumlah 22 orang. 


Loading FB Post...


Wanita tersebut merupakan Salah seorang penumpang kapal persiaran yang telah berlabuh di Kemboja pada 13 Februari yang lalu. Susulan dari kejadian itu, kerajaan Malaysia tidak membenarkan baki pemumpang kapal persiaran MS Westerdam yang Masih berada di Kemboja daripada memasuki negara ini.


Dalam pada itu, seorang lagi pesakit Covid-19 telah sembuh dan discaj, menjadikan jumlah yang dibenarkan pulang dari hospital seramai 8 orang. Pesakit tersebut merupakan kes ke-15, seorang wanita warga China yang disahkan positif pada 7 Februari lalu. Beliau telah discaj dari Hospital Permai, Johor Bahru pada 15 February 2020. 


Peningkatan jumlah jangkitan membuatkan rakyat Malaysia bimbang dengan ancaman wabak ini. Dan penyembuhan pesakit dari wabak bahaya ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa langkah-langkah rawatan dan pencegahan boleh dibuat bagi mencegah penularan wabak dan mengurangkan risiko jangkitan.


Foto: Google


Antaranya, menitikberatkan kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan dan menggunakan sanitiser sebagai perlindungan tambahan. 


Sebenarnya, ada satu lagi langkah yang dikongsikan Lobak merah, boleh membantu mengurangkan risiko penyebaran virus tersebut iaitu dengan menutup penyaman udara dan hanya menggunakan kipas angin. 


Saranan itu dinyatakan seorang pakar saintis dari Singapura, Professor Tan Chorch Chuan.


Foto: Google


Katanya lagi, jangkitan Influenza dan koronavirus epidemik sebelum ini direkodkan paling teruk semasa musim sejuk dan apabila suhu naik penularan penyakit tersebut dilihat berkurang. Beliau turut menambah, saranan itu Masih perlu diperhalusi lebih lanjut mengikut kajian sains.- CARI 


Sumber: KKM , dan everydayonsales


2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 17-2-2020 11:51 AM
Virus ni proTein. Macam ikan juga lebih tahan lama dalam fridge
Tapi kat hotel wajib aircond
Quote Artemesiaa 17-2-2020 12:30 PM
Ya sebab tu ada lapuran ada mangsa yang kena di Alps juga sebab factor cuacanya yang sejuk
Quote ctcheery 17-2-2020 02:07 PM
Kena Jaga pemakanan jgk kot noh...sebab antibody Kita yg boleh lawan virus nih kan. Tu Ada 8 org boleh sembuh elok.
Quote husna_amal 17-2-2020 02:29 PM
kat hospital pun sejuk, agak2 mudah tersebar juga ke kalau kat hospital
Quote seri_mawr 17-2-2020 02:36 PM
ni klu org HSE opis aku baca ni mau sgt gi dia suh tutup air cond...
Quote buragazz 17-2-2020 05:19 PM
Melaka panas berdentum dik.. mana mau nyer nak tutup aircond..
Quote wizardLy_boy 17-2-2020 05:45 PM
buragazz replied at 17-2-2020 05:19 PM
Melaka panas berdentum dik.. mana mau nyer nak tutup aircond..

betul tuh  ngn pnas berdentumnya ...air xder....
Quote buragazz 17-2-2020 06:23 PM
wizardLy_boy replied at 17-2-2020 05:45 PM
betul tuh  ngn pnas berdentumnya ...air xder....

Kan.. dah le mandi bercatu2.. ni pulak hari tu kata air 24jam ni dah start pelik tak sampai 12 jam dah tutup.. pastu dalam 12 jam yang ada tu pun tekanan cam air kencing aku jer...
Quote wizardLy_boy 17-2-2020 11:15 PM
buragazz replied at 17-2-2020 06:23 PM
Kan.. dah le mandi bercatu2.. ni pulak hari tu kata air 24jam ni dah start pelik tak sampai 12 jam ...

Tension lorh....skng dok mlk
Quote Clan204 17-2-2020 11:34 PM
malaysia ni panas sepanjang tahun... sinaran uv dah cukup nak bunuh virus2 ni semua...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.244123 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top