CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Prank' Kahwin 2 Tak Kelakar Ya - Warganet Mahu Hempuk Suami Ini

17-2-2020 09:22 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10396| Komen: 48

Description: Selain kejutan hadiah kepada pasangan masing-masing, ada juga suami yang sanggup membuat jenaka (prank) terhadap isterinya lalu memuat naik di media sosial. Yang lebih dasyat ialah 'prank' tersebut be ...



Selain kejutan hadiah kepada pasangan masing-masing, ada juga suami yang sanggup membuat jenaka (prank) terhadap isterinya lalu memuat naik di media sosial. Yang lebih dasyat ialah 'prank' tersebut berkenaan permintaannya untuk berkahwin dua hingga membuatkan isterinya menangis!

Si suami, Shafiran Azran sentiasa merekod apa sahaja yang berlaku terhadap mereka kepada khalayak di Facebooknya, namun kali ini ia agak melampau kerana membabitkan hati dan perasaan isterinya. Malahan warganet yang menyaksikan adegan tersebut pun berasa marah walaupun tahu ia hanyalah gurauan kasar.



Bermula dengan menceritakan seorang wanita yang menghantar mesej kepadanya untuk meminta izin menjadi isteri kedua. Seterusnya Shafiran mula meminta izin untuk berkahwin lagi dan bermulalah isterinya terasa hati dengan mendiamkan diri. Namun si suami terus-terusan bertanya mengapa isterinya mula menangis. 

Sehingga akhirnya si suami memberitahu ia sekadar 'prank' namun tiada tawa daripada isterinya.

FB

Rata-rata warganet melahirkan perasaan marah kepada si suami kerana sanggup mempermainkan perasaan isteri walaupun ia sebenarnya adalah jenaka. Bagi mereka, banyak lagi 'prank' lain yang boleh dikenakan selain berkahwin dua. 

Ini kerana emosi si isteri walau sebaik mana sekalipun akan tersentuh apabila suaminya mahu mencari wanita lain.


Walaupun isterinya, Farah tidak menunjukkan reaksi marah atau membebel seperti wanita tipikal lain, jauh di sudut hatinya, pasti terkilan apabila suaminya melafazkan permintaan sebegitu. Ramai yang memujinya apabila bertindak matang.

FB

FB

Bagaimanapun, perlu diingat, soal hati dan perasaan tidak boleh dijadikan permainan atau 'prank' kerana banyak lagi benda yang boleh dilakukan. Jadi, adakah ini sebenarnya untuk menaikkan rating mereka? - CARI 

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • rosasen

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 17-2-2020 09:26 AM
Edited by Kurex at 17-2-2020 09:41 AM

dekat ranjang, tengah berak, taknak buat video ke?
Quote billionman78 17-2-2020 09:35 AM
Kurex replied at 17-2-2020 09:26 AM
tak sabar nak tengok dorang bercerai.. mana tau buat video jugak ke...

tak elok cakap camtu saudara. baik kita doakan yang baik2 aje untuk dorang ni.


walaupun aku pun tak setuju dia buat prank camtu.

kalau aku buat gini ke bini aku rasanya tak sempat habiskan ayat dah kena bebel bertalu2
Quote Kurex 17-2-2020 09:40 AM
billionman78 replied at 17-2-2020 09:35 AM
tak elok cakap camtu saudara. baik kita doakan yang baik2 aje untuk dorang ni.



ok.. yelah yelah..
Quote sarah82 17-2-2020 09:44 AM
BBNU jumpa camera.. Mcm kera kena belacan
Quote husna_amal 17-2-2020 10:11 AM
kalau kena dengan perempuan yang pandai berdikari dan bekerjaya tak kesah pun dengan prank macam ni.
Quote Cassieopeia 17-2-2020 10:15 AM
nak viral sgt laki ni..sekali kne lahar {:laugh
Quote mawar_mustika 17-2-2020 10:22 AM
die patut bersyukur isteri die baik gila bila die ckp nk kawin lain...kalau kene perempuan lain mmg naya lh die kene..geram plak rasanya...dhlh p upload dlm media sosial
Quote doubleA 17-2-2020 10:28 AM
Annoyingnya. Hati bini dia dah jatuh berkecai tu boleh pulak buat main
Quote hollahop 17-2-2020 10:33 AM
diorang ni yg selalu buat vid dalam kereta tu kan.
pasal kerenah laki bini.

keterlaluan x i cakap yg benda ni pun dirancang mcm vid2 diorang yg lain

and more, kalau benda ni xdirancang dan isteri xbagi upload. xkan la boleh ada kat internet kan

kesimpulannya sama ja laki bini ni. xyah kesian kat bini dia ja.
ntah2 realfie bila dpt tau laki nak kawen lain jenuh amukkan alblasa bini dia.

so nitizen jadi bijok la xyah kena bodo2 ngan org2 mcm ni.
Quote Boomibulat 17-2-2020 10:35 AM
Edited by Boomibulat at 17-2-2020 10:40 AM


Screenshot_2020-02-17-10-37-26-1.png
Quote bakingsoda 17-2-2020 10:43 AM
nasib baik video prank tak bertukar kpd video pembunuhan ngeri
Quote rosasen 17-2-2020 10:47 AM
Aku salah sorg yg betul2 sakit hati tgk video ni..
Quote prettyuglybabe 17-2-2020 11:00 AM
tengok tak on volume hati dah cakap muka budu sangat laki tu..
sekali on volume memang sah budu
sebelum nak kawin lain, pi beli dulu crs untuk anak..
Quote vee_zara 17-2-2020 11:24 AM
SSKJP . Biasalaaa
Quote MFR_IN 17-2-2020 11:44 AM
mcm budak baru nak tumbuh bulu ja..sskjp sgt
Quote RatuDunia94 17-2-2020 11:45 AM
SSKJP skrg suka wat video2 bodoh gini.. masaing2 batak nk viral.
Quote aijinmisaki 17-2-2020 11:47 AM
Muka macam tu nak kahwin dua
Quote girlfridayz 17-2-2020 12:06 PM
kalau haku dah kasi penumbuk je.. geram pulak.
pastu aku plak buat prank tinggalkan dia n tak nak berbaik dah.
baru dia tau langit tinggi rendah..
Quote girlfridayz 17-2-2020 12:07 PM

seramnya hamba membayangkan alat ni pada alat beliau..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.191590 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top