CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Romantik! Pembikin Filem Animasikan Dirinya Untuk Melamar Kekasih

18-2-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 3414| Komen: 14|Original author: Oleh: Re.C

Description: Seorang pembikin filem bernama Lee Loechler telah menganimasikan dirinya ke dalam animasi Walt Disney Sleeping Beauty supaya dia dapat melamar kekasihnya; Sthuthi David semenjak zaman persekolahan tin ...

Sumber Foto : businessinsider

Seorang pembikin filem bernama Lee Loechler telah menganimasikan dirinya ke dalam animasi Walt Disney Sleeping Beauty supaya dia dapat melamar kekasihnya; Sthuthi David semenjak zaman persekolahan tinggi lagi.

Sumber foto : endlessthread

Dia telah merancang untuk melamar dengan cara ini selama enam bulan untuk menghasilkan dan menyusun semula babak filem animasi ini. Beliau juga turut menghubungi Coolidge Corner Theater di Brookline, Massachusetts untuk meminta mereka mengatur sebuah penayangan filem palsu supaya dia boleh melamar kekasihnya itu.


Bagi memastikan kekasihnya tidak curiga, dia juga telah meminta pertolongan daripada 20 individu tidak dikenali untuk turut hadir dalam penayangan filem palsu tersebut melalui posnya di Reddit. Kehadiran 20 orang ini juga bagi menyembunyikan kehadiran kawan rapat dan keluarga mereka di kerusi belakang pawagam untuk menyaksikan lamaran tersebut.

Memetik Good News Network, Loechler juga turut meminta pertolongan ibu Sthuthi dengan menghantar beberapa emel palsu kepadanya yang kononnya telah membeli tiket penayangan tersebut untuk keluarganya. 

Sthuthi yang kononnya menerima tiket daripada ibunya kemudian mengajak Lee Loechler untuk menonton filem animasi tersebut bersamanya.

Pada awalnya, tiada apa yang diubah oleh Lee Loecher ke dalam animasi tersebut kecuali di dalam babak di mana putera mencium Puteri Aurora.

Watak putera telah diubah rupa fizikal supaya sama seperti Lee Loechler. Watak animasi tersebut kemudiannya mengeluarkan cincin dan melontarnya ke arah skrin. Lee Loechler berdiri dan menyambut cincin tersebut dan melamar Sthuthi. Kekasihnya terus menerimanya.



Video lamaran tersebut telah ditonton lebih enam juta kali sejak dimuat naik ke YouTube pada December lalu.

Semoga bahagia berpanjangan hendaknya. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 18-2-2020 11:15 AM
Yg dalam animasi bkn main kacak lg..
Quote Kurex 18-2-2020 11:22 AM
kalau dekat prc, mentah2 lelaki kena tolak
Quote RatuDunia94 18-2-2020 11:38 AM
Boomibulat: Yg dalam animasi bkn main kacak lg..


Pompuannya pon. Sama jah.. ala2 maid dr mexico jah.
Quote RumiMenari 18-2-2020 11:51 AM
{:love sweeetttt sgt...
Quote shark_eow7 18-2-2020 12:22 PM
best moment everr.
Quote husna_amal 18-2-2020 12:28 PM
Tahniah la ada usaha buat lain dari yang lain. Kalau kat Malaysia ni tak payah la tiru macam orang barat ni.
Quote Artemesiaa 18-2-2020 01:03 PM
Gighnya untuk buat kelainan dari yang biasa2
Quote supernaturalee 18-2-2020 01:33 PM
kekrul dh buat dulu dh propose dlm pawagam


tp still...mmg animasi tu team die buat baru ke
atau klip dr walt disney
Quote chicozinn 18-2-2020 02:16 PM
supernaturalee replied at 18-2-2020 01:33 PM
kekrul dh buat dulu dh propose dlm pawagam

yeke???urrghhhhh pasni kekrul HAuk mesti claim dia yg terawal buat benda alah ni..yihhh sgat
Quote miraclehopes 18-2-2020 03:52 PM
Fizo pun lamar mawar dlm cinema gak kan
Quote tipah89 19-2-2020 10:36 AM
supernaturalee replied at 18-2-2020 01:33 PM
kekrul dh buat dulu dh propose dlm pawagam

kekrul bukan buat kat live GV ker? dlm pangung tu pijo ngan mawau

Quote supernaturalee 19-2-2020 03:41 PM
tipah89 replied at 19-2-2020 10:36 AM
kekrul bukan buat kat live GV ker? dlm pangung tu pijo ngan mawau

eh...ye lah
haiyooo

lantaklah
yg sure...set2 tu lah





Quote Cik_lang 20-2-2020 11:10 PM
so sweetttt      
Quote Nes3in1 29-2-2020 12:14 PM
So sweet   

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047967 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top