CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dewa Dan Syaitan Mengikut Mitologi Kuno Dan Kepercayaan Orang Eropah

16-3-2020 11:59 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 3450| Komen: 9|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini menceritakan tentang dewa dan syaitan yang wujud mengikut kepercayaan dan mitologi di Eropah.

KREDIT : Weird Wednesdays: The Devil and Gerald Mayo, dailycampus.com

Dewa. Syaitan. Dua entiti yang tak dapat dilihat tetapi dipercayai ada oleh golongan manusia. Bagi orang Islam, mereka percaya bahawa syaitan itu ada berdasarkan apa yang dipelajari mengenai Islam, dan juga terkandung dalam Al-Quran. Orang di luar negara, khususnya orang-orang di Eropah juga percaya wujudnya syaitan dan dewa.

Dalam artikel ini, kita akan melihat dewa dan syaitan yang wujud dalam kepercayaan orang Eropah.


LUCIFER

Lucifer menurut kepercayaan agama Kristian

KREDIT : Looking for Satan in All the Wrong Places, mosaicmagazine.com

Menurut kepercayaan Kristian, Lucifer ialah malaikat yang paling berkuasa di syurga. Disebabkan terlalu ego dan angkuh, ia telah diusir dari syurga dan menjadi syaitan. Tuhan pun mencipta dunia baru dan manusia. 

Demi membalas dendam, Lucifer cuba menyelinap ke dalam Taman Eden dan mempengaruhi nafsu Hawa untuk makan buah larangan serta menghasut Adam untuk mengingkari arahan Tuhan. Akhirnya, niat ia tercapai. Lucifer juga berjaya membuka pintu ke dunia baru. Sejak itu, dosa, penyakit, dan kematian ada pada seluruh manusia.


ODIN

Odin mengikut mitologi Nordik
KREDIT : Gold Pendant Found in Denmark Depicts Norse God Odin, and May Have Been a Sacrifice to Avert the Disastrous Weather of 536 AD, ancient-origins.net

Odin ialah dewa peperangan dan pemimpi para dewa dalam mitologi Nordik. Odin akan mengalahkan Valkyrie, iaitu dewi peperangan untuk menentukan pemenang dalam peperangan. Roh-roh perwira yang terpilih akan dibawa ke Valhalla, istana agung yang diperintah oleh Odin.

Ini adalah persediaan untuk menghadapi Ragnarok, iaitu pertempuran antara dewa dan syaitan di dunia akhir. Pahlawan Nordik percaya bahawa mereka akan menang dalam peperangan jika mendapat berkat daripada Odin.


HADES

Hades dan anjing berkepala tiga, Kerberos mengikut mitologi Yunani kuno
KREDIT : Criaturas y Leyendas LIVC, criaturasyleyendasls.blogspot.com

Hades ialah dewa alam ghaib dalam mitologi Yunani kuno. Hades mempunyai dua orang adik lelaki yang bernama Zeus (dewa penguasa langit dan guruh) serta Poseidon (dewa penguasa lautan). Menurut kepercayaan orang Eropah, Hades ialah dewa yang kejam dan memiliki kuasa tertinggi.

Konon-kononnya, pintu alam ghaib dijaga oleh Kerberos, iaitu anjing berkepala tiga, untuk melarang sesiapa daripada keluar. Selain itu, Hades juga merupakan pemilik sumber galian bawah tanah.


MORGOTH

Morgoth ialah penguasa kegelapan yang sangat jahat. Dia memiliki kuasa yang hebat. Selain itu, Morgoth juga disifatkan sebagai syaitan yang sombong, tamak dan liar. Akhirnya, Morgoth dikalahkan oleh Valar, iaitu bunian-bunian yang dianggap sebagai dewa oleh manusia. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gingerly 16-3-2020 02:14 PM
Menariks. Tt boleh add extra info skali dengan planet yg ditadbir oleh setiap dewa. Contoh zeus rules jupiter..Ares rules mars
Plus kesan2 yg mempengaruhi bumi dari planet2 yg ditadbir. Termasuk lunar n solar. Just 4fun
Quote ajinomotonosuga 16-3-2020 02:43 PM
Dont forget Muafakat rules planet Malaysia ok?
Quote putput 16-3-2020 03:20 PM
err.. lusifer tu iblis syaitan. tu bukan kepercayaan eropah. tu dalam bible/alkitab org kristian. sama seperti syaitan iblis dalam quran
Quote MrsVeneer 16-3-2020 04:03 PM
I sll dengar Lucifer je.
Nice info tt
Quote husna_amal 16-3-2020 04:19 PM
Kalau saya suka tengok movie2 yang ada unsur dewa dewi ni.
Quote bintangct 17-3-2020 12:47 AM
Odin tu bapak Thor kan?
Quote sindremandrem 17-3-2020 12:51 AM
morgoth tu watak ciptaan tolkien. tt kopipes campur2 ni.
Quote dekmieDandy 17-3-2020 10:59 AM
cerita favorite iolls, Immortal (2011)
Quote paz 17-3-2020 03:25 PM
Menariknya info.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.202739 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top