CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Nak Saman Netizen 'Body Shaming' Penunggang Motor

19-2-2020 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14329| Komen: 87

Description: Tular di media sosial gambar seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang kanak-kanak.
Tular di media sosial gambar seorang lelaki menunggang motosikal bersama seorang kanak-kanak.

Namun, warganet yang tidak sensitif dengan biadab mempersendakan bentuk fizikalnya membuatkan keluarganya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penghinaan itu berterusan.


"Keluarga memang bercadang mahu ambil tindakan jika masih ada mana-mana individu yang berterusan ‘body shaming’ abang saya," kata Nor Azmida Mohamad Nor, 30, adik kepada lelaki yang dihina berkenaan, Noorazri, 39.


Kredit foto: FB

Difahamkan, Nor Azmida kecewa apabila ada orang mengambil gambar abangnya menunggang motosikal dengan anaknya (anak Nor Azmida) tanpa izin dan menyebarkannya Facebook dan WhatsApp dengan kenyataan berbaur body shaming; "nak kesian dekat motor ke atau budak itu".

Tegasnya, mereka sekeluarga sangat marah dengan tindakan warganet dan nekad memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak memandang enteng terhadap perkara itu.


Katanya, dia dan beberapa ahli keluarga mengirim mesej kepada sebahagian pemilik akaun Facebook yang berkongsi gambar terbabit supaya ia dipadam segera.

"Nak ambil gambar itu tiada masalah, tapi kenapa pula disebarkan dengan kenyataan tidak sepatutnya seperti itu. Nampak sangat mahu mengejek fizikal abang saya.

"Kita yang tak rasa ini bolehlah kita cakap tiada masalah. Jadi, berfikir dahulu sebelum nak kongsi sesuatu di laman sosial," katanya. - CARI
5

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • zakeynt_o

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Megikari 19-2-2020 02:11 PM
Eh memang keji gila la manusia yg suka komen pasal muka or bentuk badan orang ni. Memang patut pun family dia saman.
Quote myoujin 19-2-2020 02:15 PM
Sepatutnya bagitau .. tak guna helmet.. bahayekan budak lagi..
Quote harizs 19-2-2020 02:20 PM
mohon polis saman sbb dua2 x pakai helmet.  rampas motor dia
Quote chandrahusin 19-2-2020 02:22 PM
dari body shaming ptt highlight psl helmet
tapi kalau aku tgk gamba ni
aku nmpak bdk tu betul2 enjoy the ride
mcm seronok sgt siap kepala mendongak
Quote Boomibulat 19-2-2020 02:22 PM
Saman je dik..zaman ekonomi merudum ni cari je mana2 lubang blh buat duit..
Quote SWORKS27 19-2-2020 02:23 PM
setuju jugak saman netizen puaka tu..tp stnby jgk lps ni pdrm, jpj dtg soal siasat abam kaka yer..
Quote kucingitam 19-2-2020 02:23 PM
masa gambar ni baru viral ritu aku dah terdetik patut family dia saman sapa yang amik dan sebarkan gambar ni
Quote Cassieopeia 19-2-2020 02:25 PM
suruh buat permohonana maaf terbuka, kalau x saman je. org tu happy je naik motor gitu. lepas ni pakai helmet ye bang
Quote sarukhan 19-2-2020 02:28 PM
Samannnnnn!
Quote umbut 19-2-2020 02:32 PM
Bkn nampak muka pun.. org pun x tau sapa...
Quote puteribaya 19-2-2020 02:34 PM
chandrahusin replied at 19-2-2020 02:22 PM
dari body shaming ptt highlight psl helmet
tapi kalau aku tgk gamba ni
aku nmpak bdk tu betul2 enj ...

..alamak..takut nak komen..takut kena saman
Quote CinnamonR 19-2-2020 02:35 PM
harizs: mohon polis saman sbb dua2 x pakai helmet.  rampas motor dia

Moto pun mcm xde no plat??
Quote CinnamonR 19-2-2020 02:36 PM
Skang ni kat cari pun sebarkan pic ni....lagi tersebar nampaknye pic ni last2
Quote JohnnyLever 19-2-2020 02:42 PM
Boomibulat replied at 19-2-2020 02:22 PM
Saman je dik..zaman ekonomi merudum ni cari je mana2 lubang blh buat duit..

kau kata aku hitam macam kicap semalam, aku nak saman kau


Quote Boomibulat 19-2-2020 02:44 PM
JohnnyLever replied at 19-2-2020 02:42 PM
kau kata aku hitam macam kicap semalam, aku nak saman kau

Ok la tukar..putih mcm mayonis
Quote uda 19-2-2020 02:52 PM
umbut replied at 19-2-2020 02:32 PM
Bkn nampak muka pun.. org pun x tau sapa...

Betul tu.
Macamana nak saman sebab bukan nampak muka and no plet motor tu.
Quote chandrahusin 19-2-2020 03:06 PM
puteribaya replied at 19-2-2020 02:34 PM
..alamak..takut nak komen..takut kena saman

tak pe.. tak yah komen
aku paham apa ko nak komen tu
Quote Skuau 19-2-2020 03:09 PM
antara......body shaming vs tak pakai helmet.
Quote ~boolean 19-2-2020 03:11 PM
orang tak tahu pun tu abang kau..

patutnya marah si abang tu membahayakan budak dengan tak pakai helmet...

bodo piang...

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top