CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apa Sudah Jadi, Air Terjun Boleh Mengundur Ke Belakang?

20-2-2020 12:16 PM| Diterbitkan: truthe911| Dilihat: 6144| Komen: 18|Original author: Azlin

Description: Air Terjun Kinder yang terletak di Taman Negara Peak District, England ini mempunyai satu keistimewaan yang tersendiri iaitu fenomena air terjunnya yang boleh 'mengundur'. Fenomena ini sering berlaku ...

Kredit foto: Yahoo News

Air terjun merupakan sebuah kejadian alam di mana arus air melalui sebuah formasi batuan dan menghakis secara berterusan lalu jatuh dari ketinggian tertentu. Secara fitrahnya air terjun bergerak hanya satu arah. Namun apa terjadi apabila air terjun boleh mengundur?

Begitulah yang berlaku kepada Air Terjun Kinder di Peak District, England. Fenomena air terjun mengundur sering berlaku di sini apabila berlaku angin maha kuat melanda kawasan tersebut. Air terjun ini merupakan sebahagian dari Sungai Kinder, sebuah sungai kecil berukuran 4.8 km terletak di Barat Laut, Derbyshire, England. 

Air terjun dengan ketinggian 29.9 meter ini merupakan air terjun tertinggi di Peak District. Antara sebab utama kawasan ini dilawati adalah kerana fenomena unik ini. Apabila angin kencang melanda kawasan itu, pengunjung akan dapat menyaksikan fenomena pelik air sungai yang sepatutnya terjun ke bawah sebaliknya 'terbang' ditolak ke belakang.

Pernah berlaku saki-baki Ribut Gonzalo yang melanda barat laut England, angin mencapai kelajuan hingga 80.5 km per jam melanda Kinder. Angin yang lebih kuat juga dirasakan di bahagian-bahagian lain di UK, termasuk angin ribut selaju sekitar 112.7 km sejam.

Ribut Ciara yang melanda United Kingdom baru-baru ini turut memberi kesan kepada Air Terjun Kinder. Hasil tolakan angin, semburan air dari Air Terjun Kinder dilaporkan oleh saksi boleh dilihat sampai beberapa km jauhnya. 


Pemandangan normal Air Terjun Kinder yang sememangnya sedia mengagumkan. Kredit foto: Getty Image


Selain ciri keunikan ini, air terjun ini mempunyai tarikan lain yang menjadi antara faktor pencinta rekreasi sering mengunjunginya. Biar apapun musim melanda, Kinder akan sentiasa mengagumkan. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 

8

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rikuren

  • yeos

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 20-2-2020 12:20 PM
meols pernah gak buat effect air terjun mengundur & menaik, pakai instagram & filter rewind
Quote husna_amal 20-2-2020 12:44 PM
cantiknya, keindahan semula jadi. kencang juga angin tu sampai mampu mereverse air terjun tu.
Quote Artemesiaa 20-2-2020 12:47 PM
Jangan main2 dengan kuasa angin bila ia menganas boleh membahayakan.  Apa pun ia satu perkongsian video yang menarik.
Quote Ladybird910 20-2-2020 01:14 PM
Masha Allah subhanallah..cantik sgtttt!!! Thanks for sharing
Quote Kurex 20-2-2020 01:16 PM
iols suka alam semulajadi
Quote alaa 20-2-2020 01:28 PM
beautiful. subhanallah. cantik.
Quote mieymiey 20-2-2020 02:18 PM
Kuatnya angin.
Quote kucingitam 20-2-2020 02:25 PM
ini kalau aku yg dok kat sana pun silap2 boleh terbang dek kena tiup angin ni..kuat betul anginnya.
Quote Sambalberapi 20-2-2020 02:37 PM
Kuatnya angin, sampai kalah air terjun patah blk kebelakang.
Quote najib888 20-2-2020 05:09 PM
Ingatkan betul2 mengalir ke belakang.. rupanya angin yang bertiup..

kadang2 aliasing effect pun boleh mengubah perspektif minda tentang motion ni.. Contohnya, rim kereta atau kipas helikopter. Pada satu frekuensi tertentu (aliasing frequency), pergerakan rotation tu nampak terbalik..

Lagi satu, dengan menggunakan frekuensi bunyi, aliran air boleh dimanipulasikan. Nampak seolah2 statik.. kalau ubah lagi frekuensi, boleh nampak seolah2 backward motion. Lebih syok layan dari strobe light.

[youtube]uENITui5_jU[/youtube]

Quote CatMiow 20-2-2020 06:09 PM
Bila diberi kekuatan,  benda mustahil jadi tak mustahil.
Quote 234126 20-2-2020 09:49 PM
Subhanallah. Cantiknya walaupun menakutkan nak bayang betapa kuatnya angin. Tak melayang pulak yg merakam tu. Tebing curam pulak tu seriau
Quote any42 20-2-2020 11:31 PM
cantiknya. segala puji bg Allah. suka tgk pmndangan air terjun tiap kli tgk dlm vid/tv sklipun dah tpesona.
hritu tgk extreme china si Ben Horton dok daki frozen waterfall tinggi yakmat. tp pmndgan masyallah. trus berangan nk jd burung bleh terbang nikmati view cantik gila. bestnya dpt explore keindahan alam.
Quote Sangkar_Emas7 21-2-2020 09:15 AM
Subhanallah...cantik sgt. Tp i mampu tgok jauh je...kalau dr dekat, mmg li lari dulu. hehe
Quote supernaturalee 23-2-2020 09:03 AM
Kinder bueno
Quote supernaturalee 23-2-2020 09:06 AM
najib888 replied at 20-2-2020 05:09 PM
Ingatkan betul2 mengalir ke belakang.. rupanya angin yang bertiup..

kadang2 aliasing effect pu ...

Wow
It's so cool
Quote orgsepang 23-2-2020 07:18 PM
Menakjubkan. Tak terfikir boleh ditolak hanya oleh angin mengundur tersusun elok bukan bertaburan.
Quote Scheherazade 24-2-2020 07:56 PM
Menarik pun ye, menakutkan pun ye. Subhanallah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.140123 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top