CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sedapnya, Memang Heaven! Jom Cuba Resepi Mini Burnt Cheesecake Mudah

21-2-2020 11:31 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 7740| Komen: 12|Original author: Oleh: natrahn

Description: Burnt Cheesecake ni boleh dikatakan antara kek yang tular dan resepi ini memang wajib anda cuba. Serius, rasanya memang cukup auummm!


Burnt Cheesecake ni boleh dikatakan antara kek yang tular dan jika anda peminat kek, resepi ini memang wajib anda cuba. Serius, rasanya memang cukup auummm!

Harga sepotong Burnt Cheesecake di kafe agak mahal, tapi kek ini sebenarnya mudah sahaja untuk dihasilkan di rumah kerana ia hanya menggunakan kurang dari 10 bahan. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai topping seperti Nutella, mentega kacang dan banyak lagi mengikut cita rasa. 


Loading FB Post...


Untuk resepi Mini Nutella Burnt Cheesecake, ikuti perkongsian chef cilik Danish Harraz di Facebook yang telah dikongsikan hampir 3,000 kali ini.

Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya adalah:

Bahan kek keju
  • 500 gram krim keju (dilembutkan)
  • 250 ml krim putar
  • 3 biji telur (gred A)
  • ½ cawan gula putih
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung gandum (diayak)

Bahan Nutella swirl
  • 1/4 cawan sapuan coklat (jenama Nutella)
  • 1/2 cawan adunan kek keju

Berikut adalah langkah demi langkah cara membuatnya.

Langkah 1

  1. Dalam mangkuk besar, gabungkan krim keju yang sudah dilembutkan dengan gula. Pukul selama 1 hingga 2 minit atau sehingga rata pada kelajuan sederhana.
  2. Kaupkan adunan menggunakan spatula dan pukul adunan sekali lagi selama 1 hingga 2 minit sambil memasukkan esen vanila.
  3. Kemudian, pecahkan telur satu demi satu.
  4. Kaupkan adunan sekali lagi dan pukul selama 1 minit.
  5. Seterusnya, tuangkan krim putar secara perlahan-lahan. Ayakkan tepung gandum dan gaul selama 20 saat pada kelajuan perlahan.
  6. Kautkan adunan dan gaul sekali lagi selama 10 saat sehingga sebati.


Langkah 2 - Adunan Nutella Swirl




  1. Asingkan 1/2 cawan adunan kek keju untuk menghasilkan Nutella swirl.
  2. Untuk Nutella swirl pula, gabungkan adunan kek keju tadi dengan sapuan coklat Nutella. Gaulkan sehingga sebati.


Langkah 3 
  1. Griskan loyang mufin dengan mentega dan kertas minyak.
  2. Masukkan adunan kek keju sebanyak 3/4 penuh acuan. Kemudian, masukkan Nutella swirl. Tambahkan adunan kek keju sekali lagi.
  3. Pusarkan Nutella swirl dengan adunan kek keju menggunakan lidi agar mempunyai corak yang cantik.
  4. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 30 minit. (Tambahkan 10 hingga 15 minit jika perlu, bergantung kepada suhu ketuhar)
  5. Kemudian, naikkan suhu kepada 200°C dan bakar lagi selama 10 hingga 15 minit.
  6. Sejukkan kek keju dan simpan di dalam peti sejuk.

Inilah hasilnya. Creamy, mudah dan memang nikmat! 


Kredit Foto - Facebook  Danish Harraz


Nota penting: 
  1. Anda juga boleh menyediakan kek keju biasa tanpa menambahkan coklat. Anda boleh mengubah suai bahan-bahan tambahan mengikut cita rasa.
  2. Kek keju sudah masak jika tiada cecair yang melekat apabila dicucuk di tengah. (Pastikan kek keju tidak terlebih masak kerana akan menjadi kering dan kurang enak) - CARI

Kredit resipi: FB Danish Harraz

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ctcheery


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 21-2-2020 11:36 AM
Budak Danish ni bagus sungguh.. Niaga.. Selain untung sedekah pada anak2 org asli.. Rajin kongsi resepi.. Acik sarah doakan ang berjaya dunia akhirat Danish..
Quote KIM.K 21-2-2020 11:51 AM
Bolehlah cuba nanti. Iols biasa buat blueberry cheese mini tarts sebab suka sangat. Burnt cheese lagi suka, susah nak cari
Quote merrissa 21-2-2020 08:09 PM
X pernah rasa... kat mana nak beli? Baker cottage ada tak? Kalau nak buat banyak sgt kang... xde sapa nak makan sob sob
Quote ctcheery 21-2-2020 08:42 PM
Wow menarikk..boleh buat Jual nanti
Quote ellez 21-2-2020 09:38 PM
Suka kumpul resepi kek/dessert yg simple bhn2nya dan cara buat..
Quote tajmahal 21-2-2020 11:22 PM
insyaAllah  hasil menjadi guna resepi dia
Quote amyza 22-2-2020 02:30 PM
Memang sedap burnt cheesecake ni. Tak puas makan. Ikut resepi youtube jer. Boleh lah try resepi danish pulak nanti. Tunggu mood rajin dulu.
Quote irapie 22-2-2020 05:00 PM
Slalu Danish klu bg resepi mmg sng and jrang fail klu ikut btoi2.. moga murah rzeki slalu
Quote binipopeye 23-2-2020 09:41 PM
i loikeeee.... bole try nnti
Quote any42 24-2-2020 12:12 AM
senang banget nmpknya. hrap2 esok i bt mnjd
Quote orkid_lestari 4-3-2020 02:44 PM
dah penah buat resepi ni tapi tak letak nutella pun..bake guna airfryer..mudah, simple and sedap..
Quote sapasapa 14-5-2021 04:11 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049473 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top