CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun Mahathir Tubuh Pakatan Baharu, Kerajaan PH Bakal Terkubur?

24-2-2020 09:07 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 19095| Komen: 125|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Pelbagai spekulasi timbul berhubung pembentukan kerajaan baharu yang bakal menyaksikan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti W ...
Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 22 Februari 2020.

Kredit foto: Malaysia Gazette

Pelbagai spekulasi timbul berhubung pembentukan kerajaan baharu yang bakal menyaksikan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan sebahagian Ahli Parlimen dari PKR.

Langkah itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa selepas memerintah negara selama hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Tanda tanya mula timbul apabila kesemua parti terbabit mengadakan mesyuarat tergempar yang dihadiri kepimpinan tertinggi masing-masing di Kuala Lumpur pada 23 Februari.

Memetik laporan Malaysia Gazette, puluhan kenderaan orang kenamaan (VVIP) dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 5.30 petang, sekali gus menyebabkan rakyat tertanya-tanya sama ada perkara itu ada kaitan dengan pembentukan kerajaan baharu.


Pada sebelah malam pula, pemimpin-pemimpin kanan parti-parti terbabit dilihat menghadiri satu majlis yang dikatakan turut disertai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menghadiri perjumpaan di Hotel Sheraton.
Kredit foto: Malaysiakini

Namun, tiada maklumat diperolehi tentang perjumpaan yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan membentuk kerajaan baharu kerana pemimpin terbabit  memilih untuk menutup mulut.

Seperti dilaporkan Sinar Harian, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa cuma meminta semua pihak menunggu pengumuman Dr Mahathir berhubung perkara berkenaan. 

Desas-desas itu menggemparkan negara berikutan pada hari sebelumnya, Dr Mahathir telah menyatakan persetujuan untuk berundur dan memberi ruang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hujung tahun ini.

Apa pula reaksi Anwar tentang rancangan yang akan menggagalkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri yang lama tertangguh sejak 1998?

Sinar Harian turut melaporkan, Anwar menganggap tindakan itu satu cubaan untuk mengkhianati kerajaan PH.

"Kita dikejutkan dengan perkembangan yang bagi kita satu pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada perubahan," katanya.


Anwar Ibrahim dikerumuni penyokongnya semasa majlis zikir Nuril Anwar di rumahnya di Segambut pada malam 23 Februari.
Kredit foto: Facebook

Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan, Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Malaysia juga berdepan kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 lebih awal sekiranya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan baharu. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnnyLever 23-2-2020 10:04 PM
kasihan, kenapa kau orang khianat dia? apa dosa dia pada kau orang?
Quote Reymz 23-2-2020 10:07 PM
Buang jer orang tua tu... lantik jer sesiapa saja untuk jadi PM, walaupun bukan Anwar asal kan bukan orang tua tu
Quote JohnnyLever 23-2-2020 10:10 PM
Reymz replied at 23-2-2020 10:07 PM
Buang jer orang tua tu... lantik jer sesiapa saja untuk jadi PM, walaupun bukan Anwar asal kan bukan ...

bila tak ada orang nak pilih dia jadi PM, mula gunakan golongan yang dipanggil sebagai lebai duduk disebelahnya, itulah manusia.
Quote Ara_roro93 23-2-2020 10:11 PM
JohnnyLever replied at 23-2-2020 10:04 PM
kasihan, kenapa kau orang khianat dia? apa dosa dia pada kau orang?

Huahuahua mendalam sungguh makna nya tu tuan johnny !
Quote BomBoLoniS 23-2-2020 10:15 PM
Padam terus impian bang non nk jadi pm Malaysia... Kesian pulak menengoknya..
Quote Knowlee 23-2-2020 10:18 PM
Bang non.... Bang non... Apa kata Bang Non let go je impian jadi PM tu...
Quote JohnnyLever 23-2-2020 10:19 PM
BomBoLoniS replied at 23-2-2020 10:15 PM
Padam terus impian bang non nk jadi pm Malaysia... Kesian pulak menengoknya..

salah mereka sendiri, kalau parti amanah tidak tertubuh dan ahli mereka menyertai PKR, mungkin PH sudah menjadi lebih kuat, begitu juga jika ahli2 PPBM menyertai PKR, "divide and conquer" should not necessarily be successful. just my 2 cents
Quote NonaNaga 23-2-2020 10:23 PM
tak tercapai juga laa anwar keluar masuk penjara dan reformasi...may be u just meant to be...PM
Quote Rogue98 23-2-2020 10:26 PM
2 tahun jadi PM ke 7 ni jer lah kerja Atuk... strategy nak kuasa n kekal kuasa. Nothing utk rakyat. Bagero.....
Quote JohnnyLever 23-2-2020 10:28 PM
Rogue98 replied at 23-2-2020 10:26 PM
2 tahun jadi PM ke 7 ni jer lah kerja Atuk... strategy nak kuasa n kekal kuasa. Nothing utk rakyat.  ...

nampaknya penyokong2 PPBM kena bersalaman dengan pencuri umno dan juga lebai pas, sebelum penyokong2 PPBM digelar lebai, mereka telah dengan pantas menyindir penyokong umno dan pas terlebih dahulu
Quote harkktuih 23-2-2020 10:32 PM
Hakikatnya anwar gelojoh nak jd pm..x belajar dr kesilapan dulu.. Lepas kuar penjara katanya nak rest dulu, gi mengajar setahun dua sebelum aktif politik.. Tak dan air liur kering, tgk2 bertanding parlimen PD.. Dan mungkin juga dia rasa tercabar dgn pengaruh azmin and the gang, membuatkan sikap gelojoh tu makan diri dia balik..
Quote Rogue98 23-2-2020 10:32 PM
JohnnyLever replied at 23-2-2020 10:28 PM
nampaknya penyokong2 PPBM kena bersalaman dengan pencuri umno dan juga lebai pas, sebelum penyokon ...

Dgn muka kelat masing2...
Quote JohnnyLever 23-2-2020 10:35 PM
harkktuih replied at 23-2-2020 10:32 PM
Hakikatnya anwar gelojoh nak jd pm..x belajar dr kesilapan dulu.. Lepas kuar penjara katanya nak res ...

siapa yang nak percaya pada peliwat dan penipu?
Quote TuntungReturn 23-2-2020 10:37 PM
ala anwar ni dlu jdk dia bekempen we hve number  kerajaan baru terbentuk 16 sep.
Quote Nes3in1 23-2-2020 10:38 PM
Dah dapat keluar penjara awal pun patut bersyukur la bung nuar... Kumpul harta akhirat pulak
Quote ctaz 23-2-2020 10:41 PM
PM tepi selama nyer.....
kesiannnn....
Quote ajinomotonosuga 23-2-2020 10:45 PM
Jadi pembantu makmal je ler..PM gak aljobori weiiiii
Quote anisania 23-2-2020 10:46 PM
Rogue98 replied at 23-2-2020 10:26 PM
2 tahun jadi PM ke 7 ni jer lah kerja Atuk... strategy nak kuasa n kekal kuasa. Nothing utk rakyat.  ...

Nak buat utk rakyat pebendanya bila semua menteri buat perangai sendiri. Tak habis habis lawan cakap..buat kepala sendiri. Tun nak kerja pun susah.
Quote aint 23-2-2020 10:56 PM
Rogue98 replied at 23-2-2020 10:26 PM
2 tahun jadi PM ke 7 ni jer lah kerja Atuk... strategy nak kuasa n kekal kuasa. Nothing utk rakyat.  ...

iols setuju ... ingat kan pm7 ni dpt perbaiki dan tingkatkan ekonomi... dpt la iols rasa mewah skit

tp malangnya, sibuk sgt nk sumbat najib rosmah zahid dlm penjara... pencapaian tertinggi pm7 setelah 2thn memerintah adalah berjaya jatuhkan BN dan wat najib naik turun tangga mahkamah

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.151520 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top