CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apo! Makanan Segera Beri Kesan Pada Testis?

26-2-2020 04:13 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4513| Komen: 12

Description: Apo! Makanan Segera Beri Kesan Pada Testis?


Dengan peredaran masa dan kepesatan pembangunan, rangkaian restoran makanan segera terus bercambah bersilih ganti tumbuh  bak cendawan selepas hujan.

Ia menjadi tumpuan dan kegemaran masyarakat khususnya golongan remaja dan kanak-kanak.

Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - The Leaders Online

Dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum.

Selain kegemukan, makanan segera turut berupaya memberi kesan buruk pada sistem pembiakan.

Ia dibuktikan dengan satu kajian oleh sekumpulan pengkaji Universiti Harvard, Amerika Syarikat.


Kredit foto: Ihsan Google - Encyclopedia Britannica

Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) Network Open pada 21 Februari lalu menganalisis diet 2935 lelaki dengan purata umur 19 tahun ketika ujian kemasukan ke pasukan ketenteraan. 

Semua peserta kajian diukur saiz testis, jumlah sperma, bentuk dan kebolehan berenang sperma. 

Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - ZME Science

Dapatan kajian menunjukkan lelaki yang kerap makan makanan segera seperti pizza, burger, kerepek dan minuman berkarbonat lebih cenderung untuk memiliki testis kecil dan jumlah sperma yang kurang.

'Penagih' makanan segera berada di kedudukan terakhir dengan memiliki testis terkecil.


Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - Stok OTC

Sebaliknya, peserta kajian yang menjalani hidup sihat dan mengamalkan diet ikan, ayam, buahan dan sayuran dan minum air mencukupi, menghasilkan sperma berkualiti serta mempunyai testis yang lebih besar berbanding yang lain. 

Lelaki pengamal diet sihat mempunyai 167 juta sperma setiap kali ejakulasi, manakala isipadu testis 13.7ml.

Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - Gayety

Memetik laporan Malaymail, Ketua penyelidik Dr Feiby Nassan memaklumkan The Sun UK, golongan lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka dengan mengamalkan diet seimbang.

Corak pemakanan sihat dikaitkan dengan sperma lebih berkualiti, sekaligus meningkatkan kesuburan dalam kalangan lelaki.

Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - Innate For Life

Jadi kaum Adam sekalian, makan makanan segera berpada-padalah. Makanlah makanan seimbang untuk memastikan kesihatan yang baik dan kelangsungan keturunan anda. - CARI 

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 26-2-2020 04:22 PM
Apo pulak kocut ajo rambutan tu?
Quote Victorioussss 26-2-2020 04:22 PM
Fuh nasib baik iols xmakan fast food sangat
Quote Boomibulat 26-2-2020 04:23 PM
cmana nak ukur jumlah sperma tu..?
Quote syadq 26-2-2020 04:55 PM
Boomibulat replied at 26-2-2020 04:23 PM
cmana nak ukur jumlah sperma tu..?

Guna counting chamber, kira bawah mikroskop. Lepas tu buat kiraan per ejaculate dapatlah juta-juta.
Quote husna_amal 26-2-2020 04:58 PM
boleh share info2 ni kat kawan lelaki semua. Mau terus stop pergi fast food
Quote RatuDunia94 26-2-2020 05:07 PM
Ina8895: Apo pulak kocut ajo rambutan tu?


Tahukah cuols Raffi Ahmad artis Indon fobia dgn rambutan..

[Youtube]tOi-N91aMyI[/youtube]
Quote sarah82 26-2-2020 05:55 PM
Apa kait dgn rambutan pulak? Pakai seluar ketat oun x Bagus.. Aku baca kat mana entah..
Quote Artemesiaa 26-2-2020 06:15 PM
Apa2 makanan process makanan segera kalau diambil berlebihan pasti memudaratkan.  Pastilah berbeza dengan pengambilan makanan segar.
Quote mdhelmi 27-2-2020 09:31 AM
makan je ape korang nak makan

janji jgn:
makan rasuah
makan harta anak yatim
makan time keje
makan daging saudara sendiri
makan benda haram
makan benda yg was2
makan benda yg xbole makan
makan kelawar
Quote puteribaya 27-2-2020 01:03 PM
Victorioussss replied at 26-2-2020 04:22 PM
Fuh nasib baik iols xmakan fast food sangat

baca kat mana tah lupa lak..kalu nak tingkatkan sperm..makan kacang bendi..tp kalu nak besarkan testis..x tau laa..besar2 pun buat ape?buka boleh masuk..berbuluuu je dia tenguk,,org lain masuk dalam..dia tunggu luar
Quote Victorioussss 27-2-2020 01:05 PM
puteribaya replied at 27-2-2020 01:03 PM
baca kat mana tah lupa lak..kalu nak tingkatkan sperm..makan kacang bendi..tp kalu nak besarkan te ...

Iols tau minum air barli baik untuk lelaki. Juga makan buah tembikai

Besar2 ni susah chuols..salah parking mmg senak
Quote puteribaya 27-2-2020 01:38 PM
Victorioussss replied at 27-2-2020 01:05 PM
Iols tau minum air barli baik untuk lelaki. Juga makan buah tembikai

Besar2 ni susah chuols..sa ...

pompuan pun eluk makan airbarli n tembikai

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048215 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top