CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Linda Rafar Hilang Semangat Tanpa Orang Tersayang, Katanya Terkena Sihir

26-2-2020 03:50 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16300| Komen: 85

Description: "Ye Tya, akak makin down dan down. Sedih je tak tahu kenapa! Mungkin Allah nak akak berhenti dengan dunia dan fokus pada-Nya. Doakan akak ya."Pengakuan Linda Rafar pada Tya, isteri pelakon Shukri ...




"Ye Tya, akak makin down dan down. Sedih je tak tahu kenapa! Mungkin Allah nak akak berhenti dengan dunia dan fokus pada-Nya. Doakan akak ya." 

Pengakuan Linda Rafar pada Tya, isteri pelakon Shukri Yahaya diluahkan di laman Instagramnya menjelaskan semangat yang makin hilang dipercayai terkena sihir sebulan yang lalu. 

Merasai sudah tiada tempat mengadu membuatkan Linda memuat naik video bersama arwah anaknya, Memen dan arwah ibunya. 
Ig


"Mak.. Linda tak sihat dah sebulan mak. Mak tak ada, tak tahu nak mengadu kat siapa..jika mak tau keadaan Linda..mak tolong doakan Linda mak,"
 
L

Luahan tersebut turut disertakan dengan sepotong rakaman video yang mamaparkan dia bersama arwah ibunya, Rasimah Abd Rahman yang ketika itu sedang sakit di hospital. 

Perkongsian Linda itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya, termasuk Tya Adnan.
 
Pada masa sama, ramai pengikutnya memberikan sokongan berterusan kepada isteri pelakon Syed Aiman itu agar terus kuat mengharungi dugaan hidup.
 
Terdahulu, Linda mendakwa dirinya terkena sihir selepas merujuk kepada seorang ustaz kerana berasa sangat gatal dan badannya dinaiki bintik-bintik merah menjelang maghrib. 

"Saya sebenarnya tengah sakit. Tanya ustaz dia cakap ada sihir yang dihantar menerusi angin."
Ig

Justeru itu, Linda turut bertemu doktor dan disahkan tidak sakit.
 
"Kalau saya tanggalkan solekan ini orang akan nampak perbezaan. Muka saya cengkung dan berat saya turun banyak. Dia bukan kurus tapi kecut macam makan diri."
 
Buat masa ini, Linda masih belum berubat dan melawan kembali dengan mendengar ayat suci Al-Quran.

Semoga Linda cepat sembuh ya. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote flyzpiz 26-2-2020 03:51 PM
Propa ke btol ni?cashhhhhhhh
Quote bondeh 26-2-2020 03:55 PM
mudahnya claim terkena sihir. awak beragama Islam. solat lah.  mohon doa.
Quote AshkieLa 26-2-2020 03:59 PM
Edited by AshkieLa at 27-2-2020 10:09 AM

dah tanya ustaz.. kata sihir angin...
claim plak berat susut, muka cengkung...
pastu hujung2 masih belum berubat pulak...
aduhh pening aaa dia ni...
Quote ad_hoc79 26-2-2020 04:01 PM
errr dh tau sebab tapi masih belum berubat
Quote manehnya 26-2-2020 04:08 PM
Buat masa ini, Linda masih belum berubat dan melawan kembali dengan mendengar ayat suci Al-Quran.


dengar je ke sis, baca la skli
Quote husna_amal 26-2-2020 04:09 PM
semoga dijauhkan segala kemudaratan dan hasad dengki.
Quote cupu 26-2-2020 04:11 PM
Bkn ke ada suami ke...agak2 la...artis ni klu tgk balik ppst post diaorg xde rasa malu ke eh...
Quote umbut 26-2-2020 04:19 PM
cupu replied at 26-2-2020 04:11 PM
Bkn ke ada suami ke...agak2 la...artis ni klu tgk balik ppst post diaorg xde rasa malu ke eh...

Kan.. komen cam laki x wujud..
Quote anarina 26-2-2020 04:57 PM
Depressed ni. Live life like theres no tomorrow masa muda2 dulu. Then diduga kehilangan anak. Mak. Lelama layan perasaan, dikejar wayang2 lama, jd down mula la depressed. Hope akak linda p la ek cek clinically kot2 ada isu lain. Sihir2 ni berubat juga ya kak.

Byk typo ha edit
Quote kucing_gebu 26-2-2020 05:01 PM
So...???? Nak netizen tolong ubatkan ke? Kang salah serve ko, ko viral mcm kes nurse hari tu....ko rawat je la sendiri2
Quote ashilalat 26-2-2020 05:03 PM
Dia dah cerai dah ke? Ngadu kata xde sapa nak mengadu, mcm laki ko dah ceraikan ko pulak.
Quote pichee 26-2-2020 05:13 PM
mcm tgh depress je...sabar k kakak linda...dh la cantik...
Quote aleesyasofia 26-2-2020 05:14 PM
aik.. bru jer kat tv sheolss lancarkn tudung.. xkn alih2 jd gini plak..
Quote babycc 26-2-2020 05:26 PM
Mcm depress.. maybe sbb dr muda pon da mcm2 masalah..
Quote belilies 26-2-2020 05:41 PM
Kerana mulut badan binasa.
Quote HannahMontana 26-2-2020 05:47 PM
Aku yakin dia tak solat.


air muka dia bila tengok mcm nak beri  sepakan harimau melaya  setelah mendapat tendangan percuma depan pintu gol!!!!!



minah  kotor dgn gambar bogel bergentayangan ...apa ko fikir orang sudah lupa???

mmg patut ko depress sampai mati.

ko hanya memalukan bangsa sahaja!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote sisgaranghokey 26-2-2020 05:47 PM
Sistur da SENDURINA tetiba bagi claim kena sihir.. apoooooo????
Quote iminidin 26-2-2020 06:11 PM
Depressi ni benar.
Semoga lekas sembuh. Berusaha berubat.. mengadu dengan org yg dipercayai.. dan dapat rawatan dengan pakar.
Semoga Linda lekas sembuh.
Quote anilanil 26-2-2020 06:13 PM
Org yg dah meninggal dunia (mak linda) bole doakan org yg masih hidup (linda) ke?
Gatal2 time maghrib sampai ke subuh tu mungkin gegata acik linda..
Bukan sebab org santau ke, kena ludah jin ke tapi ada alahan. Mungkin secara tak sedar terkena punca alahan. Ambil masa jugak nak pulih ye.
Utk penyedap hati, sakit itu utk cuci dosa2 kita.
*Tetiba ai teringat gambo atas sofa..

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047809 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top