CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Ketagih Buku Digital Lucah

16-10-2013 09:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12430| Komen: 31

Description: Zaman Sudah Berubah, Sekarang Tidak Lagi Perlukan Buku Atau Majalah Untuk Melihat Semua ‘Benda’ Ini,” Katanya. Sementara Itu, Wartawan Harian Metro Mendapati Terdapat Kira-Kira Empat Buku Digital ...
Ipoh: “Memang sangat senang. Kita hanya perlukan kemudahan WiFi pada telefon pintar dan selepas itu, semua novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital),” jelas pelajar tingkatan lima, Rosman, 17, (bukan nama sebenar) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi.



Menurutnya, ratusan nukilan novel atau cerpen lucah berbahasa Melayu boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai majalah atau melayari Internet.

Dia yang ditemui wartawan bersama rakan sebaya berkata, antara buku lucah digital yang mudah dimuat turun antaranya menggunakan judul cerita seks, cerita seks 1, cerita seks III dan pelbagai judul lain.

“Saya tertarik dengan pelbagai cerita ghairah ini terutama membabitkan hubungan terlarang antara guru dan murid.
“Pada mulanya saya tidak mengetahui kewujudan buku digital ini sehinggalah seorang rakan menunjukkan kaedah memuat turun aplikasi ini melalui Play Store.

“Saya sangkakan aplikasi itu hanya berfungsi untuk mendapatkan ratusan permainan secara percuma, namun saya tidak sangka ia turut menawarkan buku digital lucah,” katanya.

Dia yang belajar di sebuah sekolah di Tambun, di sini, turut menunjukkan kaedah mudah memuat turun buku digital itu yang boleh dilakukan dalam tempoh masa kurang 30 saat.
“Saya tidak perlu rasa takut-takut kerana kewujudan buku digital ini tersembunyi di dalam telefon bimbit tanpa diketahui sesiapa.

Banyak rahsia lain ada di dalam telefon ini termasuk koleksi gambar lucah,” katanya.
Seorang lagi rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 17, berkata, kewujudan buku digital lucah ini tidak ubah seperti perpustakaan porno bergerak yang boleh dimuat turun sesiapa saja.
“Saya sudah khatam semua cerita novel dan cerpen e-Book ini yang mengandungi ratusan judul kisah lucah.

Zaman sudah berubah, sekarang tidak lagi perlukan buku atau majalah untuk melihat semua ‘benda’ ini,” katanya.
Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira empat buku digital lucah berbahasa Melayu yang mudah dimuat naik dengan kandungan cerita mengghairahkan dan menjadi tarikan remaja sekolah.

Kebanyakan cerita berkenaan sebelum ini pernah dipaparkan melalui laman web lucah seperti Melayu Boleh, Cerita Panas Melayu, melayu bogel, melayu telanjang, redtube Malaysia, tube8 dan pelbagai laman sesawang lain.
Bagaimanapun, semua laman web lucah itu sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 16-10-2013 08:53 AM
mmg besar 'saham' kat akhirat org yg buat buku online tu...
Quote famri7 16-10-2013 12:22 PM
rajinnya mentelaah buku porn...nanti boleh jadi tokoh best student ngesek melayu...bangganya mak bapak anak pandai mengawan.
Quote onetwonine 16-10-2013 12:25 PM
bdak skrang lain....terlampau bijak IT...
Quote vv2005 16-10-2013 12:29 PM
susah nak kawal budak sekarang
Quote mrsafif 16-10-2013 12:33 PM
kemajuan IT disalah guna kalo x di pantau betul2...
Quote wi_haryati 16-10-2013 12:35 PM
ni dah buat list kat sini, abih yang tak tau pulak jadik tauu..
Quote yayah8989 16-10-2013 12:35 PM
macam mane adik ak nnti. hmmm
Quote shahx 16-10-2013 12:38 PM
“Saya sudah khatam semua cerita novel dan cerpen e-Book ini yang mengandungi ratusan judul kisah lucah.

siap khatam tu..
Quote boyagombak 16-10-2013 12:40 PM
sabjek ni masuk dalam UPSR, PMR dan SPM kah
Quote aurora273 16-10-2013 12:49 PM
Ntah2 bapak budak pon raja koleksi dvd ngeseks..
Quote NIXAR 16-10-2013 12:51 PM
cite2 lama direcycle semula. tukar nama watak jek
Quote ultra78 16-10-2013 01:03 PM
NIXAR posted on 16-10-2013 12:51 PM
cite2 lama direcycle semula. tukar nama watak jek

1) Tukar nama watak
2) Tukar profession - pelajar,cikgu,nurse,ustazah
3) Tukar status - bujang,janda,andartu
4) Tukar pertalian keluarga - mak, kakak,mak saudara,kakak ipar,sepupu,nenek


Quote NIXAR 16-10-2013 01:06 PM
ultra78 posted on 16-10-2013 01:03 PM
1) Tukar nama watak
2) Tukar profession - pelajar,cikgu,nurse,ustazah
3) Tukar status - bujang,j ...

lokasi pun kdg2 bertukar gak.....dr 1 cerita boleh duplikasi jd cerita lain, cth dr cikgu suraya muncul cikgu norhayati.
Quote FlowerGirl 16-10-2013 01:06 PM
Buku pelajaran x de lak ko khatam mcm tu!
Quote kiki8398 16-10-2013 01:13 PM
Sampai khatam...hahaha
Quote 2_biji 16-10-2013 01:16 PM
mender yg jijik utk di jilat bersama isi-rambutan
tapi semua peminat isi-rambutan masih teringin nak jilat bersama
Quote pr3ttytw33ty 16-10-2013 01:20 PM
mende la org atas ni?? balik2 ko ulang ayat yg same. meroyan x dpt mkn rambutan ke samdol oii
Quote 2_biji 16-10-2013 01:34 PM
semua penjilat isi-rambutan pon nak tunjuk diri sendiri paling hebat dlm bab ni
anu takan stim oleh godaan setan
asakan terus ulang-mengulang dgn jilat isi-rambutan
jilat
jgn tak jilat
syurga pasti utk mu  
Quote prettyuglybabe 16-10-2013 01:58 PM
buku pelajaran dengan al-quran ada khatam tak??

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.062487 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top