CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menggamit Memori, Ini 7 Animasi Jepun Zaman 2000 Yang Pernah Ditayangkan Di Malaysia

10-3-2020 11:28 AM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 21508| Komen: 48|Original author: PDOT777

Description: Artikel ini menceritakan secara ringkas tentang 7 animasi Jepun yang kurang popular tetapi pernah ditayangkan di Malaysia pada setiap hujung minggu.
Bagi anda yang lahir pada tahun 90-an, anda masih ingat siaran animasi di televisyen seperti TV2 dan TV3 yang ditonton pada awal pagi dan juga petang hujung minggu?

Kita akan tengok 7 animasi dari Jepun (anime) yang pasti menggamit memori anda.



Mon Colle Knights

Kredit foto: Cartoon Heroes - Mon Colle' Knights AMV - SacredVox, youtube.com

Mengisahkan tentang Mondo dan Rokuna bersama ayah Rokuna, Profesor Ichiroubei yang mengembara yang mengembara ke Dunia Enam Pintu untuk bertemu dengan pelbagai makhluk ajaib. Tugas mereka ialah mencari barang-barang Mon yang apabila dicantumkan, mampu gabungkan Dunia Enam Pintu dengan Bumi demi kebaikan. Mereka bersaing dengan Putera Collection dan dua konconya yang juga memburu barang Mon ini. 






Mirmo Zibang

Kredit foto: Mirmo Zibang! | Brazilian Portuguese opening (English CC), youtube.com

Pernah ditayangkan di TV3, anime ini mengisahkan tentang seorang perempuan, Kaede Minami yang membeli mug berwarna biru dari sebuah kedai misteri. Kerana sebuah mesej yang tertera di mug itu, Kaede tuangkan koko ke dalam mug dan menyebut sepotong ayat. Tiba-tiba, seekor pari-pari bernama Mirmo keluar dari mug itu.

Mirmo ialah seorang putera raja muglox yang melarikan diri dari dunianya kerana tidak mahu berkahwin dengan bakal pengantinnya, Rirumu. Berkawan dengan Mirmo mengubah kehidupan Kaede dan rakan-rakan sepenuhnya.




Grander Musashi 

Kredit foto: Super Fishing Grander Musashi episode 21, simkl.com

Pernah ditayangkan di TV2, anime ini mengisahkan tentang Musashi dengan ayahnya yang berpindah ke kawasan pedalaman dari Tokyo. Di situ, Musashi tertarik untuk belajar memancing daripada seorang individu, kerana gayanya memancing. Musashi juga dapat tahu yang datuk sebelah ibunya ialah juara memancing. 

Dengan memancing, dia putuskan untuk mencari ibunya yang lama hilang, dan mula mengembara dengan rakan baru, Mio dan Suguru untuk mencari ikan yang terkuat, dan juga menjadi pemancing terbaik di dunia.




Inuyasha

Kredit foto: InuYasha, netflix.com

Pernah ditayangkan di NTV7, anime ini mengisahkan Kagome, pelajar sekolah tinggi yang dapat pergi ke sebuah dunia silam melalui sebuah perigi misteri di rumahnya. Di dunia silam itu, Kagome berkenalan dengan seorang lelaki yang mempunyai baka separuh syaitan separuh anjing, Inuyasha. 

Kagome adalah kelahiran semula Kikyo, seorang wanita yang mempunyai kuasa istimewa dengan anak panahnya, dan mengenali Inuyasha. Kagome dan Inuyasha mengembara bersama untuk mengumpul serpihan Permata Shikon.




Ragnarok The Animation

Kredit foto: Watch Ragnarok - The Animation Episodes Sub & Dub, funimation.com

Anime ini mengisahkan tentang dunia Rune-Midgard. Dark Lord, entity yang jahat, cuba untuk kuasai dunia dan buat huru-hara dengan bantuan tujuh kristal yang mewakili tujuh impian. Kristal-kristal ini yang pernah mengunci dirinya dari dunia luar untuk bertahun lamanya.

Dunia ini juga didiami oleh watak Roan, yang juga seorang swordsman, bersama kawan sejak kecilnya, Yuufa, seorang acolyte (penyembuh). Mereka mengembara dan berjumpa dengan watak lain seperti Takius (mage/ahli sihir), Maaya (merchant/saudagar) dan Iruga (assassin/pembunuh).




Daigander

Kredit foto: Daigunder, tvtime.com

Mengisahkan tentang Akira yang tinggal pada zaman di mana terdapat robot yang boleh bercakap. Akira merancang untuk memenangi Titan Belt, hadiah untuk kejohanan antara robot. Dengan bantuan unit Daigunder, yang terdiri daripada Daigu, Ryugu, Trihorn, Despector, Bonerex, Drimog, Eaglearrow dan Bullion, unit ini boleh bergabung untuk membentuk robot Daigunder.




Prince of Tennis

Kredit foto: Prince of Tennis third OVA reveals posters and promotional video, thegeekherald.com

Mengisahkan tentang Ryoma Echizen yang memasuki akademi Seishun, atau Seigaku, yang terkenal dengan kelab tenis yang mantap. Ryoma yang pernah menetap di Amerika Syarikat, pernah memenangi kejuaraan tenis junior di Amerika. Ryoma mempunyai misi untuk bantu Seigaku menjadi akademi tenis terbaik seluruh Jepun dengan menyertai banyak pertandingan tenis berpasukan.  - CARI 


    

7

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • missmirmo


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ladybird910 10-3-2020 11:33 AM
Alaaaa..sailormoon xde pon


Masuk semata2 nk check ni ok
Quote buragazz 10-3-2020 11:33 AM
Alamak aii satu pun takde yang aku pernah tgk sebab zaman2 aku Toriton, Bluethunder, Sailor Moon dengan kuasa bulan akan menghukum mu..
Quote Boomibulat 10-3-2020 11:46 AM
Satu pun x pnh tgk..
Quote coolie83 10-3-2020 12:09 PM
ooo zaman 2000..wa ingat 90's..good share thou
Quote pinklepie 10-3-2020 12:15 PM
Wah menggamit kenangan betul semua kartun tu saya pernah tengok dan layan kalau ada masa lapang
Quote Qaseemah 10-3-2020 12:19 PM
Pernah tgk mirmo zibang jah. Mungkin sbb di kala thn 2000 iols dh sekolah menengah. So dh x layan cite cartoon..
Quote epis 10-3-2020 12:20 PM
sakura cardcapture xde ke? rasanya 2000-an gak tu...
Quote Themilo 10-3-2020 12:20 PM
Mirmo Zibang tu lucu betul..
Quote kaoru44 10-3-2020 12:57 PM
Mirmo zibang sempat tgok kat tv3..
Skejap je tayang..tp cute btul..
Yg lain xtgok..inyusha prnh tyg skjp kat ntv7..
Then kat animax ulang tayang balik dlm 3thn lpas..
Gigih tgok 167 episod..ingtkn dh hbis..
Tmbhn plak inuyasha final act 26 episod..
Download asing..fuhh..hbis jgk akhirnya 193 episod..
Quote kaoru44 10-3-2020 12:59 PM
epis replied at 10-3-2020 12:20 PM
sakura cardcapture xde ke? rasanya 2000-an gak tu...

Cardcaptor sakura tayang lebih kurang time tu jgk rasanya..
Skjp2 je..
Quote kaoru44 10-3-2020 01:01 PM
Siri fruit basket 2002..best jgk psl watak2 tu dr kturunan zodiak..bila tsentuh manusia blainan jantina btukar jd haiwan zodiak..
Dh ada remake thn lpas..
Quote Artemesiaa 10-3-2020 01:03 PM
Lamanya dah tak tengok series2 ni semua
Quote firdAwAni 10-3-2020 01:17 PM
Eh.. Dragon ball, dragon ball?
Quote whadda 10-3-2020 01:18 PM
masuk ingatkan ade kartun meol dulu2.. tapi tengok tajuk balik ehh tahun 2000.. keluar la.. kertu dah iol
Quote palmolive 10-3-2020 01:28 PM
tengok tv jek kerja ko yek?
kerja sekolah dh siap?
Quote Beribear 10-3-2020 01:36 PM
Mirmo zibang tu cute sgt. Bff iolss suka giler dgn si mirmo tu. Iolss suka initial d tp takde dlm senarai ye. Beyblade 2000 dulu2 pon best, yg skrg punya tak best langsung(iolss suka giler dgn watak kai dlm beyblade tu ). Banyak lg yg best drpd ni. Inuyasha iolss tak minat. Slamdunk pon tak masuk senarai ke?
Quote anastasia7 10-3-2020 01:49 PM
X tau satu pun. Yg tahu mask man. Flash man. Dash yankuro
Quote larra89 10-3-2020 03:17 PM
mirmo zibang je pernah layan. layan giler
Quote fifie_olin 10-3-2020 03:22 PM
x kenai pon katun2 ni

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.263637 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top